Thursday, November 26, 2009

Tetamu Selamat Pagi Malaysia.








Alhamdulillah.. seperti yang telah dijanjikan pada pagi ini suami akak telahpun selesai membuat penampilan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia segmen Tanyalah Doktor.
Segala-galanya berjalan dengan jaya dan lancarnya..
Sehinggalah secara tiba-tiba pengacara rancangan memberikan peluang buat suami akak menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga. Tapi suami akak dah tersebut
" Saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada isteri saya Puan Fatimah....(gaya tersentak..) Puan Rahmah dan anak-anak yang berada di Bangi."
Ada ke patut... Hari ini adalah hari yang bersejarah.. hari menyambut ulangtahun yang ke 17 tahun... Suami boleh tersasui nama isteri...( macam-macam boleh dibayangkan kan... tapiiiiiiii ) Untunglah nama yang di sasulkannya ialah nama Arwah Ibunya... kalaulah nama combi ka.. apa ka.. maunya meraung akak terus menuju ke BBBB ( tempat ni tempat kegemaran kak som kita.. akak dah minta kebenaran nak pi sini jugak..dah lawan ozom pagi tadi... ). Anak-anak perasan ketersasulan abahnya punyalah pakat ketawa.... tak kira maknya dalam hati berduka lara....( hawatnyalah abang oii... buleh sasui... 17 tahun duduk sama, tiduq sama...makan sama.. dok tepok tampaq sama-sama..tak hapai lagi nama chek..... dugaan sungguhlah... malu chek... aduih..aduih... boleh kena serangan jantung chek... terasa macam gajah dah menekan dada ni... aduih....)
Sebaik habis siaran, terus suami menalipon akak. Mulanya nak mengajuk dah( kaki sebelah dah melangkah keluak umah nak menuju BBBB ) tapi dia terangkan dia masa tu terkejut sebab dalam hati dok ingat nak nak terangkan hal berkaitan jantung dan tak tahu pulak kena buat ucapan bagai... itu yang tersasui... Mujuqlah nama arwah emak suami... Puan Hajjah Fatimah Haji Omar (Al Fatihah).... Kalaulah nama lain.....!@#$%^^&&*&^%$##@@@@

13 comments:

  1. Kak, aku guling2 gelakkan kau kt opis ni kak! kahhhhhhhhhh...adoi, tp kalau ai pon mau sentap. Sib bek la dia sebut nama arwah mak dia. adoiii...

    tp cuak gak cik abang, trus call bini dia..ngeeeeeeeee (^_^)

    ReplyDelete
  2. Ai,
    Ai boleh guling2 gelak... akak baru ajer guling-guling nangis meraoung.....

    ReplyDelete
  3. aduhai..
    berair mata kakcik tergelak ni... nasib baik la nama mak.. kalau lah nama yg tak ada kena mengena.. mau meletus perang dunia ke3! (Dah agak.. adik mesti duk depan TV tengok siaran langsung) :)

    ReplyDelete
  4. kakcik,
    memang dah suratan... 17 tahun hidup bersama... nama dia dah lupa...
    Ada Ka Patut?...

    ReplyDelete
  5. Hish!!, jgn lah kecil hati, dia tersasul tuh..tuan doktor anak yang soleh, tersebut nama arwah mak dia..tambah2 pulak nak raya haji kan..
    Emm...terkorban dan tenggelam nama rahmah yer!
    tak per, tak per, nama mak di kepala, nama rahmah di hati...okay tak??

    ReplyDelete
  6. mmmmm....hubby fa ni reti sikit pasai bab2 psikologi ni. Mengikut pengamatan dia, ketersasulan itu merupakan satu perkara yang samada normal ataupun mungkin abnormal. Ianya kadang2 juga sangat berkait rapat dengan faktor2 alam persekitaran dan keadaan disekeliling tatkala tersasul itu terjadi. Faktor pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan yang sangat penting, yang membolehkan seseorang itu mengelakkan diri dari terjebak dengan penyakit tersasul itu sendiri. Menurut hubby lagi, punca tersasul ini mungkin juga diakibatkan oleh hilang fokus pada sesuatu di waktu yang tertentu. Tapi katanya lagi, akak tak perlu bimbang kerana ianya tidak perlu pada rawatan dan ianya tidaklah dikategorikan sebagai satu simpton yang serius. (kalau nak tahu lebih lanjut tunggu siaran TV3 di malam raya, pukoiiii 12.00 malam. Rancangan TANYA PAKAR PSIKOLOGI. HEHEHEHEHEEHE........

    ReplyDelete
  7. fa,
    sama2 kita nantikan siaran tV3 malam raya..okay..

    kak nani,
    pandai kak nani menyejukkan hati...
    nama mak di kepala, nama saya dihati...
    hmmmmmm...
    okay sesangat...

    ReplyDelete
  8. Salam Akak,
    nama mak saya Rahmah jugak :)

    ReplyDelete
  9. acciaccatura,
    memang ramai nama serupa ini.. dalam keluarga kami ada beberapa nama normah, rahmah, fatimah, asmah...(Kan nama wanita melayu terakhir dan anggun..gittew...)

    ReplyDelete
  10. Akak, mengikut 'geographical factor', BBBB tu memang dah dekat kat Bangi, hehehe.

    ReplyDelete
  11. kak som,
    kalau gitu akak masuk dulu ler nampaknye...
    (nanti akak antar berita dari dalam..)

    ReplyDelete
  12. Tersasul di mulut tak pe, jangan tersasul di hati. Saya beri 5 bintang.....

    ReplyDelete
  13. zool@tod,
    selamat menyambut hari raya aidil adha buat zool dan wardah....
    terima kaseh....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...