Tuesday, September 29, 2009

Tetamu.


















Sambutan Hari Raya tahun ini memang meriah berbanding tahun lepas. Dengan keadaan kesihatan yang masih bergantung dengan ubat, rasanya tahun lepas, akak macam tak beraya. Bila tahun ini, barulah terasa beraya dengan berjalan bersama-sama adik beradik dan teman, saudara mara dan adik beradik berkunjung kerumah.

Hari ini semasa Ella menghantar Zahrah dan Ain pulang, akak mempelawa Ella dan anak-anaknya singgah sebentar untuk berhariraya. Alhamdulillah, tanpa dirancang... Ella setuju untuk beraya dengan akak.

Sebaik selesai menalipon Ella tadi, akak bergegas di dapur memasak juadah untuk dihidangkan pada Ella dan anak-anaknya. Dengan bantuan bibik, akak segera membuat sambal sotong, sambal kacang dan masak lodeh. Alhamdulillah, sebaik Ella tiba, hanya masak lodeh belum masak.

Selesai masak lodeh, makanan sudah terhidang bersama-sama nasi impit segera.

Ella adalah teman yang pertama sekali akak kenali sebaik kami berpindah di Quartes Hospital Serdang. Akak mengenalinya semasa 4 tahun lepas sewaktu kami sama-sama menanti anak di depan sekolah. Sikapnya yang ramah menjadikan akak senang berbual dengannya. Kami menjadi rapat kerana dalam masa yang sama Ella boleh menjahit baju kurung setiapkali raya.
Memang akak kenang iaitu semasa akak belum mempunyai teman, dialah teman akak yang pertama sewaktu akak baru pindah dari Pulau Pinang ke Selangor.

2 comments:

  1. Seronok kalau ramai jadi tetamu kita dibulan Syawal ni.Apa pun menu hidangannya yang penting silaturrahim patut dikekalkan.

    ReplyDelete
  2. Kak zaitun...
    betul... jemputlah beraya dirumah saya.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...