Saturday, November 14, 2009

Pergi Umah mak.

Aisyah dah mula tergaru-garu..

Cukup manja....dengan Aisyah.

Dengan Qeeb...

Dengan Ain.


Beria-ia menjolok rambutan buat pertama kali. Selalunya bila datang, adik teruna akak dah turunkan rambutan untuk dibawa pulang.. tapi hari ni, menjolok sendiri.

Setelah sekian lama - akak sudah jarang-jarang menghabiskan masa hari Sabtu di rumah emak..(emak kandung... yang selalu akak tulis arwah emak tu... emak saudara yang bela akak dari kecil..) jadinya hari ni bila akak pun terasa badan tu agak sihat, akak pun bawalah anak-anak pulang ke rumah emak yang terletak di pinggir ibu kota iaitu di Hulu Langat. Akak tengok meter tadi dari rumah akak sampai depan pintu rumah emak hanya ....km ajer.

Pagi-pagi adik teruna bongsu akak dah tanya jadi balik tak... Maknanya emak akak sure dah mengajak dia ke pasar nak masak untuk kami anak beranak. Rasanya nak balik lambat-lambat tapi kalau dah petang, selalunya hujan... makanya akak mengajak anak-anak pagi-pagi lagi dah bersiap-siap ke rumah nenek.

Tiba dirumah nenek, kelihatan makcik Esah dan anaknya sedang berbual dengan emak. Anak makcik Esah sedang sibuk menulis kad jemputan kawin untuk kenduri kawin anak perempuannya.
Makcik Esah adalah sepupu dengan emak. Hubungan emak dan makcik Esah memang rapat. Tapi bila dah masuk peringkat kami anak-anak, kami tidak mengenali antara satu sama lain. Nak dijadikan cerita, anak makcik Esah itu tinggalnya di BBBangi juga berdekatan dengan sekolah anak-anak akak. Begitulah kalau kita jarang jumpa saudara mara. Jika tak jumpa mak cik Esah di rumah emak, taktahu pun anak makcik Esah itu adalah guru di sekolah anak sulung akak.....

Ternampak pula rambutan di hadapan rumah emak berbuah dan sedang masak ranum. Akak memang cukup suka makan rambutan yang dipetik sendiri kerana sejak dari kecil lagi di rumah akak ada beberapa batang pokok rambutan (kat rumah emak saudara yang membesarkan akak - nanti uolls konfius pulak....). Arwah emak akak mempunyai tanah yang luas dan berbagai-bagai pokok buah-buahan tumbuh seperti buah kuini, rambutan, nangka, jambu air, jambu batu, pisang dan langsat.

Keseronokan mengait buah rambutan sendiri membuatkan rasa buah tersebut berbeza dari yang kita beli di gerai. Buah tersebut masih segar dan rasanya teramatlah manis... Akak bergasak-gasak memakan tapi beringatlah juga kadar air buah rambutan itu.

Emak yang sudah masak makanan tengahari mempelawa kami makan. Hmmm... nyum..nyum... Air tangan emak... memanglah sedap... akak makan bertambah-tambah. Rasanya sampai malam masih kenyang lagi. Emak akak masak sambal ikan dan daging/limpa masak lemak. Memang berselera.

Emak baru membela seekor anak kucing yang tersangat lah comel menjadi temannya di rumah. Anak-anak akak bila dah nampak anak kucing, apalagi lupa diri... mereka bermain dengan begitu seronok hingga menjerit-jerit Aisyah dan Ain di kejar oleh anak kucing comel tersebut. Umur anak kucing itu dalam sebulan dan memang sedang seronok bermain dan memanjat tikar yang didirikan. Kemudian.... Aisyah tergaru-garu dan Ain terbersin-bersin dan Qeeb berair matanya.

Duduk-duduk dan berbual-bual dan kemudiannya kami pun minta diri untuk pulang.

12 comments:

  1. Adik..

    marilah kait rambutan kat depan rumah kakcik pulak. dah masak tau.. memang manis isinya. semut pun suka hurung Serius ni.. :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    boleh ker?... nanti sms alamat rumah...
    (seronoknya..............)

    ReplyDelete
  3. alaaaaa....nak itut, nak itut!!!!!

    ReplyDelete
  4. Bestnya bila kait buah sendiri... Pokok rambutan Tie kecik lagi.. Kena tunggu 3 tahun..

    Tu Aishah main dengan kucing? Kan dia ada asthma ? Anak Tie memang tak dibenarkan main dengan kucing... sebab bulunya bahaya laa.. Tapi geram pulak tengok kucing comel tu.

    ReplyDelete
  5. Betul ke nak datang?

    Ala.. dah lalu kat MRR2 sebelum kepala paip besar tu, call je kakcik.. :)

    ReplyDelete
  6. salam kenal...
    sedapnyer makan rambutan... sukerrrr.... my fav.

    ReplyDelete
  7. Fa,
    fa budak kecik... ini hal orang tua-tua.. Fa main jauh-jauh yer... nanti akak bawakan sebiji dua rambutan dari umah kakcik....

    kakcik,
    nanti saya balik dari langkawi dan kuantan masih ada rambutan lagi ker?...

    grow2g3th3r,
    salam perkenalan... semuga terjalin persahabatan. Nanti akak linkkan blog g2gther...

    ReplyDelete
  8. Tie,
    akak ada juga menanam rambutan dan pulasan kat belakang umah.. tapi dah 2 tahun tak naik-naik pun.. jambu batu pun begitu... tanahnya tak suburlah kot...
    akak mulanya melarang juga budak2 tu main kucing sebabkan tak mahu asthma dan allergic tapi kucing tu terlalu cute.. akak pun turut main dengan kucing tu dan macammanalah akak boleh nak larang depa dari main??.. akak sendiripun enjoy main dengan anak kucing comel tu...
    (Anak beranak suka kucing macamana???)

    ReplyDelete
  9. Dulu masa kat kampung kak zai pun selalu kait rambutan belakang rumah tapi sekarang rumah tu dah tak ada penghuni.Emak dah meninggal,ayah pula tinggal dengan anak2.

    ReplyDelete
  10. akak nak pergi kuantan bila tu? Kuantan dgn Kemaman 1 jam je. Mai la dtg rumah kitaaa....

    ReplyDelete
  11. kak zai,
    dolu2 kita rasa lain kan bila rumah kita ada pokok2 seronok lagi. Masa saya jalan2 ke Seri Menanti, banyak rumah kena tinggal bila ibu dan bapa dah meninggal... pokok2 ada buah tapi tuannya takda..

    Fa,
    nanti bagilah no tel.. sms kat akak
    0125626469.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...