Monday, November 30, 2009

Cuti.

Sejak hari raya aidil adha, akak tercuti.. terpaksa cuti kerana kami balik beraya di Melaka dan di rumah kampong ni celcom broadband tak begitu baik penerimaannya. Wireless tak da, jdnya... laptop tak boleh digunakan..maka hubungan akak dengan dunia kedua terputus 3 hari.... Sakit, perit memang terasa tapi nak buat macamana... kuasa broadband dan wireless mengatasi segala-galanya...

Maka, dengan masa yang banyak terluang tu... pada hari jumaat lepas dialysis, kami beraya kerumah adik suami yang baru mengkhatankan anak keduanya... setelah kenyang makan minum...(ehhh.. akak lansung tak minum... makan ajer.. tapi adalah satu sip air teh tarik yg dibuat oleh SIL akak jamah sebab SIL memang pandai buat teh tarik kegemaran suaminya...,emak mertua BIL yang terkenal dengan kepakaran memasaknya menghidangkan rendang ayam, sambal sotong, masak lodeh, dll) kemudian dari situ kami kerumah mak akak di Ulu Langat... duduk sebentar..makan-makan dan minum sikit (mak akak dengan kepakaran masakan rendang daging/limpa/paru) membuatkan akak dan suami makan sekali lagi...rendang mak akak tu memang sedap buat tekak kami. (Dah akak mintakan resepinya... nak cuba minggu ni...).
Sebelum balik melaka, kami singgah di rumah adik akak kerana suaminya baru pulih dari pembedahan usus. Duduk juga sebentar... cerita-cerita bertanya kabar tapi dah tak boleh makan dan minum lagi...
Kami solat maghrib dahulu di rumah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.

Hari sabtu.... akak mengajak suami pergi Pasar Kg Jawa di Bandar Melaka kerana ingin membeli gula melaka yang original... Gula melaka ni memang bagus kualitinya dan hanya terdapat dijual di kedai runcit Pasar Kg Jawa. Ternampak buah longan kering, ikan bilis pun akak beli juga...

Jalan ke kedai papan jual kain baju akak turut beli kain sembahyang dan kain pelekat suami...

Hujan pula turun dengan selebat-lebatnya... menantikan hujan reda kami pekena mee goreng mamak di warung yang dahulunya terdapat nasi gunting... memang sedap makan mee panas-panas ketika hujan turun... kalau tak malu, mau minta lagi sepinggan...

Hari ahad pula, bapa mertua yang mempunyai bot sendiri membawa cucu-cucunya menaiki bot mengelilingi Pulau Besar. Seronok betul mereka... suami akak pun turut serta kerana kuatir tiada siapa akan menjaga Aisyah... Pulangnya mereka dari bersiar2 menaiki bot, suami akak pulang dan mengajak akak melihat-lihat kawasan jeti umbai yang dah banyak berubah... Memikirkan hanya untuk ke jeti, tak perlulah akak berlawa-lawa tukar baju..

Rupa-rupanya selesai meninjau-ninjau jeti umbai, suami akak terus ke bandar melaka... Ingatkan hanya jalan-jalan lihat Dataran Pahlawan.. rupa-rupanya suami berniat nak window shopping dan melihat di dalam Dataran Pahlawan kerana selama ini kami balik kampong, tak pernah teringin nak masuk kedalam pusat membeli belah Dataran Pahlawan...

Woooo... dengan anak-anak berbaju tidur.. ibunya berbaju rumah...(baju akak pergi pasar pun chantik sikit...) tapi suami memang dah segak dengan baju jalan.. akak masuk kedalam pusat membeli belah itu dengan perasaan hati yang berat dan takut-takut kalau terjumpalah sesiapa yang mengenali akak.. Jika takdirlah terjumpa.. mau akak tukar nama jadi Puan Fatimah... akak akan katakan Puan Rahmah yang sungguh comel dan anggun menawan tu tak ikut... ada dirumah...

2 jam jugaklah kami merayau-rayau dalam Pusat membeli belah itu... Akak sempat membeli baju persalinan untuk anak-anak (kononnya nak tukar baju tidur yang mereka pakai... tapi....malaslah... cuma tukar selipar baru ajer...)Singgah makan 'Prosperity Burger' di Mc Donald..(sebenarnya inilah kali pertama akak mencuba makan Prosperity Burger walaupun dah bertahun diperkenalkan... terasa ingin sangat... dah makan.. terasa ingin lagi... sedappppp.... baru akak discover kesedapan burger ini....).

Malam tadi kami keluar dari rumah abah pukul 8 30 malam tapi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dari Pedas... 3 jam jalan beransur-ansur dan sikit-sikit... akhirnya kami keluar di tol senawang. Ikut jalan persekutuan menuju seremban, mantin dan Lekas Highway... Pukul 1 pagi tiba di rumah dengan selamatnya... Alhamdulillah.

12 comments:

  1. Gambar masa jalan-jalan dengan 'baju rumah' tu tak ada ke dik? :)

    ReplyDelete
  2. Akak, TB dari Melaka gak. Lepas berdekad2 kawin, banyak benda I tak tau pasal Melaka. Gitulah kehidupan ala katak anggun dibawah tempurung.. har3.

    ReplyDelete
  3. bestnya cuti-cuti Malaysia. Saya masih cuti-cuti seri iskandar je..... tka larat lago nak keluar kawasan.

    ReplyDelete
  4. zool,
    penat nyer cuti2 ni... kaki dah membengkak sebab sejak langkawi/kuantan/melaka.. lama dalam kereta dan jalan2...(terasa nak dok diam2 kat umah..)..
    penat sangat jalan2 ni...

    kak som,
    Saya pulak lebih tau melaka dari suami sebab pernah tinggal 2x kat melaka... satu lepas kawin (1992-1994)..satu lagi lepas suami jadi pakar (1998-2001)...lepas tu suka jenjalan bila balik melaka...
    nanti akak bg kursus bertajuk...'melaka kampung suamiku/keduaku...'

    ReplyDelete
  5. kakcik,
    gambar anak2 dgn baju tidur ada... gambar saya... memang takda... tapi gambar dlm hp suami sebab hp saya tertinggal kat dlm kereta di rumah...

    ReplyDelete
  6. wah.. seronoknya aktiviti cuti.. teruja i dibuatnya...

    Melaka..i'm coming this friday.....

    ReplyDelete
  7. grow2g3th3r,
    selamat cuti2 di melaka...jgn lupa dataran pahlawan...!!
    akak pun baru discover....hehehe..

    ReplyDelete
  8. Salam hajah,
    Tak cuba cari rumah akak di BC ke....di Jalan Puteri Hang Li Poh (depannya bukit cina).Hari sabtu tu memang hujan selebat-lebatnya di bandar melaka. Jalan pun sesak. Lain kali bila balik melaka singgah rumah akak ye.

    ReplyDelete
  9. kak nora,
    (terus terang cakap..)
    masa merayap2 bandar melaka, ada teringat nak singgah rumah kak nora... tapi segan sebab tak beritahu tuan rumah awal2... segan sangat nak terjah2 macam tu...
    Insya'allah... lain kali saya singgah...

    ReplyDelete
  10. ekekekeke...tragis sungguh! ala, ai selalu camtu kak. bebudak jalan pakai baju tido je. kunun nk kuar gi kedai, amik kau..sampai ke giant - dataran merdeka bagai! dah mcm rupa sakai kami anak branak! kahhhhhhhhh

    alamak kak..sedapnye rendang paru! raya kt klantan takde rendang. sume masak singgan! huhuhuwaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. ai,
    akak memang sedang mencari ayat yang sesuai bila melihatkan anak-anak akak pakai baju tidor kat Pusat Beli Belah... macam rupa sakai... yer ler...

    Nanti, kita jumpa akak buatkan rendang paru...(akak masih nak perfectkan masakan rendang sebab belum mencapai tahap macam mak akak...)

    ReplyDelete
  12. takperla pakai baju umah sebab masuk pusat jer kan? dlm pusat bukannya ada apa2..heh3..

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...