Sunday, January 10, 2010

Kawi Kepala Ikan Tenggiwi


Setelah setiapkali hujung minggu ada-ada saja rancangan, samaada pergi kenduri...suami tiada di rumah, jalan-jalan serata tempat... maka hari ini dan semalam, akak sedikitpun tidak menjejakkan kaki keluar dari rumah...(dengan vangganya....) waimah sekalipun keluar dari pintu dapur untuk melihat-lihat dusun rambutan, pulasan, betik, mangga, nenas... jambu...(hari tu nengok, dah mati pokoknya...).

Sebaik tercelik saja mata, maka akak lakukanlah rutin-rutin yang biasa-biasa tiap-tiap pagi kecuali bersiap pakai baju untuk ke Hospital. Duduk mengadap laptop mencari idea hendak masak. Hajatnya nak buat/bakar roti untuk sarapan pagi tapi takut jadi pulak roti tu nanti kena tanya pulak macamana boleh buat roti sedang B.M.( kak som.. terlalu pedih nak mengejanya...) belum berbeli... Jadinya rancangan untuk makan roti panas-panas akak ganti dengan roti gardenia bakar dalam toaster..( panas jugak kan...)

Setelah puas berjalan ke sana kemari melalui sentuhan jari... akak pun dapat idea masakan untuk tengahari ini. Maka akak pun turun keluarkan bahan-bahannya dan bersiap sedia hendak memasaknya...

Dong deng dong deng kat dapur jadilah lauk ini.....

Tara .......................
.
.
.
.
.
.
.
.
Kawi kepala Ikan Tenggiwi....


Untuk sayurnya akak goreng buncis bersama lobak asin dan telor...

Fa,
Akak dah semakin kerap memasak kan...kan..kan..kan....????

Untuk sambal belacannya akak buat saje sambal belacan cili api kerana cili merah dah akak habiskan buat masak dendeng dan sambal nasi ayam....


6 comments:

  1. Petang ini masak apa lak Dik Mah.. boleh kakcik datang bertandang!

    Kakcik sekrang punya rajin, buat sambal belacan, guna mesin pengisar!

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    petang ni lauk tengahari tadi...
    boss demam tak kemana-mana pun...
    kadang-kadang sambal belacan guna pengisar lagi sedap....
    Jom..kita makan malam sesama pulak...

    ReplyDelete
  3. Lama betul Tie tak masak kari..dengan bendi tu.. sedapnya.

    ReplyDelete
  4. Tie,
    sejak dua menjak akak ber tv kan blog.... akak dapat banyak idea nak masak... makin rajin lah...

    ReplyDelete
  5. Akak, meh I EJAkan. B.R.E.A.D.M.A.K.E.R. kihkihkih...

    Tapikan tapii, pahalanya lebih kalau uli roti guna genggaman tangan. Sambil menguli, mulut berselawat (gitulah yg disarankan oleh Nabi saw pada anakandanya). So, camana Akak? Nak juga bread maker ke? Kalau u tanya I soalan yg sama, I akan jawab NAKKK JUGAAAK ;-)

    ReplyDelete
  6. kak som,
    saja u meluka parahkan wound akak ni....
    huhuhuhu...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...