Saturday, September 5, 2009

15 Ramadhan 1430 Hijrah.

Alhamdulillah...hari ini dah masuk 15hari umat Islam berpuasa. Akak bila time dialysis tak dapat nak puasa kerana setelah badan ditarik air (extract), terasa lapar dan kering tersangat-sangat. Mungkin sebab bila akak dialysis, akak kena extract air 2.5kg-3.5kg. Bila selesai dialysis, lapar sangat.
Teringat dan insaf rasanya..semasa akak sihat..tak pernah akak terbayang akan sakit begini. Hinggakan terganggu semuanya. Kalau dulu, larat ikut suami dan anak-anak pergi terawikh di Masjid Negeri Pulau Pinang dan semasa tinggal di quarters Hospital Serdang, kami sering berterawikh di Masjid Putrajaya. Sekarang ni, akak dah tak larat nak ikut terawikh di mesjid.
Ya Allah, tetapkan imanku..berikanlah kekuatan untukku memahami dugaan yang diberikan ini. Amin.

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Salam Perkenalan...
    Setiap apa yg Allah takdirkan kpd kita ada Hilmah disebaliknya..
    Saya pun dudk Bangi..Seksyen 3..

    ReplyDelete
  2. Kepada anonymous...
    salam perkenalan kembali. terima kaseh kerna kata-kata tersebut. Setahun juga untuk saya memahaminya..( setiap apa yang Allah takdirkan kepada kita ada Hikmah disebaliknya ).
    Saya di seksyen 5. Berjiran nampaknya kita...

    ReplyDelete
  3. salam, kak rahmah. aida ni. cantik gambar kat eropah bila saya nak sampai tak taula. hehe. bulan puasa ni berkat utk semua tak kira puasa atau tidak, ibadat ada bermacam2 jenis. selamat beribadah.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...