Sunday, November 1, 2009

Mengganti Puasa.

Pagi ni bangun lepas solat subuh, tak terasa lah pulak nak tidur semula... Jalan-jalan ke blog orang lain cari idea nak masak apa untuk sarapan suami dan anak-anak. Leka membaca satu blog tu membawa hingga pukul 1.00tghari. Itupun sebab suami terjaga sebab nak bangun solat.

Bagus punya perangai... dari subuh baca blog bawa ke zohor.. lepas ni sure melepak sampai asar.. kalau tak sure sampai maghrib...

Apa nak masak?...

Kena buka blog lagi lah tu....

9 comments:

  1. Oii!! Lama nyer melekat kat computer?? Tak sakit mata ker?? Carefull take a break every 45 minutes..Di US memang di galakkan utk semua pekerja3 nya.

    ReplyDelete
  2. Adik pose ya?

    kakcik ni entah bila la nak ganti.. tinggal itu hari macam orang dalam pantang! :(

    ReplyDelete
  3. kakcik,
    saya puasa ni sebab serampang 2 mata. Kalau puasa, kuranglah sedikit pengambilan air saya. Semalam dah bergasak minum air batu campor. Entah kenapa sejak dua tiga minggu ni, asyik teringin ABC...Hmmm sedapnya, hingga tak ingat dunia.

    ReplyDelete
  4. kak nani,

    kadang tu bila kita dah mula baca cerita orang, memang seronok dan boleh leka..salah seorang yang pandai melekakan dengan tulisannya ialah kak nani dan peeja. :)
    Maklumlah, saya ni macam kak tinam jugak... suka nak tahu.. apa jadi lepas tu... Kebetulan pulak kena puasa, apa lagi nak dihadapkan selain komputer.

    ReplyDelete
  5. Salam Ibu n Abah, naper komen akak semalam tak kuar heh? penat jer akak melanguk tunggu...

    ReplyDelete
  6. He he.. macam Tie laa..

    Mula-mula nak tengok kejap je.. tapi jadi terlalu asyik tak sedar baju belum dijemur !! Hu hu.. kelam kabut kemas rumah dan masuk dapur..

    ReplyDelete
  7. kak queen jah,
    sori... komputer ni kadang2 ada problem. kalau ada memang saya akan publish. ada sekali tu, lansung takda komen....

    tie,
    betul tuu... nawaitu tu lain... buat lain...

    ReplyDelete
  8. memang teruk penangan blog ni. keje tak menjadi. kalau ada bibik lain cerita. fa pun kena kurang2kan sikit mengadap benda ni, kang hubby membebel. hehehe...

    kita pun banyak noo nak kena ganti...ingat nak start jugak le....

    ReplyDelete
  9. Fa,
    kalau kita ganti awal, esok taklah terketar2 nak mengganti bila dah dtg syaaban... nak mulakan tu yang banyak dugaan...tapi bila dah biasa, best pulak. Fa pernah bersalin bulan puasa? akak kena 2 kali...jenuh mengganti sebulan.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...