Monday, September 28, 2009

Beraya di pantai morib.





Hari ni, kami berkumpul adik beradik belah suami akak di rumah adik ipar di Bukit Rimau. Kenyang sungguh kami dijamu tengahari tadi. Ada nasi beriani, kurma ayam, jelantah (acar timun), nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, mee goreng dan sambal sotong. Hmmm.. semuanya menyelerakan. Makan sampai nak pecah perut....

Singgah sebentar di pekan banting. Memang routine turun temurun keluarga suami akak, tiapkali pulang ke banting mesti singgah pekena cendol. Sedappp.... Dulunya, cuma gerai kereta sorong aje, sekarang dah buka kedai tetap...

Dah kenyang perut, kami adik beradik pakat nak pergi ziarah kubur wan dan atuk di kelanang. Kemudian, untuk budak-budak yang akan naik sekolah semula esok..... kami berkelah di pantai kelanang, morib.

Malam, sebelum pulang, singgah makan malam adik beradik di gerai tomyam dekat kanchong darat. Tak sangka, sedap pulak. Luluslah piawaian kami adik beradik.

Akak minum air tak sedar diri. Aiss..... mana boleh sikit-sikit. Dalam perjalanan pulang, berdoa aje dalam hati agar tak ada apa-apa. Alhamdulillah lah, sampai pagi isnin, masih sempat lagi pergi hospital naik kereta bukan ambulan. Syukur Alhamdulillah.

Budak-budak cukup seronok....

4 comments:

  1. Salam ziarah dah salam eidil-fitri dari kak nong sekeluarga...

    Sudah lebih 20 tahun tak mandi-mandian di pantai morib...

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kaseh kerana sudi datang ke blog saya. Sejak kami discover bangi ke morib dekat jika ikut dengkil, kerap kami ke morib... lagipun dah kampong suami.

    ReplyDelete
  3. Nak cendol satu,kalau pergi Banting mesti nak cuba tak tau pula kat sana ada cendol special.

    ReplyDelete
  4. Salam pn zaitun,

    Cendol ni memang sedap. Dah berpuluh tahun ada di jual di pekan banting. Siap dengan sagu telor ikan dan kacang merah... memang yum....yummm. Arwah mak mentua dan keluarganya jika pulang ke banting, tak sah kalau tak pekena semangkok.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...