Thursday, May 6, 2010

Pertemuan datin-datin...


Seperti yang telah dijanjikan sejak semalam, pagi ini kami berkumpul di rumah Datin Ella. Datin Marina akan datang bertemu di sana juga. Tepat pukul sembilan, akak dah tiba didepan rumah Datin Ella dan terus menalipon memberitahu. Rupanya Datin Ella memang sedang menunggu di depan pintu.

Taklama kemudian, Datin Marina pun tibalah. Kami terus memulakan langkah untuk ke Restoren Yati Ayam Percik. Tiba depan kedai dalam pukul 920pagi, kedainya masih tutup. Kami pun mencari-cari idea kemana pulak tujuan kami seterusnya. Teringat restoren Nasi Ulam di Teras Jernang, terus menonong kami kesana. Malang juga.. tutup juga.... Hmmm... jalan ke hadapan sikit ingatnya nak makan roti canai yang dikatakan sedap oleh Datin Marina.... Hmmmmm... tutup jugak....

Okay.. ambil jalan bangi lama lalu depan UKM... ingatkan nak singgah tapi malaslah pulak... teruskan perjalanan.. Bincang-bincang lama-lama kami setuju nak makan di gerai atas PKNS. Semuanya bersetuju... terus menuju ke PKNS. Tiba di sana, ternampak De'Palma... Ingatkan nak masuk tapi masih tutup. Jam menunjukkan jam 930pg.. okaylah.. tunggu kejap rasanya.. naik ke atas Food Court PKNS.. jalan-jalan.. tak ada apa yang menyelerakan. Masing-masing bersetuju untuk turun semula ke De'Palma.

Tepat pukul 1000pagi, kami turun semula ke De'Palma. Malanglah pula... restoren belum boleh operasi kerana tenaga kerjanya tidak mencukupi. Cuma ada seorang tukang masak... Kami dibenarkan masuk duduk menunggu pekerja datang. Duduk-duduk sambil berbual dan membaca suratkhabar. Taklama kemudian tibalah Datin Intan.

Lama juga menunggukan pekerja restoren tapi masih tak ada bayangnya. Agaknya memang dah tertulis di Lauh Mahfuz bahawa hari ini memang tiada rezeki kami nak makan di sini. Kami keluar dan terus menuju ke Nasi Ulam. Dah hampir waktu tengahari, maka lauk-lauk makan tengahari pun dah disediakan. Maka, daripada hajatnya nak sarapan..membawa kepada makan tengahari. Perut dan tekak masih tak berpuashati. Makan lebih kurang, kami sekadar mengisi perut yang dah masuk dek angin jalan-jalan kosong keliling bangi....

Keluar dari Restoren Nasi Ulam kami menuju ke Old Timer Cafe. Datin Marina mencadangkan cuba kopi kampong yang di blend sendiri. Memang pekat dan sedap... Olehkerana perut masih kenyang, kami berjanji pula untuk datang petang nanti pekena kopi o dan ubi rebus....

Apalah nak jadinya kami ni... puas pusing bangi... memang tak da 'contingency plan'....

5 comments:

  1. Salam Dik Mah..

    ingatkan tiada catatan baru, sebab kat link yang kakcik letak tu.. catatan 3 hari lepas yang keluar. Tertanya2 juga, sbbnya Dik Mah selalu buat catatan tiap2 hari..

    Kiranya tadi - pergi 'brunch'lah, ya? :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    umah jer berpagar.. orangnya tetap berjalan-jalan.. :-) entry memang akan macam dulu jugak cumanya daripada blog kakcik dah tak nampak blog update macam dulu...
    Dari sarapan bawak ke lunch, kami merayap/menunggu tadi... semuanya kerana Allah dah tetapkan rezeki di Kedai Ulam. Duduk di 2 kedai menanti, tapi rezzeki tak tertulis disitu.. memang tak boleh lawan ketentuan Allah...

    ReplyDelete
  3. Kak Cik SEROJA > untuk pengetahuan, bila blog itu telah diprivatekan, sesiapa yang link tidak akan nampak “updating” lagi melainkan klik dari semasa ke semasa. Sekadar berkongsi pengalaman bagi menjawab komen Kak Cik

    MAAF AKAK, saya jawab bagi pihak pula.

    Seronoknya jalan-jalan minum kopi di kopitiam.

    ReplyDelete
  4. Azie,
    janji berkawan/berteman.. minum kat mana pun sedapppp

    ReplyDelete
  5. tq atas penjelasan aziezah tu...baru lah terjawap persoalan yg berkurun dah duk dlm kepala ni..rupanya itu pasal lah yer...
    tapi tak per, saya tak pernah tak hinggap di blog2 yg menjadi kegemaran...all of u here included.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...