Monday, January 11, 2010

Ikan Bayan.

Malam ini untuk hidangan makan malam, mulanya akak mati akal jugak. Teringat semalam BIL yang baru balik dari memancing dengan FIL di Umbai, Melaka.... akak pun buka peti ais dan jumpalah ikan yang diberikannya pada suami akak semalam iaitu ikan bayan. Ikan Bayan ini adalah seekor ikan karang yang sangat cantik rupanya. Tubuhnya berwarna putih dan bertompok biru dan kuning sikit memanglah sangat cantik. Jika hendak di masak, kaedah mengukus amatlah sesuai.

Sebelum itu akak goreng telur bersama-sama dengan hirisan kacang panjang dan bawang. Akak teringat semasa akak kecil, jiran akak sering menghidangkan lauk ini. Bila dah kerap mencuba, akak jadi suka pula.

Ikan bayan ini akak hiriskan halia, bawang besar, tomato, serai, bawang putih, sesudu besar taucu, beberapa biji cili padi dan perahan limau kasturi....

Boleh nampak kebiruan ikan ini sehingga ke tulangnya....


16 comments:

  1. Wah.. betul2 tinggal tulang.. boleh buat sikat tu! :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    betullah... sesak-sesak, berguna juga...
    sikat biwu....

    ReplyDelete
  3. Wow..! pertama kali dengar Ikan Bayan. Selama ni dok tau Burung Bayan jer (tu pun tak penah tengok lagi)...

    hmmm nak kene pi zoo ler melawat kawan-kawan. Baru kenai nama depa.. hahahahaha!

    Telur Dadar...! (lauk orang malas, kata orang), yang sedapppp! saya sukaaaaa...

    ReplyDelete
  4. mmm..very interesting akaknya entri. dah lama saya tak kukus ikan. kalau dulu datang musim kukus, kembong pun dikukus jugak.

    ReplyDelete
  5. azie,
    kat melaka pak mentua panggil bayan... tak tahulah tempat lain depa panggil apa. Tapi bila memancing, bukan selalu boleh dapat... yg selalu dapat gelama, gerut-gerut...

    Telur... buat apapun memang sedap...

    acciacatura,
    akak pun dah lama tak kukus ikan. bila ada ikan sesuai jer... lepas ni, simpan baliklah pengukus tu...

    ReplyDelete
  6. mak oii...bahaya nampak tulang tu, buatnya la tecekik...tumpooo yong..

    ReplyDelete
  7. Fa,
    tulang ikan baru memang bahaya...
    bila bagi anak makan, akak tak pernah beli ikan yg banyak tulang... akak suka beli tenggiri/bawal.. tulangnya lembut....

    ReplyDelete
  8. sodapnyerr telor dadar tewww.. ihiks

    ReplyDelete
  9. en_me,
    telor dimasak apapun memang sedap...
    mudah dan ringkas dimasak... dan sedap...

    ReplyDelete
  10. aik!!!
    rasa dah komen tadi..
    pernah teroder ikan kukus yang sangat tidak sedap..
    sampai now takut nak oder..
    (oder..bukan masak...hehehehe)
    (kita tak gheti masak..keji kan...)
    hahaha..

    ReplyDelete
  11. IS,
    Kalau pandai makan sedap-sedap
    lama-lama kita akan pandai jugak memasak... :-)
    percayalah...

    ReplyDelete
  12. alahai. sedapnyer............ macam teringin ler pulak..... nasib jauhhhhhhhh.. kalau dekat, dla datang umah akak.

    ReplyDelete
  13. dla,
    dekat ker jauh...
    boleh di atur...

    ReplyDelete
  14. Ikan bayan memang sedap. Teringat masa snorkeling di pulau redang dulu. Suka tengok, giginya nampak jelas. Nyaris kena gigit masa beri ikan2 tu makan roti, hehe...

    ReplyDelete
  15. Ikan bayan memang sedap. Teringat masa snorkeling di pulau redang dulu. Suka tengok, giginya nampak jelas. Nyaris kena gigit masa beri ikan2 tu makan roti, hehe...

    ReplyDelete
  16. tie,
    isinya lembut kan... gebu...
    kalau akak ada peluang nak pergi snorkeling bawa anak2 mengenali keindahan kehidupan dibawah sana.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...