Monday, November 2, 2009

Kisah 'Potong'

Kalau ini... tak takut...


Tapi..kalau ini..... tak mauuu...........


Sekarang ni kalau tengok u tube ada lawak potong saga... iklan kat tv ..potong.. u sudah potong ka?

Tetiba hari ni suami akak balik kerja pun bercerita.
Adalah satu uncle yang berbangsa cina datang klinik jantung bersama dengan anak perempuannya dan seorang cucu lelaki yang sedang 'buas'.
Sedang suami akak memeriksa uncle tu, cucu nya berlegar-legarlah dalam bilik suami akak di klinik. Diusiknya plug letrik dan berlari-larilah dia kemudiannya. Melihatkan keberanian budak ni bermain dengan plug letrik, suami akak pun cuba memberitahu bahayanya bermain dengan plug letrik. Makin diberitahu, makin menjadi-jadi lasaknya.

Tiba-tiba suami akak cuma cakap,
Doktor: nanti doktor suntik nanti...

Mak budak tu: menerangkan yang doktor nak inject...

Budak: (Tak kisah pun... tak takut pun...tak terkesan pun...)

Tiba-tiba doktor dapat idea...

Doktor: nanti potong nanti.....

Mak budak tu : menerangkan kepada anaknya yang doktor akan POTONG.......dot..dot..dotnya..

Budak : Tak nak......(Menjerit budak tu)

Pengaruh iklan.. sampaikan budak berusia tiga tahun pun tahu takut kena POTONG....


8 comments:

  1. Budak-budak sedang lasak.. memang memeningkan. Tapi, kalau budak-budak sebaya itu, duduk diam saja.. orang kata.. something wrong somewhere..

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    memang itu tanda budak sihat... yang lasak, yang suka menggodeh...
    tapi anak cina tu, patut-patutlah...
    karang keras pulak kat plug tu, hmmm nama hospital serdang jugak yang keluar harian metro...

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat nama hospital serdang.. nama Dr pun keluar sekali :)

    Kakcik dah cuba berkali-kali telefon Hosp Serdang nak tanya pasal bapa kakcik.. tapi tak dapat.. salah nombor ke?? :(

    ReplyDelete
  4. kakcik,
    no telefonis hospital serdang 89475555. sama ke nombornye? kadang2 macam yang kakcik tau jabatan kerajaannya telefonis tak dot..dot..dot...
    cuba lagi lah. minta sambung jabatan otopedik.

    ReplyDelete
  5. slm akak........hahahah pepagi lagi sy bace citer akak ni dh gelak....
    ye lah kak mmng pengaruh betul iklan 'potong'tu skang....hahahahah

    ReplyDelete
  6. salam mimi...
    pagi2 dah mula dengan gelak.. berseri-serilah hari ni...lalalalala

    ReplyDelete
  7. Kalau budak2 biasa lasak tapi kalau dah semua diusik ggrrr juga.Teringat kak Zai pada saudara hubby anaknya boleh tolak2 sliding door kalau pecah badan pun boleh hancur...

    ReplyDelete
  8. kak zai,
    memang.. memanglah elok depa lasak tapi patut-patutlah lasaknya. Jangan sampai membahayakan diri.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...