Monday, November 9, 2009

Makan tengahari.

Lauk akak yang sungguh menyelerakan... Masak Lomak...

Suami akak yang tercinta, mesti ikan keli goreng...

Selesai dialysis, akak dan suami pergi makan tengahari di Restoren Selera Anika di Seksyen 9, BBBBangi. Restoren itu memang sering menjadi tempat kami makan tengahari kerana lauk pauknya memang sedap. Akak pun dah tak boleh nak mengadap lauk-lauk ayam kampung...( dah muak lah pulak...)

Akak sebenarnya masih kenyang kerana pagi tadi dah makan sebungkus nasi lemak dan 3 keping kuih. (Selera makan akak dah bertambah betul... Dr Ainul pun kata muka akak dah chubby...[ cute gitu ] Hoiiiiiii! Jangan terlebih perasan....!!!!!!

Bila dah sampai kedai, memang ramai orang sebab masakannya memanglah sedap. Akak mulanya memang tak mahu makan cuma sekadar nak menemankan suami ku yang tercinta (orang lain semua takut nak mengaku... memanglah my husband... nahas kalau depa pun mengaku...)
Bila nampak ajer lauk MASAK LOMAK pucuk paku.... hmmmmmm apalagi..minta nasi...suku....
ambil sotong goreng taucu, ikan masin dan sambal tumis udang.... (menyosal den minta soku.....sodaplah pulak...).

Memang berseleralah makan tengahari tadi... (Hmmmmm akak jangan tak tau... berselera memanjang....).
Selesai nasi, ternampak pengat pisang.... ambil satu share dengan suamiku yang tercinta... sedap mencedok teringat....
Uuupssssss.... pisang banyak potassium.....

4 comments:

  1. Aduhai dik...

    kenanya lauk pauk tu dengan selera kakcik. Tapi, tghari td kakcik cuma makan gorpis.. itupun kawan belanja. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    goreng pisang yer....(sikit jer lg nak tanya...)
    sedap tu...
    saya tak boleh makan pisang (potassium tinggi)sebenornyer...
    tapi tutup je mata makan pengat pisang....

    ReplyDelete
  3. akakkkkkk....kali ni, tulunlah chek pulak..awat dok citer pasai makannnnn jaaaaa....kalu lagu ni, ishhhh...ishhhhh...chek pulak jadik meranaaaaa....terliuq ehhh...

    ReplyDelete
  4. Fa,
    sori noo....
    saja akak nak bagi fa semangat...
    itu belum dong yi shun ...
    (akak teringat2 kat mee dia..)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...