Sunday, September 6, 2009

AIR TANGAN MAK.

Petang semalam, akak dan keluarga berbuka bersama-sama dengan mak di Hulu Langat. Mak akak (yang melahirkan) masih ada lagi... beliau menetap bersama-sama adik lelaki bungsu di Hulu Langat.

Akak memang telah mengenali mak betul dan ayah betul sejak kecil lagi. Arwah mak angkat akak yang akak panggil emak memang dari awal-awal dah mengenalkan kami. Tapi, kasihsayang yang berlebihan buat arwah emak, akak tidak begitu menghiraukan kenyataan anak angkat. Pernah emak angkat beritahu," Kalau mak meninggal, baliklah tinggal dengan emak betul". Jawap akak " Kalau emak meninggal, orang pun ikut meninggal....". Itu jawapan budak umur 9 tahun.

Selepas emak angkat meninggal semasa akak berumur 17tahun, akak sering juga mengikut abang-abang akak yang sering berkunjung kerumah kami di kampong baru membawa akak pulang kerumah emak di Hulu Langat.

Abang yang kedua, sebelum mak meninggal pun dah mula merapatkan dirinya dengan akak. sering akak mengikutnya menonton wayang, menonton TATU (Askar buat persembahan) dan kerumah isterinya di kampung Sabak Bernam.

Abang yang sulung pula sering membawa akak pulang ke rumah emak, rumah bapa saudara di Port Dickson dan memancing sungai. Boleh dikatakan sebaik emak akak meninggal dunia, abang-abang akak sering mengunjungi akak. Bila akak sunyi, ada saja abang-abang yang bersedia mengambil akak dan membawa akak pergi makan, tengok wayang dan memancing.

Ada seorang abang lagi (dah arwah), sebut aje takda duit, berlari datang hantar duit. Kiranya walaupun akak tak dapat bermanja semasa kecil-kecil dengan abang-abang dan kakak-kakak, bila dah dewasa sikit, dapatlah bermanja dengan abang-abang kandung.

Alhamdulillah.....
Berbalik semula dengan cerita berbuka semalam. Akak sejak sering sakit dan menjadi penghuni berkala bilik CCU Hospital, memang jarang pulang kerumah mak. Semalam, kami berjanji nak berbuka disana. Kebetulan adik dan kakak akak serta keluarga mereka turut berbuka sama. Adik akak memang tinggal berdekatan dengan emak. Sering datang dan menolong masak bersama emak. Emak akak memang sering mengharapkan adik perempuan akak menolong memasak kerana kecekapannya memasak dan berkemas. Jika dia di dapur, macam-macam masakan ada siap dengan kuih lagi. Petang semalam, dia buat kuih samosa. Sedappppp....
Manakala emak memasak lauk kegemarannya iaitu ikan terubuk bakar, gulai tempoyak ikan kembong, sambal ayam, sambal paru dan yang specialnya air ricikan timun dan tembikai. Mulanya semasa akak datang, akak belikan air bandung dan kelapa tapi akhirnya akak berulang-ulang minum air emak akak. Sedap.... minum dengan rasa cruncy timun dan tembikai.... letak pula air batu (ais).... sedapppp......
Bila dah jumpa sekali-sekali...datang pula kakak akak membawa berbagai lauk dan mee gorengnya.. memang sedap mee gorengnya. Macam nak pecah perut makan.
Emak akak pula, mulanya senduk nasi sikit saja kerana tak begitu selera, akhirnya olehkerana seronok anak-anak, menantu dan cucu-cucu berkumpul, tambah juga sesenduk nasi lagi... Kalau dah ramai-ramai, memang berselera. Akak yang hanya dibolehkan meminum 500ml air dalam sehari, terlepas juga dari yang sepatutnya. Air emak akak tu memang sedap bila dicampurkan dengan sirap buatan sendiri yang dibuat oleh emak juga. Air tangan mak...... memanglah sedap.

2 comments:

  1. air tangan mak memang sedap..rindu kat mak ct. nasib baik ada mak mertua..boleh gak jadi pengubat..

    ReplyDelete
  2. Betul ct, sejak zaman dahulu..bila mak yang masak... memanglah sedap. Patutnya kita simpanlah berbotol-botol air tangan mak tu kan... moga bila kita masak, letaklah sikit-sikit...sure masakan kita sesedap masakan emak...
    Terima kaseh atas tunjuk ajar isnin lalu. Maaflah akak menganggu pagi-pagi.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...