Wednesday, November 11, 2009

JJ tengok wayang.

Inilah dinner kami semalam..

Portobello Mushroom Burger...pilihan suami

Chilli Dog ... hmmm.. akak punyer..


Poster 2012...

Semalam, suami akak dapat tiket menonton '2012' di GSC,The Garden. Tayangan perdana yang hanya untuk tetamu jemputan. Seperti biasa, selepas solat maghrib kami keluar ke Mid Valley.

Tiba di sana masih berbaki 1 jam untuk mengisi perut. Suami mengajak ke Carls Junior untuk makan malam. Menu baru 'Chilli dog' menjadi juadah akak manakala suami yang telah sedia maklum kesedapan 'portobello mushroom burger'. Hmmmm... memang sedap... chilli dognya memang mengatasi kesedapan coney dog ANW.

Selesai makan, kami terus menuju ke The Garden. Proses nak masuk ke panggung adalah sedikit haru biru sebab setiap tetamu tidak dibenarkan membawa masuk handphone kerana tayangan ini ialah tayangan perdana sebelum tayangan sebenar 12/11/09. Pengawai sekuriti benar2 membuat pemantauan menggunakan 'detector' memeriksa tubuh badan tetamu. Memang menyusahkan kerana handphone perlu di simpan di kaunter yang disediakan.

Melepasi halangan2 tersebut, kami pun menuju ke panggung 4. Alhamdulillah, dapat duduk di ruangan tengah dan selesa sekali. Melayan cerita selama 2 jam 45 minit, memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Eloklah setakat ini akak cerita kerana nanti menganggu konsentrasi u olls.

Ada yg komen tanya kenapa akak tak cerita....
nanti akak tercerita ... rugilah duit tiket u olls....
ceritanya BEST.... Elok pergi....
penggambarannya Superb.....
tengok macam yg di sebutkan dalam QURAN...
bila bumi terbelah....
dahsyattt.....
bayangkanlah jika ianya berlaku....
Selamat menonton.....

13 comments:

  1. Akak,
    Best ke citer ni....nak bawa anak2 la gi tgk..

    ReplyDelete
  2. OOOOO... adik x mo kongsi citer wayang tu ek???

    (baru dapat pos komen.. td kena blok dgn En. Gugel..huhuhu...)

    ReplyDelete
  3. kakcik,
    bukan tak mau kongsi,
    nanti ada org tak puas hati sebab dia beli tiket tapi dah tau jalan cerita....
    tapi saya recommend tengoklah...
    BEST....

    ReplyDelete
  4. lama tak tgk wayang...terakhir sekali bawak budak2 yang kecik ni tonton high school musical 3..emmm lama nya...

    ReplyDelete
  5. kak ezza,
    cerita ni best pergi dgn anak2 sebab gambaran kiamat.... lepas tu boleh ceramah sikit2 kat depa.....

    ReplyDelete
  6. wahhhhhhhhhhh...
    dengkinyaaaaaaa!! akak dah tengok 2012! huhuhu

    ReplyDelete
  7. salam
    semoga kesihatan bertambah baik..

    ReplyDelete
  8. Salam akak, Tie dah tengok trailernya. Takut laa... Tak de peluang nak tengok wayang. Tunggu anak cari jalan nak download dari internet je, hehe..

    ReplyDelete
  9. Ooo...sorry, tersilap, ada comment moderation, hehe.. dah nyanyuk pulak mokcik ni, ekekeke...

    ReplyDelete
  10. Bestnya dpt tgk wayang, emm.. Kak Nani dah tak dpt dengar sound system ..mesti best dan gerun kan..tapi dpt baca subtitle pun jadi lah..

    ReplyDelete
  11. ai,
    akak rasa best tengok wayang, tapi ai mungkin ada best yang lain.. gitulah hidup ini... macam roda... pusing2...

    tie,
    komen tie tak hilang...akak dapat semua.. lambat semak sebab antar suami ke ERL Putrajaya..baru ni sampai rumah..

    kak nani,
    Kita diuji.. saya boleh tengok wayang , tapi tak enjoy nak minum2 dan makan popcorn.. kak nani pula tak dapat dengar... betul2 kita serupa....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...