Monday, January 25, 2010

Kisah Balik Kampong. Berita sedih dan berita gembira.


Pagi sabtu, bangun awal menyiapkan baju-baju untuk dibawa balik kampong... boss masih berehat meneruskan tidurnya. Anak-anak sudah diberi tugas menyediakan pakaian masing-masing untuk di bawa pulang ke kampong. Akak cuma bertanggung jawap menyediakan pakaian Aisyah, boss dan isteri boss....

Dah siap semua, beg-beg dibawa turun dan barang-barang di masukkan kedalam kereta. Aisyah cukup seronok bila ditugaskan membawa laptopnya sahaja...


Pergi sekolah kena bawa beg..nak balik kampong pun kena bawak beg...

Tiba di Jejantas Ayer Keroh..., suami membawa anak-anak pergi 'brunch' di A & W.. akak yang pada mulanya 'puasa' tinggal dalam kereta... 10 minit kemudian, setelah puas berperang dan bersoal jawap dengan isi hati sendiwi.... akak pun keluar keweta dan menuju ke A & W. Terkejut suami akak bila akak tiba. Akak cakap tak mahu puasa hari ni dan minta dibelikan 'coney dog'...
Suamipun belikan air 'rootbeer float' dan 'coney dog'..Hmmmm....untung akak keluar keweta... kalau tak kewing akak tunggu dalam keweta..

Pada hari ahad, akak keluar pagi-pagi mencari sarapan yang diberitahu oleh Rodzana (orang Alai). Tapi tidak bertemu gerai yang di maksudkan. Mungkin bila Zana kebetulan sama-sama pulang ke kampongnya pada masa yang sama dengan akak, bolehlah zana tunjukkan gerai yang dimaksudkan.

1. Berita sedih...

Balik kampong kali ini ada berita sedih yang akak terima. Emak angkat akak ( akak mengenalinya semasa akak melahirkan anak sulung, beliau menjadi bidan mengurut akak selama 2 minggu.) Mak saudara yang mengenalkan Makji Munah ini kepada akak..Orangnya lembut tuturkata dan lembut urutannya...memang disenangi.

Walaupun tugasnya hanya untuk mengurut tetapi olehkerana akak takda bibik dan mengharapkan seorang warga tempatan (dikenali sbg ketot )yang datang bekerja pagi dan balik petang. Si ketot ni selalu tiba lewat dan Makji Munahlah yang akan menyediakan sarapan pagi untuk akak yang dalam pantang. Budinya yang tidak berkira kerja, membuatkan akak sayang dan hormat padanya.

Pernah semasa kami tinggal di Pulau Pinang dan pulang bercuti di kampong, Makji Munah akan datang ziarah apabila mendengar kami pulang ke kampong. Beliau yang mengetahui kami suami isteri suka makan kuih koci akan menyediakan kuih tersebut tiapkali akak pulang ke kampong.Tiapkali raya, akak ataupun makji akan bertemu samaada di rumah mertua ataupun di rumah beliau. Hubungan mesra kami berterusan dengan panggilan telefon dan kunjung mengunjung. Pernah sewaktu beliau mendengar akak akan bersalin, beliau dalam keadaan sakit pun tetap datang ziarah melawat akak di Hospital.

Semalam akak diberitahu bahawa Makji Munah telah kembali ke rahmatullah pada 13hb Disember 2009. Kami ada pulang ke kampong pada hari tersebut dan menyambut hari lahir Ain.
Tidak pula kedengaran pengumuman di masjid mengenai berita ini dan kebanyakan orang Pernu tidak mengetahui tentang kematian Makji Munah. Walaupun Makji Munah tinggal di Kg Bukit Pegoh, kadang-kadang ada juga pengumuman di masjid memberitahu berita kematian penduduk.

Akak yang diberitahu mengenai hal ini terus berkunjung ke rumah arwah dan bertemu dengan menantu arwah. Sangat sedih memikirkan kerana kami memang ada di kampong sewaktu hari arwah meninggal dunia. Tapi takda rezeki untuk sama-sama mengadap arwah. Al-Fatihah buat arwah Makji Maimunah.

2. Berita Gembira.

Dan semalam juga sewaktu berbual-bual dengan emak saudara ( bibik Azai ), akak diberitahu bahawa blogger yang dikenali sebagai Idalara mempunyai ikatan kekeluargaan dengan famili suami. Akak mengenali Idalara melalui blognya dan kami juga ada bertukar nombor telefon. Sesekali kami bertanya kabar melalui sms. Seronok kan... kawan jadi saudara....
psst ida..... nanti kita jumpa tau...

Malam tadi sebelum kami pulang, suami membawa kami makan ikan bakar di Umbai.

Aisyah... sedang demam...

Ain pun demam.. tapi masih mampu tersenyum ceria...

Zahrah sedang memberi makan seekor kucing yang datang di bawah meja...

Kupang goreng cili..... sedappppp....
Ikan siakap memang faberet Zahrah...

Akak memang kesedapan makan kupang bersambal..


10 comments:

  1. Salam Dik Mah (mesti tgh dialisis waktu ni, kan?)

    Petang semalam, sebaik kakcik on hp di LCCT, masuk mesej dari Ida yang menceritakan khabar gembira itu.. Sesungguhnya dunia ini tak sebesar mana, ditambah pula dengan kecanggihan teknologi. :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    sedang dialysis.....
    kabar sedih dan gembira utk semalam...

    ReplyDelete
  3. alfatihah buat mak angkat akak..

    teringin nya lah, dah lama tak g melaka dan makan2 kat umbai.
    nasi lemak bungkus kecik2 dan c fud, heeeeee
    best!!!

    ReplyDelete
  4. Wahhhh... seronok balik kampung. Dan tahu pula sahabat blogger adalah sedara lak tu...

    Apapun tumpang sedih dgn berita Mak Aji tu. Begitulah, kalu dah takda rezeki dan pertemuan yg diizinNYA, memang tak bertemu wpun dah tak jauh mana pun...

    ReplyDelete
  5. birU,
    nanti birU dtg melaka, sewaktu akak balik melaka... akak jamu makan kat ikan bakar umbai....

    azie,
    memang takdir begitu, takda rezeki nak jumpa walhal kami memang ada kat kg.

    ReplyDelete
  6. Salam kak,

    sedapnya ikan bakar tu...

    Al-fatihah buat emak angkat akak.

    ReplyDelete
  7. iris,
    TQ....
    ikan bakar umbai memang sedap...
    jom JJCM....

    ReplyDelete
  8. Alamak! I saw kupang there. Dah lamanya tak makan kupang. Kalau dok kat johor dulu selalulah makan. Laparrr...laparr..

    ReplyDelete
  9. Al-Fathihah buat Makaji Munah.

    Makan ikan bakar bestynya, kak zai suka ikan jennahak masak 3 rasa.Tak lepas peluang kalau pergi Melaka.

    ReplyDelete
  10. eleena,
    kupang ni lah yang buat terbuka selera...knowing me...asyik terbuka selera ajer...
    masak halia dan masak sambal mcam ni memang best...

    kak zai,
    terima kaseh....
    ikan jenahak memang sedap...tapi anak2 suka siakap bakar cicah kicap....
    Anak kak zai ada kat melaka, selalulah boleh pekena ikan bakar...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...