Saturday, January 2, 2010

Kisahnya hari ini 2hb pula...


Bangun pagi, terus ke pasar tani MAEP, Serdang. Membeli bekalan untuk seminggu dengan berbagai-bagai juadah nak dimasak... ( kita lihat sama-sama... akak mampu tak masak minggu ini...) Dengan bantuan orang kuwat ( suami ) memang selesa betul membeli itu dan ini... suami memang tetap akan menemankan akak ke pasar tani dengan menghulurkan kepala agung dan tolakkan troli... saat begitu memang bahagia sangat.

Selesai membeli, suami ajak sarapan di tapak pasar tani itu. Melihatkan jam pun dah hampir tengahari dan kelihatan penjual-penjual yang lain sibuk mengemas-gemas barang mereka, akak mengajak suami pulang sahaja. Kita minum di rumah saja - fikir akak. Barang pun dimasukkan ke dalam kereta dan kami pun menuju pulang.

Tiba di stesen Esso Mobil Bangi, suami berhenti. Suami mencadangkan kami bersarapan ringan di sini dahulu. Walaupun menunya ada nasi lemak, alhamdulillah... akak tak terliur pun. Kami memilih untuk bersarapan hotdog, kopi dan orange. Selesai makan, kami pulang.

Sesudah solat zohor, kami membawa budak-budak keluar ke Subang Parade. Dah lama akak tewingin hendak makan di sini sejak kak som aka CS sering menghabiskan masa lapangnya JJCL/JJCM di sini. Hanya hari ini terlaksanalah keinginan akak itu. Perjalanan dari Bangi mengikut Kajang-sg besi highway-Kesas-Subang Jaya-Subang Parade sungguh lancar, tidak ada kesesakan langsung. Suami yang agak pandai laluan di Subang Jaya dengan cekapnya dapat menuju terus ke Subang Parade ( Kalau akaklah... harus pulang balik tanpa makan di sini... akak sangkakan selama ini Carrefour dan Subang Parade dalam satu bangunan... dan bila akak sampai di tengah2 antara dua bangunan, akak konpius betul.... - Andeh.. biasalah.... ).

Masuk dalam Subang Parade terus dapat parking. Syukur Alhamdulillah tak perlu berpusing-pusing seperti dalam Mid Valley dan Garden... Kemudian kami naik ke tingkat G dan mencari pandu arah. Dapat melihat dari papan pandu arah mana kedudukan Restoran Sari Ratu berada iaitu di hujung bangunan Subang Parade dan kami pun berjalan perlahan-lahan ke arah restoren itu.

Dua model kecil mengambil gambar bersama-sama.



Sambil menanti makanan yang dipesan tiba.



Gulai pucuk paku, sambal lada hijau dan merah, Ais Teler dan Aispokat..

Ayam goreng istimewa, ikan merah masak lemak, daging dendeng, sambal petai organ hati dan pedal ayam...

Daging rendang, udang goreng, kentang berlada...

Aisyah sedang bermain dengan anak bujang pelanggan di depan kami...

Hajatnya nak main sergah-sergah tapi malu lah pulak...

Selesai makan kami berjalan perlahan-lahan menuju ke Carrefour di sebelah sana untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan beg sekolah...

Kepenatan dah terasa. Selesai membayar harga barang2 di Carrefour, kami pun pulang kerumah.


12 comments:

  1. Salam Adik..

    masa kakcik pergi Toyata SJ tuari, kakcik lalu la kat Sari Ratu ni, tapi masa tu belum buka rasanya sebab awal pagi. :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    nanti bila2 bolehlah mencuba. :-)...

    ReplyDelete
  3. Akaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!! KITA SELISIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!! GEWAM GEWAM GEWAM............ MENCIII MENCIIIII MENCIIII (SAMBIL TEKAN2, PICIT2 DAN TUMBUK2 KIBOD).

    I PEGI DGN DARA. HABIS MAKAN <> 2.30PM. ADUSSS!

    P/S: TULIS IN CAPS TANDA BERONTAK, HAKHAKHAK..

    ReplyDelete
  4. Tambahan nota 'gewam'. I duduk kusi no. 15. I park J-gua (bukan jenama sebenar) just depan restoran jer. Gitulah kalau belum ada jodoh ek?

    ReplyDelete
  5. Kak Soooooommm...!!!!!
    Betul?..
    Semalam?... hari sabtu?.. 2hb?....Pukul 2ptg...
    Adoi... selisih sikit jer...
    akak ingat kami sampai dalam pukul 2 lebih...
    ( Ni yg rasa nak hentak jer keyboard ni...)
    Kalau ada jodoh semalam, bolehlah kita berjumpa-jumpa sebagai membuka tirai 2010....
    Mulanya kami nak terus pergi sebelum zohor (itu penyebabnya...kalau ada jodoh..) tapi ingatkan nak beli beg budak2 dan alatulis dan b.r.a..(bdk2-dah ramai kena pakai b.r.a. kat umah tu...) kami bawalah budak2..tunggu solat zohor.. tunggu mandikanj aisyah... itu yg lambat. Kalau awal, sure jumpa. Nampak jer Jag-gua U, sure i berdiri dekat kereta buat-buat lap cermin ke...
    Tak per.. nanti bila i nak pergi, i bagitau siang dan malam...

    ReplyDelete
  6. kak som,
    kami duduk kerusi nombor 11. U duduk dekat cermin ke?...

    ReplyDelete
  7. Kahkahkah...kelakar kan? I tau you duduk kusi no.11 (ada dlm gambar). I duduk sebelah esbog yang depa bubuh buah2an (sebelum dijadikan jus), mengadap pintu masuk. Kalaulah time tu Akak made a grand entrance, I kenot emajinlah.

    Akak, keta I ejaannya J-gua jer. Malulah bila ejaannya oh so wow gitu 'Jag-gua'. J for Juara jer.. heheheheheee (gelak ceria dipagi Ahad)

    ReplyDelete
  8. kak som...
    kelakar lah sangat...
    i baca N3 u dulu, depa suka tukar2 letak buah mangga atau nangka dlm esteler.. i nak usik u, semalam depa taruk nangka. U suka nangka kan?....
    Kalau I masuk time u makan, sure i terlanggar meja u yg depan peti buah2 depa sebab anak2 i suka tengok buah2, depa langgar meja u sedang u hirup aisteller.... sure u megamuk sakan...
    ( i donwantu emajin.....).

    ReplyDelete
  9. Anak2 Akak tak akan sempat langgar meja I sebab mereka akan terperanjat besau bila I lambai dan panggil nama mereka sorang2 DAN ... (cakap dlm ati: Siapa yg lebih terperanjat kalau I buat terejal kenyit kat Doc?). Huhu, tak nak emajinlah.

    ReplyDelete
  10. kak som,
    betullah... terkejut betui depa...
    sure depa tanya
    " ibu, macamana ibu kenal aunty yg matanya terkenyit2 ni?.. kena getah nangka kot..."
    I tak apa-apa... cumanya you jumpa salah doktor...

    ReplyDelete
  11. Haha, nasib baik ada getah nangka, taklah penat sangat mengenyit2 cara marathon.

    Akak, I dah 3x oder ais teler kat situ tapi setiap kali ada aje dibubuh berlain buah2an. Gaknya mmg tak distandardise kot? Kadang2 diorang tak bubuh nangka, kelapa muda atau avocado. Hari tu diorang bubuh nangka (mcm tak berapa fresh), kelapa muda, avocado n buah kabong tapi takde mangga.

    ReplyDelete
  12. kak som,
    sebaik i nampak aisteler tu ada nangka... terus i senyum dan tewingat kat uuuuu........terkilan betul i kita seliseh mcm tu...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...