Thursday, November 12, 2009

Pergi Jalan-jalan...

Inilah Puan Marina.. pemandu handalan kami..

Keluar dari tol senawang, belok ke kanan untuk ke Kuala Pilah.

Bunga Bakawali, bunga kebangaan arwah ibu akak kerana beliau akan mengejutkan akak dari tidur pada malam bunga itu berkembang.

Inilah Puan Rokiah iaitu Emak Ella dan Anis.

Inilah Ella.... kawan baik akak dan kami semua...

Pagi tadi seperti yang telah dijanjikan akak, Marina, Ella dan Anis hendak minum pagi di sebuah kedai yang pernah dicuba oleh Marina sebelum ini. Kami memang tak tahu kemana lah tujuan Marina. Apabila sampai di kedai Nasi Ulam, kamipun masuk dan mengambil tempat. Nampak ada Nasi kerabu, Laksam, Nasi Dagang dan berbagai-bagai juadah tradisi kelantan yang dijual disitu. Kami memesan 3 pinggan nasi kerabu dan 1 mangkok laksam dan untuk anak-anak Ella dan Anis, kami memesan nasi dagang.

Rasa makanan yang dijual memang sedap. Nasi kerabu dengan ulam-ulaman dan kerisik dan serunding memang sedap. Begitu juga dengan laksamnya. Makan bersama-sama setelah sekianlama kami tidak berjumpa dan makan sarapan bersama-sama seperti dahulu.

Nasi kerabu dan Laksam


Selesai makan Ella, Marina dan Anis yang sudah membuat pelan sejak dari semalam mengajak akak untuk menghantar emak Ella kekampung halamannya di Kg Seri Menanti, Kuala Pilah. Mendengarkan mereka ingin ke sana beramai-ramai, akak terus menalipon suami akak untuk memohon izin. Alhamdulillah, keizinan di beri dan akak pun mengikut mereka ke Kg Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kami terlebih mengambil ibu Ella di rumah Ella dan kemudiannya kamipun meneruskan perjalanan ke Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Senawang. Masuk ke Senawang, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah. Perjalanan beramai-ramai begitu memang menyeronokkan disamping usik mengusik dan bergurau-gurau bagai kanak-kanak sekolah pergi bercuti rombongan. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam dan kami sempat singgah melihat-lihat Taman Rimba Ulu Bendol. Perjalanan menempuh Bukit Putus mengingatkan kembali akak sewaktu kecik-kecik dahulu sering mengikut emak ke kampung abang Buyung di Kg Serting Ulu.

Setibanya kami di kawasan kampung Ella, terdapat banyak taik lembu yang dilepaskan oleh cik-cik lembu di tengah jalan raya. Umpamanya kami melalui kawasan periuk api ketika perang. Berlonggok-longgok dan bersepah-sepah....(patutnya kerajaan Ng Sembilan harus menyediakan tandas awam untuk para-para cik lembu yang banyak berkeliaran...)


Boleh nampak jelas jerangkap samar yang harus di elakkan oleh Driver Professional Kami Puan Marina.

Puaslah Marina mencuba mengelak-gelak dari terlanggar jerangkap samar yang telah ditinggalkan oleh cik-cik lembu tersebut. (Memang banyak...bukan main-main....) Dan setelah bergelut agak sekian lama... maka kamipun sampailah di rumah Ella.... Hushh.. jenuh Marina pemandu berkalibar kami cuba mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini.... akak memang puji kepintaran Marina mengelak daripada membahayakan nyawa kami semua.

Bila dah masuk waktu makan tengahari, anak-anak dara yang terlebih sunti ini pun dibawa oleh emak Ella pergi ke pekan senaling untuk memasak lauk-pauk di kedai. Puaslah kami berempat memasak di pekan Senaling lauk telor itik masak lemak cili api, cendawan masak lemak cili api, kari ikan, ikan cencaru belah belakang, goreng taugeh ipoh, sambal tahu dan kentang dan sambal belacan...



Lauk-lauk yang kami masak di sebelah Petronas Pekan Senaling.


Daun Kunyit yang tumbuh menghijau dan besar-besar daunnya belakang kedai makan Mazlan.

Selesai kami memasak, proses membawa pulang dan menghidang, maka kamipun memulakan makan tengahari. Memang berpeluhlah makan tengahari dengan hidangan masakan negeri.

Memandang-mandang keluar ternampaklah pula katil besi milik emak Ella. Marina dah datang berkenan dihatinya dan di pujuknya emak Ella supaya menjualkan kepadanya. Melihatkan keadaan katil yang sudah di letakkan di stor belakang rumah masih cantik, maka seronoklah jadinya hati Marina. Emak Ella pun membenarkan marina menjadi tuan baru kepada katil besi antiknya dan marina pula berjanji akan datang pada minggu hadapan. Anis pula dah berkenan hendak membela dan menambahkan koleksi ayam katik yang dimiliki oleh jiran emak Ella. Tapi tuan punya ayam serama tersebut tiada dirumah dan Anis juga ingin datang kembali minggu hadapan untuk membeli ayam serama tersebut.

Selesai berjalan-jalan sekeliling rumah Ella, kamipun beransor pulang. Tiba di Bukit Putus, hujan turun dengan lebatnya dan Marina memandu dengan sungguh berhati-hati. Akak yang dah lama tidak memandu kereta jauh-jauh begitu sangat mengagumi gaya pemanduan Marina. Marina yang berasal dari Kelantan pernah memandu sendirian ketika mendengar kabar ayahnya meninggal dunia pada pukul 1 pagi. Suaminya semasa itu sedang bertugas di Sudan. Bersendirianlah Marina memandu pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu.

Alhamdulillah... kami memang tidak membuat pelan untuk berjalan jauh begitu. Marina ambil keputusan untuk menghantar emak Ella setelah kereta Ella mengalami kerosakan. Terlanjur kami sudah bersama-sama pada paginya, maka kami pun terus beramai-ramai juga menemankan Marina dan Ella ke kampung Ella.

Tahniah buat pemandu cekap kami... Puan Marina....

8 comments:

  1. Adoiiiii.. patutlah penat kakcik tunggu adik kat tingkap siang tadi... rupanya punya jauh adik JJCM..

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    pelan yang tidak kami rancang... Allah dah tentukan saya akan mekan pagi kat bangi dan makan tengahari kat seri menanti... saya pun tak sangka. (unsangkarable...)

    ReplyDelete
  3. Panjang langkah Rahmah yer? Elok lah makan angin sikit sekali sekala kat kampung org, dah tuh makan2 tghari dgn kawan2.

    ReplyDelete
  4. kak nani,
    setakat mengikut dan bukan memandu sendiri, memang tak memenatkan dan menyeronokkan.. kami dah lama tak jalan sama-sama sebab masa saya sihat dulu, kami memang sering kemana-mana.

    ReplyDelete
  5. Bestnya JJCM. Jauh perjalanan luas pemandangan

    ReplyDelete
  6. zool@tod,
    alhamdulillah, bila kesihatan mengizinkan.. ke langit biru pun bolehh...hehehehhe...

    ReplyDelete
  7. Ke langit biru saya tak boleh pegi sebab "pressure" takut2 kena balik penyakit ni (at least 3 bulan)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...