Friday, January 22, 2010

Bapak Kaya.

Selesai dialysis agak awal sikit hari ni. Sms suami beritahu dah selesai....

Suami datang dan tanya nak lunch kat mana... ' Bapak Kaya?'...

Akak tak tangkap jugak mulanya, lepas tu angguk.... ' o.k...'

Akak : Nak tau orang nak makan apa nanti?

Suami : Kway teow?..

Akak : Orang masih nak makan nasi ayam lagi....

Suami : ( Terus buat bunyi.... ) kukukukuk kukukuk kukukuk

Sebenarnya sebelum ini suami akak memang suka makan ayam. Pilihan makanannya samada chicken chop, KFC, Nando, Kenny Rogers dan apa-apa yang berasaskan ayam. Masa kami tinggal kat Penang dulu, kat Pasar Taman Tun Sardon ada satu gerai melayu yang menjual ayam goreng panas-panas resepi sendiri. Memang sedap.. Boleh dikatakan selang sehari suami akak akan jadi pelanggan tetap Adnan Fried Chicken. Jadinya, akak sering buat bunyi ayam bila dia beritahu apa yang telah dimakan.

Sampai di Papparich..(Bapak Kaya)... akak order macam biasa.. Nasi ayam dan air laici soda. Suami pula order Chicken chop dan longan susu.

Selesai makan, pergi ke Surau Balai Bomba. Akak macam biasalah tunggu dalam kereta. Sambil menunggu teringat nak buat satu benda....

Pssstttt.....Kak som... ini dah registered ker?...dah hantar borang buat pattern ker?.... I tiru. OK?.. Teringat i gambar u macam ni.... ayu pulak....


Tapi kan... nak mendapatkan gambar ni, puas i mencubanya..berkali-kali... macam-macam gaya dapat....
Antaranya... ini
.
.
.
dan ini
.
.
.
.

Ini lah sekali lagi gambar surau Balai Bomba Cyberjaya.....

Nampak tak tulisan MSC Headquarters?...
Kami ikut signboard ini dengan harapan akan dapat jalan pintas ke Putrajaya...tapi walaupun kami dah menyeberangi jambatan, kami ikut jalan terus rupa-rupanya ianya berpusing semula ke dalam Cyberjaya. Walaupun dah ternampak Masjid Besi dan PICC, masih tiada jalan yang tembus ke sana kalau ikut jalan yang kami ambil ini. Akhirnya bila tiba di satu junction, suami bertanya...

Suami : Yang, kiri ke kanan?...

Akak : ( Toleh ke kiri nampak familiar sangat - gambar makcik dengan pau.... terus teringat MSC Headquarters...-rupa-rupanya kami berpusing dalam satu kawasan yang sama....)
Ikut kanan.... ini jalan nak pergi papparich....

Akak : Yang... dah tak ingat jalan yer?... ( seronoknya..sebab selalunya akak yang boleh sesat tapi kali ini.... orang yang mengaku dia telah tertelan GPS pun boleh sesat.......)

Suami : (Kontrol macho...) taklah... Abang nak uji Yang jer...

Akak : Banyaklah yang nak uji.... yang panik jugak tadi kan....Orang rasalah.. sejak orang suka makan ayam, otak orang tajam sikit...kalau orang taulah dari kecil orang makan ayam tiap-tiap hari..entah-entah boleh jadi doktor sekarang......

Suami : (terus ketawa......) Yang... jalan tu pergi mana?...

Akak : Tak kemana-mana kot.....( sama-sama memandang dengan kehairanan arah kemana jalan tersebut)

Rupa-rupanya jalan yang kami tengok tu adalah jalan keluar dari cyber jaya. Sekarang kami dah ambil jalan lain pula menghala ke Dengkil. Dahlah habis ketawa dua Andeh...sebab boleh kami saling bertanya jalan keluar tu menuju kemana walhalnya itulah jalan yang patut kami ambil...

Tapi selalunya setiap kejadian kan ada hikmah... kami jumpa jalan baru. Bila lainkali kami ingin ke Cyberjaya, kami sudah boleh mengambil jalan ini kerana lebih dekat dan mudah.


10 comments:

  1. WAkakakakakaka...

    KOK KOK KOK KOK KOK..

    lawak la tuan doktor akak tu ;P

    ReplyDelete
  2. Ai,
    wah!!....
    Ai jadi anak melayu pertama lah bagi komen petang ni.......
    (kena belanja lah ni....)
    Jom makan nasi ayam...

    ReplyDelete
  3. Akak, CUN! Itu gambar senget2 telah dpt kelulusan akredetasi negara!

    I rasa cam nak singgah kat Papparich aje. Nak makan KT gor.

    ReplyDelete
  4. kak som,
    i memang suggest u cuba KT gor kat situ...

    ReplyDelete
  5. KAK MAH...
    saya pun pernah gak tersesat sekitar jalan yang akak sebut tu. Nak menuju Dengkil ler kunun dari PICC..

    benar, biasanya bila sesat kita mesti dapat tahu sesuatu yang baru..

    Hmmm... bleh tinggalkan pesanan? psssttttt... bagitau kat Abang tu, lain kali kalu nak makan Ayam Kampung TPCA, ajak ler Azie ni... Azie leh ajar dia makan..hikhikhik!

    ReplyDelete
  6. azie,
    ayam kampung tpca.....
    sowwy....kami dah cuba....
    dia buka cawangan kat shah alam, bandar tun razak dan bangi......
    tapi....nasi lemak sedap tu...mmg nak cuba...

    ReplyDelete
  7. alaaaa....papparich,papparich....soda laici, soda laici...macam tak de tempat lain nak pegi, bowing! bowing! (dgn muka jebik tapi tetap nampak cun melecun!)hahahaha....

    ReplyDelete
  8. fa,
    habis...nak makan kat mana?....
    any idea?....
    jadik ke datang KL?..

    ReplyDelete
  9. Akak...ai tuntut nnt janji kokokok akak tu! ha!

    ReplyDelete
  10. AI,
    ari ni kami balik kampong...
    minggu depan..insya'allah....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...