Thursday, September 17, 2009

Phew! Nyaris tak da lauk berbuka.

Dari pagi bawa ke petang, akak punyalah sedap dok baca blog orang. Best dibawa sama-sama lihat kehidupan di Kemaman, Perak (dengan pure loghat Perak), Kelantan dan drama pendek dengan loghat Kuala Lipis, Pahang. Memang terhibur. Mereka semuanya dah bertahun berblogging. Akak baru tahun ni pandai. Itupun dengan tunjuk ajar En Wan Ahmad Lutfi dan isterinya Puan Siti Zahrah.
Punyalah seronok membaca kisah member-member blogger, tiapkali suami akak balik surau lepas solat zohor, akak masih mengadap laptop.

Suami : " Dah solat zohor?...."
Akak : " Dah....."

Sukar juga suami akak nak percaya agaknya kerana sebelum dia ke surau, akak sedang baring atas katil dan kat depan laptop inilah akak dok pandang.
Lepas dia pulang dari solat Asar, sekali lagi dia tanya. Jawapannya pun sudah juga. Memang akak solat tapi sebaik habis solat, sambung baca blog.
Tengok jam dah pukul 5.45pm. Macamana, belum masak lagi.
Uurrghh.... dengan terpaksanya, akak shut down computer... Turun bawah kejap. Bagi arahan begitu begini....
Untung baik pula ada bibik kat dapur dah sempat menyediakan itu ini.

Lepas dia sediakan bahan masak.... akak pun mula masak.

Inilah hasilnya......... Masak lemak tempoyak dan udang galah. Sambal tumis udang. Voilla.!!!!

Sedapppppppp............

2 comments:

  1. Salam dari saya di Sg..sebagai di janji saya dtg ni bolih tak bagi udang galah sikit:)hehe

    How are you?and selamat menyambut hari raya.

    ReplyDelete
  2. Salam kak Elle. Seronoknya saya sebab kak Elle sudi menjenguk blog saya. Salam persahabatan alam cyber.
    JIka kak Elle ke KL, saya akan masakkan udang galah untuk kak Elle.
    Raya ni saya sambut dengan berhati-hati sebab kena jaga minum air. Siksanya, tapi terpaksalah juga demi anak-anak dan suami.
    Selamat menyambut raya juga buat kak Elle tersayang.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...