Bukannya apa, kadang-kadang nak juga buat mengaruk bila kena tunggu lama semasa nak beli sarapan ke, apa-apalah..
Kisah ni terjadi pada suatu ketika dulu sewaktu kami berada di Pulau Pinang.
Ada seorang penjual nasi tomato yang sangat terkenal kat suatu pasar. Jualannya memang laris kerana nasinya memang sedap. Tiap-tiap hari memang ramai orang yang berebut-rebut hendak membeli nasi tomatonya.
Hari yang malang tu, akak pun turutlah sama-sama beratur hendak membeli. Memang pembelinya pun bagus, ada disiplin.. beratur panjang.
Tiba masa giliran akak, sipenjual ni dengan selamba terus bertanya pada orang yang yang memotong 'queue' yang datang tiba-tiba dihadapan akak. Orang tu pun masih teragak2 kerana tak pasti nak lauk apa dan mengambil masa lah nak memberitahu apa yang dia mahu. Akak dah tunggu dekat 30minit, beratur sejak tadi tak pula dipedulikan. Hancurnya hati bagai kaca terhempas ke batu....
Terus akak cakap
Akak: Saya datang dulu dari dia...dah lama saya tunggu...
Penjual pandang akak dan buat muka tak kisah... tak rasa bersalahpun...
Akak terus balik dan tak beli hinggalah sampai akak pindah ke Bangi.
Kekadang ada penjual ni sombong. Tak pikir orang lain. Patutnya yang datang dulu didahulukan, yang lambat-potong queue jangan layan.
Macam pagi tadi, kita terconggok depan dia menanti dia tanya, tapi dia tanya orang lain yang datang kemudian. Memang hangin.... Bila kita bersuara sebut pesanan kita, dia buat tak dengar..
Inilah sikap penjual kita yang merasakan jualan mereka bagus dan maju. Kalau kat tempat yang tak ramai pembeli, tak jadi macam ni.Penjualnya berhemah... Layan pelanggan baik-baik.. siap senyum lagi.
Kalau saya lah..saya tibai org yg potong que direct...melainkan warga tua or cacat...suruh dia tolong kebelakang.. org mcm tuh tak berhemah lansung..
ReplyDeletekak nani,
ReplyDeletesaya pun kalau warga emas or OKU, saya bertimbang rasa juga..tapi kalau muda belia, gggrrrr saya. tapi sipenjual kenalah berhemah kan..
saya dok marah dgn penjual ajer..lupa nak marah si potong queue...
Bila tak tahu adab berniaga itulah jadinya.
ReplyDeleteKalau kena dengan En. Suami kakcik, selamba je dia akan sound orang yang potong que haidar tu.. Mcm adik ngan nani kata.. kita akan bertimbangrasa kalau OKU atau WE.. tapi, kalau muda belia dan segar bugar.. mmg tak patut diampunkan!
ReplyDeletesalam perkenalan buat zool@tod,
ReplyDeletemcm tu lah selalunyer..bila maju ajer sikit.. dah menyombong.
Terima kaseh singgah di sini...
kakcik,
patutnya yang cut queue punpatut kena marah, tapi saya dah hangin ngan penjual...lupa nak marah kat si cut queue.(jumpa lagi kes mcm ni, 2 2 saya tibai...)
uishhh...
ReplyDeleteni la dia kalo peniaga tak tau jaga hati pelanggan...
tak lama la tu dia meniaga..
patutnya utamakan pelanggan kan..
Kesian si penjual, sebab dia sebuk terbongkok2 nak membungkus, pada dia semua customer, kan
ReplyDeletecustomer is always right!
Salam hajah,
ReplyDeleteMaaflah kata. kebanyakan orang kita, one malaysia, begitu perangai, tak tahu budaya jual beli
Mungkin masa dia sekolah tak ada belajar beratur kot atau dia tak pergi sekolah langsung.
ReplyDeleteKebanyakkan penjual kalau dah maju sikit lupa diri.
mimi,
ReplyDeleteitulah ceritanya..tak tahu jaga hati pelanggan..
kak nani,
memang dia bongkok2 tunduk membungkus tapi depan dia dah ada line panjang, bila ada orang terpa..jgnlah layan.. tapi betul, ada yang bongkok2 sampai tak angkat muka kat pelanggan...
kak nora,
memang kebanyakannya tak tahu aturan, nak kena beratur.. yang dulu didahulukan..
kak zai,
setuju.. sikap penjual itu sendiri..
bila terasa maju, selalu lupa diri...
ini yang selalu terjadi.
Tapi dulu, ada satu warong jual nasi beringin depan NST Bangsar, tak da masalah.. boleh ramah mesra dengan pelanggan. Maju memang maju tapi ada budibahasa...
tu kalau ai, mmg harus le kene laser! nak2 lagi ngan penjual tu sendiri! jgn berlagak sombong x tentu hala. kalau kita ni tak beli, camne nk laku jualan dia? isk! geram plak aku!
ReplyDeleteSalam Ai,
ReplyDeletesori tadi komputer akak buat hal pulak. Komen ai pagi tadi tak dapat nak publish... Puas akak cuba, beberapa komen juga tak dapat publish..
Terima kaseh kerana sudi singgah dan akak setuju kalau ada orang nak cakap 'laser' kat penjual tu sebab akak ni belakang memang berapi... bila depan... tak pandai...
Tapi, kalau ai depan akak hari tu, cakap marahkan penjual... akak kat belakang akan mengiyakan...