Sewaktu kami sekeluarga beraya di Parit Jawa tempohari, kami juga mengambil kesempatan menziarahi seorang lagi ibu saudara kepada ayah mertua akak.
Sebaik memasuki perkarangan rumah 'nek andak' kami sungguh terpegun melihat keindahan dan kecantikan rumah baru nek andak. Tersergam gagah kerana bumbung dibuat 3 tingkat dan atapnya tinggi umpama muzium. Pintunya lebar dan besar dari saiz biasa. Lantainya menggunakan kemasan lantai kayu yang amat bermutu tinggi. Pationya sekeliling rumah menggunakan kemasan kayu.
Sedarlah kami bahawa telah lama juga kami tidak menziarahi beliau sehingga tak sedar rumah nek andak sudah bertukar baru dan cantik kerana menurut beliau telah 2 tahun rumah itu dibina.
Anak-anak kecil semuanya melompat kegirangan kerana menyangka kami akan bermalam di hotel. Hinggakan ada yang bertanya dimanakah bilik mereka. Dengan ruang tamu yang luas, mereka berlari-lari berkejaran sesama mereka seolah-olahnya berada di padang.
Untuk anak nek andak yang mencetuskan idea untuk membina/mereka design rumah tersebut,... rumah tersebut memang cantik dan menjadi idaman kami semua. Tahniah.
laaa, kenapa tak ambik gambar rumah tu...teringin nak tengok gak!
ReplyDeleteBestnya kalau dapat rumah besar n cantik.Kalau kat Kl memang tak mampu tapi tetap bersyukur pada apa yang ada.
ReplyDeleteSalam kak ezze,
ReplyDeleteada ambil tapi gambar luar segan sebab ramai lagi tetamu lain yang datang berkunjung. nanti saya masukkan gambar bumbung.
Salam pn zaitun,
memang best rumah besar, lapang rasa otak kita bila masuk tapi kita bersyukur apa yang kita ada...
Salam, kak rahmah, mana gambar model kiut yg tunjuk pintu nek andak dari siam tu? Penat saya posing tau hehehe
ReplyDeleteSori la qeeb tak masukkan lak. Nnti masukkan semula.
ReplyDelete