Sunday, January 3, 2010

Lauk tengahari akak hari ini... 3hb

Pucuk paku masak lemak cili api dengan terung telunjuk dan udang...


Bangun pagi, selesai masak daging dendeng versi aruah mak akak ( tapi akak ubah sikit tang daging.. akak perap dengan halia/kunyit hidup/ketumbar/garam-kalau mak akak senang aja guna kunyit dan garam ajer-goreng daging tersebut selepas dihiris halus. Daging yang sesuai daging batang pinang... dapat potong lebar-lebar...).

Cili hidup di tumbuk dengan bawang besar 2 biji dan 3 ulas bawang putih. Kalau nak manis lebihkan lagi bawang besar, kalau nak pedas letak sikit cili api.. semua ikut suka kita... masa akak kecil2 dulu, aruah mak suka letak gula dalam gorengan cili, memang sedap tapi bila dah tua tekak akak tak terima sambal ada gula... jadinya akak tak letak. Tapi masa kecik2 dulu inilah juadah istimewa buat tekak akak dibuat oleh aruah mak. Kalau ada lauk ini, memang akak akan peluk mak sebab suka. Kalaulah akak tak malu2 kucing dgn mak masa dulu... sure akak peluk dan cium mak sebagai tanda suka sangat lauk yang mak masak...


Selesai masak daging dendeng versi mak akak, akak pun siap sediakan cili hijau buat sambal macam kat kedai sari ratu tersebut. Tapi cili ijo ini tak jadi hijau sebab akak campurkan bawang besar dan akak guna minyak goreng daging tadi.. kononnya nak bagi sambal ijau itu lagi ummmppp, tapi warnanya larilah pulak. Jadinya akak namakan sambal itam....

Terlebih rajinlah pulak, akak pun masakkan juga peria goreng dengan taucu. Tapi kali ini akak letak garam semasa merendamnya terlebih... termasinlah pulak.... kalau orang dolu2 suka mengusik anak dara kalau masak terlebih garam - tandanya nak dekat kawin... tapi akak memang nak kena lempar masakan tu kalau dah termasi sebab kalau makan - suami yang ada pun boleh lari.... BP pun akan mencanak naik.... Nasib-nasiblah... mana satu...

Kemudian akak keluar bersama suami kerana nak membeli udang, santan, meja belajar untuk aisyah dan suami hendak gunting rambut. Keluarlah kami berdua tanpa diiringi sesiapa ,( walaupun aisyah-pertamanya dia merajuk sebab akak pinjam laptop dia... bila akak berikan semula lansung dia tak berenggang dgn laptop itu...). Pergi beli udang dan santan.... sarapan roti canai di Ani Sup Utara... kemudian cari meja belajar untuk Aisyah dan menemankan suami gunting rambut.

Balik rumah terus masakkan udang masak lemak dgn pucuk paku dan terung telunjuk. Sodap... Pucuk paku ini permintaan khusus dari suami sebab semalam semasa akak pilih-pilih sayur-sayur kampung, suami meminta nak pucuk paku.

16 comments:

  1. akak ni buat ida kelaparan petang2 ni..lebih2 lagi tguk peria dgn sambal cili hijau tu...pergh!meleleh air lior...
    daging dendeng ida versi lain pulak..nnti ida bg resepi...

    ReplyDelete
  2. ida,
    tak niat akak nak menaniayakan ida... peria tu taklah sedap sebab termasin...nanti bilaakak buat sedap, akak hantarkan ke salak tinggi...
    (akak dpt idea dating dgn idakat ERL putrajaya...
    okay?....

    ReplyDelete
  3. AKAKKKKKK.... percaya tak, lauk dah sayur tu macam nak sama lak dengan menu Azie semalam..
    bezanya ialah..

    Pucuk Paku Azie tumis dengan udang kering dan cili padi...
    Daging Azie masak Asam Pedas Melaka Style (boh kerisik)
    Sambal Tumis > tetap boh gula baru lakuuuu...

    beza gak ler.. cuma bahan asasnya sama..
    sedappppp...

    ReplyDelete
  4. azie,
    lauk pauk macam inilah yg membuka selera kita kan..
    akak dah banyak kali cuba buat asam pedas melaka tapi tak pandai sangat.. kurang ummmppphh macam mak sedara buat...
    nanti bagilah resepi, akak nak cuba..

    ReplyDelete
  5. Adjust sikit sana sini, dah boleh panggil kawan2 blogger kerumah....jamu makan2 masakkan sendiri..okay tak??? emm...kak nani tunggu jemputan Rahmah...ngeeee...

    ReplyDelete
  6. kak nani,
    serius?... kalau betul, kecil tapak tangan.. nyiru saya tadahkan...
    kak nani bila teragak, sebut ajer..
    kak nani bg idea untuk get together kat umah dengan masakan kampung... hiiii enjoynya...
    mari kita realisasikan...
    hp no saya 012-5626469.. kita sms plan kita...
    saya serius...

    ReplyDelete
  7. Daging itew.....(sambil jilat screen)

    ReplyDelete
  8. Bila masak masakan mak, tentu rasa seronok dan sedap je kan... walaupun rasanya kurang sikit. Tie ni tiap kali masak gitu mesti teringatkan mak. Nak talipon macam tak sanggup, takut nangis, nanti mak nangis sama.. hu hu..

    ReplyDelete
  9. Hari tu Tie datang nak komen, tapi komen box ni tak muncul, tu yang balik je tanpa tinggalkan jejak bertulis, hi hi...

    ReplyDelete
  10. Ai,
    nanti akak nak buat gathering kat umah mcm cadangan kak nani... datang yer.. akak buat daging dendeng ni...

    Tie,
    akak masak resepi ni, memandai ubah.. dah tak sama rasanya... tak sesedap dan tak sama mak buat... kena ulang semula buat....
    komen box ni kgd2 ada, kdg2 takda... kat mana2 pun sama...

    ReplyDelete
  11. Salam Adik..

    bila? bila nak buat rumah terbuka? nak datang.. nak datang... :)

    ReplyDelete
  12. kakcik,
    buat gathering sesama kita jer... kakcik memng tetamu khas... saya nak bincang dgn yg lain, barulah nak hantar jemputan buat kakcik... kakcik mesti datang dan mesti ada....:-)

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah.. kakcik akan datang.. sms je.. tak payah hantar driver! wakakaka... :)

    ReplyDelete
  14. kakcik,
    insya'allah...
    kalau boleh masa tu, fa pun ada...
    kita merancang...
    Allah yg menentukan...
    insya'Allah......
    (kakcik masak asam tumis yer.... nak rasa sangat asam tumis kakcik....)

    ReplyDelete
  15. Wah kak! sius ye? NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

    yeah yeah...........lalalalalalalala

    ReplyDelete
  16. Ai,
    sirius.......
    insya'allah......

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...