Monday, November 9, 2009

Dr Ainul.


Inilah sepasang kain untuk dibuat baju kurung yang diberi oleh Dr Ainul. Jazakallahukhairan...

Hari ni teman baik akak (ada yang menyangka kami adik beradik) Dr Ainul singgah di dialysis. Beliau ditempatkan selama 2 tahun di Hospital Serdang dan sekarang dihantar bertugas semula di Hospital Pulau Pinang kerana di penang dah kekurangan consultant/pakar perunding kardiologi dan sebelum ini memang beliau bertugas di Hospital Pulau Pinang.

Sewaktu beliau bertugas di Hospital Serdang, hubungan kami menjadi semakin rapat. Sebenarnya sejak dari tahun 1996 lagi kami dah mengenali tetapi ketika itu tak begitu mesra. Apabila suami akak dan beliau bertugas bersama-sama di Hospital Pulau Pinang, kami mula menjadi rapat. Beliau memang berasal dari Pulau Pinang dan menetap bersama beliau ialah kedua orang ibubapanya.

Puan Hajah Sharifah adalah ibu Ainul. Sifat penyayangnya pada kanak-kanak terserlah apabila setiapkali kunjungannya kerumah kami, beliau akan membelikan anak-anak akak permainan. Semasa kelahiran Aisyah, beliau berusaha datang meraikan dan memberikan buahtangan buat Aisyah. Aisyah diberi buah loket oleh Ainul.

Aiman Hakimi adalah anak bujang teruna Dr Ainul dan suaminya Khairi. Usianya baru 6 tahun tetapi amat matang sekali bagi kanak-kanak sebayanya. Akak cukup suka melayannya berbual dan sering kena usik dengan akak.

Tadi, Dr Ainul yang juga sering datang menziarahi akak ketika akak dirawat di CCU dan di unit dialysis tiba dengan membawa sepasang kain sutera untuk dibuat baju kurung. Alhamdulillah... akak memang dah lama tak menyopping baju.. dapatlah buat sepasang untuk raya haji ni. Terima kaseh, Ainul...

Kekerapan beliau datang ke unit dialysis membuatkan teman-teman dialysis menyangka kami adik beradik. Kalau ikut umur, memang beliau muda 2 tahun dari akak...

Selamat bertugas di tempat baru.....(walaupun lama). I miss U already.....

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...