Sunday, January 10, 2010

Dessert malam ini.

Petang tadi teringin sangat tekak akak nak makan kek yang di masak bersama epal hijau. Lihat resepi, tiada pula yang berkenan. Maka akak mendapat idea.

Turun ke bawah, kopek semua epal hijau., sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Gula Kastor pula takda. Untuk keluar ke kedai semata-mata mencari gula kastor, adalah tersangat malas. Tapi akak tak mati akal. Akak mesin gula menggunakan mesin pengisar kering. Aleh-aleh jadi gula icing. Hmmm... icing pun icing lah... janji gula. Bak kata kawan baik akak di Penang, "Takpa... kita yang buat dia....".

Buat sukatan elok punya... guna mixer untuk menyatukan butter dan gula. Kemudian masukkan telur dan akhirnya masukkan tepung. Qeeb mempunyai kerajinan mengatur epal yang sudah di potong dan di masak bersama gula ke dalam acuan kek.

Bahan bancuhan dah sempurna. Tuang atas kek dan Qeeb sekali lagi mengatur hirisan epal menjadi susunan yang cantik di bahagian atas kek. Selesai tugasnya, kek pun di bakar.

Tunggu sejam. Kek pun masak.

Selesai makan nasi, kek epal menjadi pencuci mulut. Alhamdulillah. Sedap lah pulak butter cake di campur dengan masam-masam manis epal menjadikan kek tersebut sedap dimakan. Gambar akan akak cuba masukkan kemudian.


Qeeb mengatur hirisan epal di dalam bekas kek.

Kek dah hampir masak.


Kek dah sedia untuk di potong dan di agih-agihkan.... sedap makan panas-panas...



9 comments:

  1. Vahvahvah, hamboi2 ..
    Akak, nak tanya sket boleh? Hirisan epal disusun dilantai mould juga ke?

    I ada 3 biji epal dapat dari rumah pengantin smlm...

    ReplyDelete
  2. Waaa........... sedapnya ! Tie tak pernah buat gini...

    ReplyDelete
  3. Salam Dik Mah...

    kalau rajin semua boleh jadi kan? :)

    hadoiiiiii haiii... bilalah nak datang kerajinan dalam diri dan jiwa kakcik ni!...

    ReplyDelete
  4. kak som,
    qeeb lebih rajin... lantai mould pun dia atur... sedap jugak makan masam2....

    ReplyDelete
  5. tie,
    sedap memang sedap. selalunya kita jumpa epal dibuat pie.. saya rasa mcm cepat muaklah... sebab tu saya tukar jadi cake epal...

    kakcik,
    rajin dan ada yg bantu.... itu jawapannya.
    kakcik rehatkan/sehatkan diri dulu, lepas tu rajin pun datang....

    ReplyDelete
  6. Kak MAH...
    orang rajin memang ler dapat buat macam-macam.. makan macam-macam...
    dan jumpa macam-macam...:D

    ReplyDelete
  7. azie,
    kalau vitamin rajin ada...
    kalau vitamin malas datang,
    abuk pun tak der...

    ReplyDelete
  8. e'eh..bleh pulak epal tu dibuat kek? huhuhuhu..sesungguhnya aku adalah sangat menjakun kak oii..

    ReplyDelete
  9. Ai,
    akak pun tau epal utk buat pie aja... tapi kita yang buat dia... bila dah siap/jadi... hmmmmm semua orang suka.... ingat... 'Kita Yang Buat Dia...'

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...