Friday, January 1, 2010

Kisah 1hb pulak......macam-macam akak.


Ini TGIF di 1st floor, The Gardens....

Suami akak menggemari Lamb Chop

Akak pula Rib Eye...

Stall Curry Puff di LG Food Section, The Gardens

Kedai buah yang boleh bankewap kalau beli macam-macam buah impot...
tapi bukan selalu .......

Buah kegemaran akak

Buah kegemaran suami...


Hari ini selepas dialysis akak dan suami bergegas ke Masjid Taman Danau Desa, Seri Petaling. Suami berkejar hendak menunaikan solat Jumaat dan akak akan menanti dalam kereta.

Selesai solat kami bergegas pula ke The Gardens. Hajatnya nak makan tengahari dan menonton wayang. Dapat parking, terus jalan menuju ke TGIF. Kami nak mencuba semula menu TGIF kot-kot jumpa yang sedap di tekak. Dalam waktu kena menunggu meja kosong, akak mencari tempat duduk di bangku yang disediakan tidak jauh dari situ. Tiba-tiba terasa bagai hendak gelap mata. Bagi yang pernah mengalami bagaimana nak pitam... tentu dapat menggambarkan bagaimana rasanya. Terasa badan menjadi sejuk, pandangan menjadi gelap ( kerana apabila tekanan darah menjadi rendah badan akan mengutamakan bekalan darah ke organ yang penting dalam badan seperti jantung, buah pinggang dan otak maka bahagian lain seperti tangan dan kaki akan terasa sejuk kerana kekurangan pengaliran darah. (Allahuakbar... kerja Allah........ tak terjangkau dgn pengetahuan kita....)

Dalam keadaan begini, adalah baik bagi pesakit dibaringkan supaya darah mudah dihantar ke otak dan rasa pitam akan berkurangan. Bagi akak pula jika ianya berlaku semasa sedang dialysis, petugas kesihatan akan memasukkan air terus dalam salur darah dan serta merta rasa pitam itu berkurangan berlainan jika air kita minum, untuk dia meresap masuk dalam badan memerlukan masa.

Dalam keadaan pening begitu kami mendapat tempat duduk yang mempunyai kerusi panjang. Akak pun baring dan mengangkat kaki. Berehat seketika dan minum air suam.

Setelah berehat dan baring lebih kurang 30 minit, badan akak berasa panas semula. Boleh rasa pitam berkurangan dan dada yang awalnya terasa kosong dan lapang, relax semula. ( Akak kerap kena begini selepas dialysis... walau dah beberapa kali kena begini perasaaan takut seakan hampir mati masih terasa. Dah terbayang bagaimana nanti petugas kesihatan (paramedik) terpaksa mencari kami di The Gardens, bagaimana mereka harus membawa akak ke ambulan dan ke hospital.... ) Bila akak cerita pada suami, dia pun menggambarkan kemungkinan yang sama.....

Selesai makan, badan dah mula rasa segar sedikit. Rancangan untuk menonton wayang dibatalkan. Kami turun ke tingkat bawah dan membeli buah-buahan dan kueh karipap yang sungguh terkenal di situ. ( Jika ada yang pernah beli karipap di One Utama... akak berani mengesyorkan anda cuba makan karipap ini kerana rasanya memang sedap. Pendapat akak sebagai seorang yang suka makan karipap Karipap One Utama yang mengaku terkenal di Singapura .... tak sedap langsung. Hampeh.....) Karipap di Mid Valley ini walaupun tuanpunyanya cina tetapi gambar yang tertera di dinding bahawa mereka menggunakan makcik-makcik orang melayu kita membuat inti dan mengelim karipap tersebut.

Selesai membeli barang-barang. Kamipun pulang.

Akak : Bestkan kedai buah-buah MBG ni... macam-macam buah ada......

Suami : Hmmm.... mahal... kalau beli selalu boleh bangkewap....

Akak : (Tak tangkap bunyinya..) Apa?...

Suami : Boleh Bangkewap...... (Bangkrap...)

Ya.. memang mahal tapi buah-buahnya fresh dan sedap-sedap....

12 comments:

  1. sementara akak tgh ada selera makanla buah2 itu selalu :D

    ReplyDelete
  2. Hari ini kakcik masak nasi ayam. Pagi td pergi Chow Kit, lps tu singgah makan nasi lemak kat kedai K. Sham. Blk ke rumah, Cik Abg bersihkan ayam & sotong. Dah siap baru kakcik masak. Adik2 dan keluarga diaorg datang makan. Puas hati kakcik bila nasi ayam kakcik habis di makan. :)

    ReplyDelete
  3. huhuhuhuhuhu...
    tak ajak pun makan nasi ayam...

    ReplyDelete
  4. mimi,
    yer la.. tengah ada selera.. macam2 akak tibai...

    ReplyDelete
  5. Suspen gak kalau rasa nak pitam2 mcm tu, kan? Maknanya Akak perlu sentiasa berteman kemana je pergi..

    Bab mkn2 ni, kan, rasa2nya I agak terkebelakang.. Badan mmg montel, tp actually I bkn jenis pemakan sgt esp beberapa thn kebelakangan ni..

    ReplyDelete
  6. maaf nak menumpang perasaan..
    kdg2 takut dgn aktiviti awak seharian..
    kdg2 takut dgn apa yg awak makan...
    yer lar....hanya org yg berada ditempat anda yg tahu dan faham situasi, keinginan, kemahuan dan perasaan anda yg sebenar2 kan?
    saya hanya berani memandang dari jaauuuhhh....

    saya ada kenalan yg menghidap masalah kesihatan spt anda, bezanya....dia kurang mampu nak menikmati apa2 yg anda mampu... itu saja......

    jgn salah faham dgn perasaan ini ya.
    saya ingin anda terus sehat, ceria dan bahagia.

    ReplyDelete
  7. salam akak,
    wah bestnya makn2 tuh
    ekkekek
    saya dah lama tak g tgif kat subang parade, lama dulu pernah pegi..

    bestnya srawberry tuh
    heeeeeeee

    janji hepy ya kak
    haaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. salam..

    selamat tahun baru 2010..
    moga terus maju dalam hidup baru..

    emmm, bestnye nengok buah strwaberry ngn lamp chop tuu...my favouriteee tuu.. hehe

    ReplyDelete
  9. salam akak..
    ida telan airliur tguk semua kat atas tu..
    tp yg paling ida nk ucap terimaksih info pasal tekanan darah rendah tu..ida alami perkara tu...so tahulah mcmne nak buat bila kena..

    so..ni lah the garden yg ida tk sempat pegi..dari mid valey boleh terus ke the garden kan...insyaallah nk pegi satu hari nnti..

    ReplyDelete
  10. ja,
    sejak selalu sgt pitam2, akak jarang jln sensorang. mesti berteman sbb anything happen.. senang.

    kak nora,
    (bisik2..)
    saya ni sbnrnya penggemar nasi & sambal.. mknan western tu, tak pernah terliur. Sekdr meneman suami..

    QJ,
    akhir2 ni mmg xtvt saya berlebih. 2 tahun dulu, terbatas...
    saya dan suami buat apa yg termampu... hanya sekadar meraikan anak2 dan suami.
    senang celita... kami dah tau penghujungnya.
    xtvt saya ada kalanya dah sampai satu tempat, dah elok parking, tp tak daya jalan.. kami balik...(itu yg suka jln berdua). bila rasa kuat betul, bawa anak2..
    saya hargai komen anda.. saya tak berasa apa2.. jauh sekali nak berkecil hati..
    kita boleh bergurau dan bincanglah kalau ada apa2 nak ditanyakan.

    birU,
    tadi baru kami pulang dari subang parade.. nampak tgif.. wah..mcm2 ada...
    alhamdulillah.. strawberry yg akak beli tu, manis... selalu beli kat cold storage pun tak pernah dpt manis. beli kat mbg, manis... memang sedap.

    cik amy sinsei,
    selamat menyambut 2010 dan semuga 2010 memberikan kebahagiaan buat amy....

    ReplyDelete
  11. Ida,
    saya memang suka kongsi maklumat perubatan sebab kekadang infonya memang berguna dan besarnya ilmu Allah luar sekali dari jangkauan kita.
    Dari midvalley memang boleh tembus garden... kaki kena kuat untuk merayap-rayap di situ.... :-)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...