Tuesday, September 8, 2009

Kerjaseni Ain



Ini adalah hasil kerja seni tangan dari anak akak Ain. Dia cukup suka membuat patung-patung Pokemon dan membentuk plastercine menjadi seperti bentuk burger, fries, air dalam cawan Mc Donald siap dengan straw dan juga hot dog.
Jika dibelikan plastercine yang mempunyai berbagai warna, Ain dengan gembiranya akan membuat bentuk-bentuk tersebut. Pernah dahulu, akak merasakan patung-patung Pokemon adalah salah jika dibuat bentuknya maka akak meminta Ain memusnahkan patung-patung tersebut. Sebaik akak beritahu dari segi agama islam bahawa salah membentuk patung-patung, Ain menangis dan bersetuju untuk memusnahkan patung-patung pokemon tersebut. Sehinggalah apabila abahnya membelikan sekotak plastercine yang baru semalam, maka Ain bentukkan patung-patung pokemon itu.

2 comments:

  1. kreatifnya dia..cantik burger & kentang tu..
    suke.suke..

    ReplyDelete
  2. Terima kaseh. Ain memang meminati bidang seni. Risau akak... (Dia tak minat baca buku). Bila dah besar dia nak jadi Artis./Pelukis... Sedang memujuk AIn agar minat pelajaran.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...