Monday, January 18, 2010

Jemput abah...


Malam tadi, selesai solat maghrib, kami berlima beranak bergegas ke Putrajaya stesen menjemput suami/abah. Tiba di sana, abah dah menunggu... Sebaik masuk kereta, masing-masing (budak2) mencadangkan pada abahnya untuk pergi makan di Mc Donald...

Tiba di Mc Donald, dapat tempat duduk berhampiran kawasan permainan kanak-kanak. Berlarilah Aisyah ke kawasan permainan. Ain yang mulanya terasa diri dah besar, tidak mengikut Aisyah. Tiba-tiba...

Ain : Ibu, tolonglah.... berilah saya peluang untuk bermain juga...

Hilang malu... lari juga mengikut Aisyah dan bermain bersama-sama.


Selera Ain memang bagus bila dia meminta belikan sebiji lagi burger sebaik burger yang di makannya habis...

Aisyah juga pertama kali mampu menghabiskan sebiji burger.. selalunya berbuang saja...

Zahrah menukar selera dari Big Mac kepada Cheese Burger...

Qeeb pula membeli Big Mac...

Selesai makan.... Ain dan Aisyah menyambong kembali bermain kejar-kejar...

Ain memang dah besar... dah tak sesuai main di sini....


11 comments:

  1. Nasib baik ibu ngan abah tak teruja nak main sama! :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    hhhhhhmmmmmmmm......
    kalau buat jugak...
    masuk harian metro lah muka depan....:-)

    ReplyDelete
  3. sama la ngan Along. tp along tu dh mcm melampau plak. kalau kt taman klcc / Ttiwangsa tu bleh la. ekekekekeke...

    ai pon suke tgk anak2 makan abis + bertambah.

    ReplyDelete
  4. Makan banyak? Itu tandanya mereka rindu dgn ABAH. Bila ABAH ada depan mata, semua jadi berselera..

    Kak MAH makan apa plak? Double Beef Burger ker.. Ahaks! :D

    ReplyDelete
  5. Salam hajah,
    Khas untuk hajah dan anak-anak:
    Hati kami gembira, gembira tak terkira, abah kami pulang, dari Singapura.

    ReplyDelete
  6. Ai,
    time umur macam itulah depa agak konpius sikit kan... akal masih budak2 tapi badan dah terbesar lak..

    kakzie,
    memang seronok...

    azie,
    akak sebelum maghrib tu dah pekena nasi 2 x.. semalam masak sambal sotong dan masak lemak cili api peria dan udang... aduhh... tak larat dah nak makan dan minum malam tu... tengok jer bdk2 makan....

    kak nora,
    terima kaseh kak nora...
    tune lagu abahku pulang dari kota...

    ReplyDelete
  7. anak pompuan kita pun suka Ben 10

    ReplyDelete
  8. IS,
    Ben 10 memang manjadi minat mana-mana budak... semalam kat Mc Donald Bangi, ramai budak pakai baju Ben 10.... :-)

    ReplyDelete
  9. salam akak
    dah lama masuk mcd nih
    lapor lapor
    heeeeeeee

    ReplyDelete
  10. birU.,
    nanti kita dating kat Mc D ni...jom....
    nombor akak 012-5626469...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...