Baju renang yang boleh dipakai macam baju raya...hihihihhi....
Akhirnya..aisyah dah tak buat PEACE... muka baru bangun tidor..
Aisyah posing ala-ala peacekeeper...inilah modal aisyah sekarang ni... asyik PEACE ajer...
Saat baru tiba di Hotel Hyatt... masing-masing seronok tak terkira...
Semalam selepas dialysis, suami dah selesai solat jumaat.. kami balik ambil bdk-bdk di rumah dan begitu begini, pukul 300ptg baru dapat keluar rumah. Kami cuba nak lalui MRR2 sebelum waktu sibuk. Alhamdulillahlah, jalan nya sibuk tapi bergerak lancar hingga karak highway.
Tiba di Karak Highway, kami berhenti rehat untuk makan dan solat kerana akak tak solat zohor lagi. Akak tak boleh terus solat selepas dialysis kerana darah masih keluar dari bekas jarum yang dicucuk dilengan. Selalunya kalau BP cantik 120/80.. darahnya cepat berhenti tapi kalau BP tinggi 150/100 keatas.. darahnya lambat berhenti. Selalunya selepas dialysis akak memang hanya dapat mengerjakan solat zohor lepas pukul 300ptg. Itupun kadang-kadang darahnya masih mengalir..
BP stesen di Karak Highway ada kedai nasi kandar, ada dunkin donuts dan kedai kopi ala-ala kopitiam. Kami yang kelaparan makan nasi kandar. Bestlah jugak kalau karinya sedap dan ada telor ikan masak kari... My feberet...
Selesai makan, kami beli dunkin donats untuk bekal perjalanan dan selesai solat asar, kamipun meneruskan perjalanan pukul 500petang.
Seronok akak bila pertama kali melalui lebuhraya pantai timur. Perjalanan dari Karak ke Telok Cempedak kira-kira 3jam sahaja. Terlepas simpang masuk dari highway untuk ke Telok cempedak membuatkan kami berpatah senula mencari simpang yang menghubungkan ke Telok Cempedak. Bila dah jumpa simpang yang betul, perjalanannya mudah sahaja.
Sebaik dapat bilik, Ain dan Aisyah memang cukup seronok..... Teringat kami semasa di Langkawi, Ain tidak happy dan berkata kepada abahnya " We need to explain....".. Konon-kononnya nak berbincang untuk tukar hotel sebab tak ada bath tub dlm bilik airnya... Budak berdua tu memang seronok kalau dapat bilik air yang ada bathtub sebeb depa boleh berendam berdua sampai malam...
Kami memang seronok dengan kemudahan hotel ini. Cumanya akak dah teringin nak guna sauna tapi takder pulak... Kami pesakit dialysis, bila guna sauna memang membantu keluarkan air dari badan...tapi disini takder...
Kami keluar semula untuk makan malam.. Diluar kawasan hotel ada Mc Donald dan KFC... 24jam... lepas tu kat tepi corner jalan masuk hotel ada gerai Warung Tree Under... ada jual roti canai..(nyum..nyum.. gua banyak dendam...) nasi lemak bungkus..( sedap sambalnya..) dan ikan bakar... nak cuba malam ni. dah namanya tekak melayu... ada MC D dan KFC tapi roti canai gak..walhalnya bila undi 5 againts 1 tapi akak masuk ajer kat warung tu.. siap duduk lagi..
Sampai bilik, siap solat dan mandi... lepaklah semua...
Try wifi tak kuat... rupa2nya suami akak ada bawak laptop broadband... dapatlah akak melaporkan... tapi laptop shift ni kecik... mata rabun.. jari-jari akak gemuk... Hmmmm siksa nak menaip.....
Gambar nanti akak upload dlm komputer akak vaio....besar sikit..
salam..eheh..anak-anak kamu cuti awal ek..akak baru plan nak pergi..kamu dah pergi dulu..puaslah anak-anak berjalan kan..
ReplyDeleteakak belum lagi bawak anak-anak ke mana-mana..lagipun payahlah skrg ni..cuti sekolah..anak-anak kat kolej tak cuti lagi..susahlah nak jalan bawak semua sekali..
jaga diri baik-baik..
Ina,
ReplyDeletesementara badan masih sihat ni, kami ambil kesempatan.. bila dah overload nanti..dah duduk di CCU, takda chance nak jalan2...
Insya'allah.. saya kena kuat disiplin kawal air..
(Memang satu usaha yg amat payah..)
Salam..please call me if you want a tour guide yang tak berapa pandai tapi bolehlah..
ReplyDeleteEmail me at hudaartdealer@yahoo.com ok..
Selamat Datang ke Kuantan!!
mamasita,
ReplyDeletesalam perkenalan buat mamasita...
semasa di hotel hyatt, kami tak boleh nak access internet walaupun menggunakan broadband.. mulanya okay sekejap.. tapi kemudiannya lansung tak dapat hinggalah hari ahad..sebab tu takdapat nak contact you.
kami baru selamat sampai rumah dan insyaallah.. kita akan terus berhubung, insya'allah.
terima kaseh atas offer.
Salam Adik...
ReplyDeletekakcik pun dah balik.. tapi, kena update kemudian... :)
kakcik,
ReplyDeleteselamat meng update cerita terbaru...
rindu lama tak ketok pintu kakcik...