Kelmarin akak terima panggilan telefon dari orang Alai.. iaitu Rodzana. Kami berkenalan sewaktu sama-sama menanti anak di kedai buku Pustaka Rakyat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kelancaran berbual membuatkan kami bertukar nombor telefon.
Panggilan telefon dari Zana semalam membawa kepada janji untuk keluar minum di salah sebuah kopitiam yang terdapat di BBB. Kami berjanji untuk bertemu selesai solat zohor di rumahnya.
Tepat pukul 200petang, akak pun tibalah di rumahnya. Setelah masuk dan berkenalan dengan ibunya Puan Salmah, kami pun duduk berbual dengan selesanya. Rancangan asal untuk keluar minum di Kopitiam terus bertukar. Kami berbual-bual bersama-sama ibunya yang turut menyumbangkan cerita. Sungguh seronok hingga tak sedar masa berlalu begitu pantas.
Jika tidak kerana hujan akan turun, tidaklah akak teragak nak pulang..( Tewuk betul cik tinam ni kalau dah berbual...)sebaik amaran bunyi petir berdentam dentum.. kelam kabutlah akak keluar dari rumahnya. Tapi, dah sampai luar pintu pagar pun..masih ada perkara lagi nak diborakkan. Menitislah hujan memberitahu dan mengarahkan akak supaya terus masuk kereta dan pulang...
Rodzana memang berseni orangnya. Inilah rumahnya hasil dari rekaan/design nya. Memang cantik.
Psssttt....Zana... lainkali akak ambil gambar dalam rumah pula yer....
Rahmah memang cepat mesra dgn org yg baru kenal yea! Akak tgk Rahmah byk kenalan cyber, kenalan semasa shopping etc. Bagus peramah cepat dpt kawan. Akak pulak selalu dikatakan sombong bila first time di kenalkan tapi bila dah dua tiga kali berjumpa baru jadi mesra. Akak jenis quite reserved bila dah tua2 nih..he he he
ReplyDeletekak nani,
ReplyDeleteagaknya memang padan dgn nama rahmah...dimana-mana saya suka cari kawan...
bagi saya, kak nani tak sombong kerana bila 1st time kenal kak nani melalui blog, mudah mesra orangnya....
Saya setuju juga bila kita bersikap 'quite reserved' pada orang yang kurang mesra..
Kak MAHHHHH... jeles ler ttengok orang berdating-dating nihhh...
ReplyDeleteBila kita nak dating dan bercanda ek KAK? Tapiiii.. takyah ler datang rumah saya... malu saya kalu tetiba kamera Akak tersnap sana sini..:D
azie,
ReplyDeletenanti kita berdating2...
yang dekat area bangi akak larat pergi sensorang.. jauh sikit, kena bawa bodyguard...
tapi nanti akak usahakan...
insya'allah... akak dah dpt no hp azie... nanti kita dating lak yer....