Kali ini akak nak bercerita tentang perangai terbaik akak semasa masih belum berakal.
Ketika akak kecil-kecil, setiap hari akak akan meminta wang belanja dari emak. Kalau minta kali pertama untuk hari tersebut, tentulah berjaya. Setelah mendapat habuan, akak dan kawan-kawan yang lain akan kekedai Pak Cik Rostam di Jalan Watson.
Di kedai tersebut terdapat bermacam-macam makanan yang kita tak jumpa lagi sekarang. Umpamanya, jeruk asam kelubi, jeruk kering berbagai-bagai buah. Ada satu antaranya kami panggil jeruk taik lembu. Warnanya serupa macam taik lembu kering. Tapi, punyalah sedap... Masam-masam manis.
Kalau buka peti sejuk kedai Pak Cik Rostam, ada terdapat jelly yang berwarna merah dan dibekukan dalam cawan plastik. Cukup sedap buat kami kalau dimakan waktu tengahari. Ada juga coklat wafer yang berbungkus kertas timah berwarna merah. Cukup sedap.
Oleh kerana di kedai Pak Cik Rostam menjual berbagai-bagai makanan yang menjadi kegemaran akak, duit yang akak dapat pada waktu pagi tentunya telah habis dibelanjakan.
Untuk memuaskan tekak, akak tentunya terpaksa meminta sekali lagi. (Kadang tu, kalau berjaya kali kedua... ada pula kali ketiga). Yang akak nak ceritakan sini ialah peristiwa upacara meminta duit dari emak.
Selalunya pada waktu tengahari, mak akan duduk-duduk di bahagian bawah rumah sambil memerhatikan keluar rumah. Mak mempunyai kerusi kegemaran iaitu kerusi rotan.
Akak akan cuba memujuk mak berkali-kali dalam usaha mendapatkan duit. Kalau dah lama sangat tak dapat-dapat jugak, tapi masih kuat hati tu merasakan akan dapat, akan pun mulakanlah dengan menarik kerusi mak (tempat mak sandar) dengan menariknya kebelakang. Lepas tu akan akak timang-timang kerusi tersebut seakan-akan kerusi tersebut akan jatuh. Mak akak selalunya nak ketawa ataupun memberi amaran jangan buat begitu.
Entah macamana nak jadi malang, ada satu kali tu, dalam timbang-timbang kerusi tersebut.....kerusi tersebutpun jatuh kelantai. Akak tak berjaya nak menangkapnya sebelum kerusi tersebut mencecah lantai simen....Huhhhh.. apalagi mak pun bingkas bangun dan hendak memukul akak. Sebaik tersedar dari kekejutan yang amat sangat (tak sangkalah kan, kerusi tu jatuh dengan emaknya sekali....nahas akak) melurulah akak keluar berlari tak cukup tanah. Memang besar langkah lompatan akak dari tempat kejadian ke halaman rumah kami. Mak pun dengan mulut yang bising mengugut akan memukul akak kalau akak balik nanti.
Tapi selalunya akak balik dah nak maghrib...terus masuk bilik air mandi. Lepas mandi dah pakai bedak wangi-wangi tunggu mak habis solat, peluk mak. Mak pun terlupa......
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen anda.