Wednesday, January 27, 2010

Kisahnya hari ni...


Jika ada yang berminat bolehlah menempah Coklat dan Cup Cakes dari
Puan Aida Tel : 017 8812842
Tempahan Nasi Arab Maghlubah juga. Sila ke Blog : http://jommakanlah.blogspot.com


Macam yang uols tahu.. tiap hari isnin, rabu dan jumaat akak sure akan pergi bercanda-canda dan bersuka-suka dan berdua-duaan dengan my roommate. Hari ni akak ajak my roommate pergi bapakkaya lagi. Akak dah terbayang-bayang nasi ayam dia... ( hari senin kena nasi ayam tak sedap.. ari ni kira nak balas balik lah....). Bila makan nasi ayam Bapakkaya, akak teringat masa zaman akak muda belia dulu..dalam tahun 82... akak sering ke Komplek Kota Raya, tingkat atas, ada kedai jual nasi ayam dan cara masakannya sama dengan Bapakkaya. Mungkin nostalgia (chewah...) zaman muda mengimbau kembali.... ( Ada sapa-sapa masa uolls muda-muda belia dulu pernah makan kat tingkat atas Kota Raya..dekat dgn Bangunan Cahaya Suria dan Pudu Raya.?).

Kami ikut jalan baru arah ke Cyberjaya. Makin mudah jalannya. Kiranya sekarang kami dah mastered jalan-jalan ke Cyberjaya selepas pernah sesat timur barat kat sana. Biasalah kan...

Menu belum sampai akak dah ambil pensel dan kertas nak tandakan. Budak melayu yang ambil order siap senyum manis lagi sebab kalau dia dapat banyak pelanggan baik dan sopan macam akak, sure kerja dia senang. Suami akak pun ikut sama makan nasi ayam sebab dia pun dah tak tau nak makan apa sebab dah selalu sangat datang sini. Hinggakan dia pesan kat akak, kita datang seminggu sekali jer.

Kat Bapakkaya ni menu dia tak banyak tapi kalau macam tekak akak teringin nak makan nasi ayam, sinilah tempat yang sesuai dengan tekak akak. Macam ada kat satu kedai yang ada iklan dalam radio tu... akak tak boleh nak makan nasi ayamnya sebab dia punya pak aji terlampaulah banyak. Pesakit buah pinggang macam akak tak digalakkan makan nasi yang banyak pak aji kerana boleh mudharat.

Ianya jadi mudharat apabila tahap pak aji banyak, kita yang makan kena minum air banyak untuk hilang dahaga. Tapi dengan keadaan pesakit buahpinggang tak boleh berlebih air, itu yang datang mudharat. Orang yang tak sakit buah pinggang, mungkin tak jadi masalah.

Kali ni akak ambil gambar bila nasi dah nak selesai... memang betul-betul licin akak kerjakan. Suami akak tak habis pulak. Ayam dia pun akak yang habiskan... ( akak pun takut tengok akak makan... bela ha-tu ker?..)


Boss dah tak habis...

Balik dari bapakkaya, boss menghantar akak pulang kerumah. Akak keluar semula kerana ada beberapa kerja yang perlu akak lakukan. Selesai kerja teringat SIL datang nak antar tempahan cupcakes dan coklat untuk majlis pertunangan adik lelaki bongsu akak. Akak ingat nak singgah beli kuih kat kedai ni lah...( Lihat gambar di bawah..)

T U T U P...

Hangat betui hati akak. Macam ni lah melayu meniaga.. kejap bukak..kejap tutup.. ( kak som, ari tu i dok bebei-bebei tu, i tujukan kat kedai inilah....) Ikut suka hati dia jer... selalu dia buat macam ni....cuti ikut suka...
(Kuih dia sedap pulak tu.... itu yang buat akak panas lagi hati..)


Rupa-rupanya hanya satu gambar jer akak ambil. Akak snap 2 tapi kedua-duanya gambar coklat... cupcakes dah simpan dalam peti... malas nak turun ambil....
( Malam nanti sebelum bagi adik, akak ambik gambar....)



15 comments:

  1. Janganlah marah, hajah. Boleh jadi dia ada hal penting perlu diuruskan. Itu sebab kena tutup kedai.

    ReplyDelete
  2. AKAK > rasanya Akak pergi makan dgn En Abang tu bagus sbb ada orang pantau apa yang AKAK makan dan minum...

    kuih apa yg gerai tu jual tu KAK?

    ReplyDelete
  3. kak nora,
    kalau dalam seminggu dua hari bukak, 5 hari tutup... payah tu...
    itu yang jadi hangin satu badan.

    azie,
    kuih yang dia jual, biasa jer... pau goreng tapi intinya sardin. Intinya sedapppp....
    sekali-sekali jer dia bukak...banyak tak bukak.

    ReplyDelete
  4. tu yang kat atas tu...coklat tu...adoiii...boleh buat Fa lupa diri ni!!

    ReplyDelete
  5. fa,
    akak dah tak berapa suka makan coklat.. makan durian... tapi... nasi ayam dan nasi lemak...
    tak tolak....

    ReplyDelete
  6. Dik Mah...

    kalau nasi ayam yang kakcik masak, pasti dan soheh tak menterlibatkan pak Aji... hehehe.. :)

    ReplyDelete
  7. kakcik,
    Shure best tu.. bila nak ajak makan ni?..

    ReplyDelete
  8. Akak, mmg frust bila tekak kita dah terasa2 nak makan kueh tapi tiba2 kedai/stall tutup. Fikir yg baik ajelah(mungkin sipenjual ada sebab2 tertentu - cirit ke, kan?).

    ReplyDelete
  9. kak som,
    kalau sebab ciritlah... baiklah kedai tu tutup saja...
    tak sanggup nak membayangkan kemungkinannya...
    tapikan...
    dalam seminggu... 5hari cirit..
    2 hari segar...
    makan aper tu yer?..

    ReplyDelete
  10. My theory sbg mengcomplementkan teori CS yg Akak masih tak brp bleh terima..

    1 ari cirit
    1 ari sakit pala
    1 ari anak demam
    1 ari senggugut
    1 ari MALAS

    Boleyyy??

    ReplyDelete
  11. ja,
    sebagai merangkap presiden pekedai-pekedai tepi jalan... akak menerima usul ja. Persidangan hari ini diteruskan dengan dasar-dasar yg telah dibincangkan......(dah lama siapkan ucapan ni...sejak belum dilantik lagi...)

    ReplyDelete
  12. muahahahaaa...

    I tambah lagi 2 (dan 1 extra - foc, heheh).
    1 ari takde air
    1 ari pi immigresen
    1 ari pi siber kafe

    ReplyDelete
  13. kak som,
    iyer..betul...
    tapi..
    u ingat ari ni dia bukak tak?...

    ReplyDelete
  14. Akak, mungkin hari ni dia bukak stall. Bila kesana, senang cewita, mintak aje nombor HPnya. Kalau HP pun dia takde, sah .. Akak diminta mencari stall yang ada HP, hua3..

    Selamat ...

    ReplyDelete
  15. kak som,
    kalau dia bukak stall...
    akak nak pergi dekat.. lepas tu akak nak vrooom keta.. tinggalkan asap...
    biau dia rasa....
    (Tapi sebelum tu akak akan mintak no hp die... heheheheheh)
    TQ...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...