Thursday, September 3, 2009

Honeymoon di Eropah.













Semasa mengemas barang-barang lama, akak terjumpa tiket kapalterbang yang telah digunakan semasa lawatan kami (akak dan suami) ke London. Honeymoon gitu......
Kami berlepas dari Subang Airport Kuala Lumpur pada malam 13hb Aug 1993 dan tiba pada keesokkannya( setelah berada di dalam pesawat selama 14jam) di London Heathtrow Airport. Kami menggunakan khidmat travel agent P & O Travel Limited. Setibanya di London, kami terus dibawa oleh 'travel agent' menaiki kereta dan dibawa terus ke hotel di Earls Court Inn International Hotel London.
Setelah membersihkan diri dan sarapan, kami membuat rancangan untuk berjalan-jalan di kota London. Kami mencuba menaiki bas 2 tingkat ke kota London. Setibanya di Oxford Street, kami mencari Malaysia Hall. Kami berasa sungguh seronok berada di Malaysia Hall kerana dapat menikmati masakan halal dan lauk-pauk ala Malaysia.
Setelah selesai makan, kami menyusuri sepanjang jalan Oxford untuk melihat-lihat (window Shopping) bak kata orang tu....Ialah kan....dah terlanjur sampai....
Untuk hari esoknya pagi-pagi lagi kami sudah berkumpul di Piccadaly Circus menaiki bas yang akan membawa kami menjelajah negara Holland, Germany, Liechtenstien, Austria, Switzerland dan Peranchis.
Mula-mula sekali, untuk menyeberangi Selat Inggeris, kami menaiki feri dari Dover ke Calais.
Feri tersebut sangat besar dan mempunyai restoran dan kedai menjual souvenier. Perjalanan kami menaiki feri tersebut amat menyeronokkan. Kami dibenarkan turun dari bas dan menghilangkan lapar dan dahaga di restoran dan juga sempat membeli belah. Dengan kadar tukaran matawang pada tahun 1993 adalah lebihkurang 1 pound sterling = RM 3.75, memang seronoklah jika hendak menyopping.
Setibanya di Calais, bas meneruskan perjalanannya ke Holland. Ternampak di kiri kanan jalan pemandangan kincir angin dan rumput-rumput yang bergulung. (sayangnya gambar yang akak ambil menggunakan kamera biasa bukan digital) . Kami dibawa ke restoren makanan halal dan kemudiannya dibawa kehotel yang terletak di tepi laut/tasik. Berhampiran dengan hotel kami, terdapat marina yang menempatkan banyak kapal-kapal layar. Olehkerana negara Belanda adalah satu kawasan yang rendah, maka banyak terdapat tasik-tasik. Bangunan-bangunan tinggi pencakar langit diboleh didirikan di Belanda (Itulah yang dikatakan oleh Mr Henning-pemandu pelancong kami).
Keesokkannya kami menaiki bas pada awal pagi untuk meneruskan perjalanan ke Germany. Mr Henning menggunakan sistem bergilir-gilir semasa duduk didalam bas. Setiap orang akan berubah satu kerusi kebelakang setiapkali menaiki bas. Jadinya kami merasa duduk di seluruh bahagian dalam bas.
Kami berhenti sebentar di Cologne untuk makan tengahari. Kemudiannya kami dibawa menaiki bot persiaran yang menyusuri sepanjang Sungai Rhine di germany. Pemandangan di kiri kanan tebing sungai adalah istana-istana lama dan kebun-kebun anggur yang sangat luas.
kemudian bas membawa kami ke hotel penginapan. Setelah bersembahyang dan berehat, akak mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar hotel. Buat pertama kalinya akak dapat melihat pokok apel, pic dan plum secara dekat. Buah apel hijau betul-betul sedang lebat buahnya... teringin sekali akak memerik buah apel tapi menjaga adab...akak batalkan saja niat itu.
Esoknya kami di bawa ke Austria dan Liechtenstein... Sepanjang perjalanan, akak melihat rumah-rumah yang cantik dan ditanam dengan bunga-bunga yang indah. Kami hanya sebentar di bandar Liechtenstein kerana tidak banyak kegiatan yang boleh dilakukan. Kami bermalam di Austria.
Esoknya kami dibawa ke Switzerland. Perjalanan di tepi sungai dan di lereng gunung Alps adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sungguh indah. Kami berhenti rehat di Luzern sebentar untuk makan dan membeli belah. Ada sebuah kedai jam yang terkenal bernama Bucherer. Kemudiannya kami dibawa menaiki pergunungan Rigi. Perjalanan naik menaiki keretapi dan setelah menikmati keindahan pemandangan gunung Rigi, kami pula menuruni gunung dengan menaiki kereta kabel.
Pengembaraan kami yang terakhir adalah ke kota Paris. Kami diberi masa 2 hari untuk shopping dan melawat sekitarnya. Mula-mula kami dibawa menyusuri Sungai Seine dengan menaiki bot mewah, Kemudian melawat Gereja Notre Dame dan sebelum kami dibiarkan buat aktiviti sendiri, kami dibawa menaiki Eiffel Towers. Untuk menjamu selera pada tengahari, kami mencuba restoren Yaman. Kira okaylah juga masakannya kerana untuk bertemu dengan restoren makanan halal bukanlah mudah lebih-lebih lagi kami baru pertama kali menjejakkan kaki di Paris. Belasah ajelah.
Esoknya kami menyeberangi semula Selat Inggeris untuk pulang ke Kota London.
Setibanya di London, kami dibawa menginap di London Ryan Hotel. Setelah berehat dan mandi, kami keluar ke kota London untuk makan malam di Nahar Cafe. Makanan yang disediakan menghilangkan rindu seminggu kami yang kebanyakannya hanya menjamu selera dengan roti dan sambal ikan bilis, kari ayam dan kari daging Berahim. Kali ini dapat menikmati lauk-pauk segar dan baru dimasak.
Berada dua hari di kota London, sempatlah kami membeli belah. Akak yang tak tahu apa itu MadammeTussuards, tidak berpeluang kesana kerana bunyinya Madamme Tussaurds.. Rugi kan...
Kami bertolak pulang ke Malaysia setelah berada 2 hari di London.



No comments:

Post a Comment

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...