Emak pernah berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki. Tetapi, anaknya itu meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan. Cerita ini hanya akak ketahui melalui adik emak, iaitu makcik Ramlah. Makcik Ramlah adalah adik emak yang tinggal bersama-sama dengan kami dirumah pusaka arwah ibubapa mereka.
Emak mengambil akak dari ibu kandung akak untuk dijadikan anaknya. Memandangkan usia emak yang agak berusia, ramai kalangan orang yang melihat kami umpama nenek dan cucu. Usia mak semasa mula membela akak ialah dalam 60an.
Apa yang ingin akak ceritakan disini ialah tentang soalan yang masih belum berjawap mengenai mak.
Setiap malam, emak akan pergi kerumah saudaranya yang tinggal selang beberapa buah rumah dari kami. Tuan rumah tersebut bernama Makji Timah. Beliau tinggal keseorangan kerana kesemua anak-anaknya tidak tinggal bersama-samanya. Tinggallah beliau seorang diri dirumah pusaka tersebut.
Emak akan selalu menemankan Makji Timah untuk makan malam. Emak akan membelikan lauk di kedai berhampiran dan kami akan makan bersama-sama. Olehkerana beliau keseorangan dan uzur maka menjadi tanggungjawap mak membelikan makanan dikedai untuk juadah kami makan tengahari dan malam. Tetapi, bila ada anak beliau yang berziarah, tugas mak menjadi mudah.
Selesai makan malam dan bersembahyang isyak, mak dan Makji Timah akan berbual-bual sehinggalah akak yang mengantuk.
Bila pagi, akak bangun...akak sering kehairanan kerana akak bangun dan mendapati berada dirumah. Bagaimana akak pulang malam tadi. Seingat akak tak pula emak mengejut ajak pulang dan kalau pun dikejut, akak bukanlah seorang yang mudah nak bangun. 'Tidur mati' istilah yang sesuai. Bila tanya pada emak, mak kata "hantu yang angkat". Fikir punya fikir, sampai malas nak fikir. Badan emak tidaklah besar, kecil saja orangnya. Taklah gemuk dan tak juga kurus. Tapi kalau ikut akal, emak takkanlah sanggup mendukung akak. Seingat akak, pada usia 9,10 tahun, badan akak agak berisi dan tinggi dari emak,manalah terdaya emak nak dukung pada jarak yang agak jauh.
Siapalah agaknya yang membawa akak selamat pulang.?
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen anda.