Akak memang merindui zaman kanak-kanak dulu. Kali ini akak akan ceritakan mengenai mak akak jugak.
Semasa akak bersekolah rendah, akak bersekolah di Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Sekolah tersebut terletak di kawasan Chow Kit Road. Setiap pagi bila pergi sekolah, mak akan menghantar akak dengan berjalan kaki. Jarak dari rumah akan ke sekolah, hanyalah dalam 3 kilometer.
Dalam perjalanan kesekolah pada setiap pagi, kami akan berhenti untuk bersarapan samaada dikedai berhadapan dengan Institut Pediatrik. Di kedai tersebut ada dijual nasi lemak kukus.
Jika kami dah muak dengan nasi lemak tersebut, terdapat satu lagi kedai nasi lemak kukus berhadapan sekolah akak. Mak cik yang menjualnya bernama Mak cik Som. Nasi lemaknya siap dengan kangkung, nasi lemaknya dikukus dan sambalnya......superb. Tak jumpa lagi sekarang.
Mak memang akan terpaksa berbelanja besar pada setiapkali menghantar aku kesekolah. Dengan bayaran makan paginya dan juga untuk waktu rehat mak masih lagi menanti di kantin. Bila waktu balik pun, mak masih kena keluar belanja untuk membeli ais kerim ke, cendol ke, buah-buah potong ke yang terdapat dijual diluar kawasan sekolah.
Begitulah pengorbanan seorang emak dalam membesarkan anaknya. Dengan kasihsayang yang tidak terhingga, akak dibesarkan oleh emak. Ya Allah, tempatkanlah emakku bersama-sama golongan orang-orang yang Kau kasihi. Amin.
Yess yess its you...
ReplyDeletei remember you !!
sekolah rendah dekat chow kit tu kan.. sekarang dah jadi pejabat pelajaran ke apa ke ntah..
remember me? azharudin? yusrinal? mastura? norhayati?
zu...
ReplyDeleteplease contact me...
trying to locate u but i couldn't...
please contact ya...
012-5626469..