Saturday, September 5, 2009

KENANGAN SEMASA KECIL 14

Dahulu, tahu 70an, di bangunan inilah tempat membayar bil air, bil cukai pintu.

Dalam dok teringat kisah masa kecil dulu, akak selalu dibawa menemankan arwah mak yang perlu membayar cukai pintu, cukai tanah, bil elektrik dan bil air. Emak memang senang sekali kalau akak dapat mengikut beliau membayar bil-bil tersebut kerana akaklah yang selalunya beratur untuk membayar bil dan akak tahu mencari tempat untuk membayar bil.

Seingat akak, untuk membayar cukai tanah dan pintu, kami kena pergi ke pejabat tanah dan hasil di salah satu bangunan lama iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di depan Dataran Merdeka. Di situ juga terletak pejabat Dewan Bandaraya yang lama dan dibuka kaunter untuk membayar cukai pintu. Di satu sudut bangunan tersebut, dibuka kaunter untuk membayar bil air.

Untuk membayar bil eletrik, kami terpaksa pergi ke Medan Bunus, berdekatan dengan Semua House kini. Disitu ada bangunan LLN-Lembaga Letrik Negara (dahulu). selalunya memang ramai orang.

Pernah satu hari tu, akak beratur agak lama dan bila tiba giliran akak, akak ditanya oleh kerani kaunter (seorang wanita cina) " You sekolah ke tidak?" (Waktu tu menunjukkan pukul 1230tghari) " Sekolah". "Cepat bagi bil, cepat pergi sekolah". Beliau memahami akak mebantu emak yang sudah tua dan uzur dan dalamasa yang sama dah terlewat untuk ke sekolah. Akak memang dah terlewat pada hari itu kerana kami pergi beberapa tempat.

Yang membuatkan akak terharu, bila kerani kaunter itu tahu yang akak sering membantu emak membayar bil setiap bulan, beliau memberi kelonggaran pada akak setiap kali akak ingin membayar bil. Jika setiapkali akak sampai, akak pasti akan berdiri didepannya biar dia nampak dan dia akan memanggil akak dan menyelesaikan bil akak dahulu.

Untuk pertolongan akak, emak tentunya akan menghadiahkan akak sekeping coklat kit-kat. Bilamana akak mebantu mengikut emak membayar bil, pasti coklat kit-kat menjadi juadah istimewa akak.

2 comments:

  1. Wah, ada dua emak! In a way, beruntung jugaklah. Dan saya dapat bayangkan sedapnya makanan2 tersebut serta meriahnya suasana berbuka di petang itu...

    ReplyDelete
  2. Salam nafastari,
    Alhamdulillah, masa kecil-kecil dulu.. keliru sebab ada 2 mak. Bila dah besar, barulah faham..atas kasihsayang Allah jua akak ada 2 mak. Kasihsayang mak yang terputus disambung pula dengan kasihsayang mak kandung.... Belum termasuk kasihsayang emak-emak angkat yang lain. Termasuklah emak mertua.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...