Sunday, November 8, 2009

Pagi Ahad.


Bangun pagi, akak lihat suami menyambung tidor seusai solat subuh. Akak mengejutnya dan mengajaknya ke Kg Baru. Suami berstuju dan sama-sama bersiap untuk ke Kampong Baru.

Tiapkali menyusuri Jalan Raja Uda, Kampong Baru, memberi satu rasa gembira/sedih buat akak. Gembira kerana akak berpeluang lagi melihat kampung dimana akak membesar dan sedih kerana suasananya tidak lagi seperti dahulu. Dahulu, penduduknya rata-rata melayu tapi kini orang seberang telah banyak mengambilalih tempat/tanah yang dulunya dimiliki oleh orang-orang melayu. Penempatan orang seberang ini juga menjadi tempat berjualan kedai makan, jualan top up, kedai runcit dan lain-lain lagi.

Setibanya di kedai Kak Sham, terus akak memesan nasi lemak double dengan lauk biasa iaitu sambal, kangkong dan telor rebus. Suami akak memesan lauk sotong dan paru goreng. Tak pernah akak merasa begitu kenyang hingga rasanya nak terpengsan kerana terlalu kenyang akibat nasi double. Maunya mengambil masa juga nanti untuk merindui nasi lemak ini dan pastinya bukan dalam jangkawaktu terdekat.

Semalam akak ingin berbuka puasa di Restoren Sari Ratu tetapi suami akak pulang dari conference agak lewat (hampir waktu berbuka), akak pun berbuka puasa dengan membuat cucur udang bercampur taugeh dan daun kucai. Untuk lauknya akak buat sambal petai ikan bilis garing dan sayur kegemaran Ain iaitu kobis campur udang.

Ingatkan hari ini hendak berjalan di Subang Parade tapi suami ingin menghabiskan harinya di rumah sambil mengemas bilik TV menjadi pejabatnya dirumah berikutan meja study di dalam bilik utama tidak dapat lagi menampung kertas-kertas kerjanya yang semakin bertambah.






8 comments:

  1. oooo...akak letak gambar tak apa ye...hehehe...ituuu sambal ikan bilis petai sudah buat perut saya laparrr jugaaaaa...(cakap macam org bangla)!! :)

    ReplyDelete
  2. Adik.. kalau nak ke Kg Baru tu, bagitau la kakcik.. boleh kita makan sama2. Tapi, tadi kakcik sampai kat rumah dr Tk. Intan lbhkrg pkl 11.00. :)

    ReplyDelete
  3. Fa,
    sengaja akak nak membalas dendam kat Fa... sayik letak gambar makanan yang hanya ada kat tengganu...
    (Ada bunyi macam kejam tak?...)
    janganlah ambil hati.. gurau2 ajer...
    Datang bangi, akak masakkan petai sambal kering...okay...

    kakcik,
    baguslah cadangan kakcik kita double date kat nasi lemak kak sham tu.. lepas tu kakcik boleh pergi cho kit...
    kakcik, jgn ambilhati tau pasal saya suka cakap kakcik suka pergi cho kit sebab ada kenangan lah cho kit tu. saya dan arwah mak saya dan suami saya dan arwah emaknya memang selalu ke cho kit sewaktu kami kecil2 dulu. Sekarang ni, kami tak merasa lagi nak ke cho kit tapi kakcik pulak yang gemar dan selalu ke cho kit....

    ReplyDelete
  4. Ala.. adik, kakcik tak kisah punya. Dah memang tempat kakcik beli barang dapur kat chokit tu.. selain dari Tesco. Kalau beli ikan, ayam dsbnya.. memang pergi chokit. Selalunya kakcik tak masuk pun, tunggu dalam kereta je :)

    Masa bujang dulu, 4 tahun kakcik duduk kat Flat PKNS Jln Raja Muda Musa, Kg. Baru tu.

    ReplyDelete
  5. Kak Zai pun nak masuk club jjcm, boleh sama2 merembat tempat makanan yang sedap2, bila ikut sedap tekak macam2 naik keparas yang merbahaya hahah...

    ReplyDelete
  6. kak zai,
    memang betul...
    ikut rasa... binasa....
    jomlah kita buat geng JJCM...

    ReplyDelete
  7. Boleh2, Rahmah jadi presidentnya kak Zai jadi ajk saja sebab dah tak larat nak aktif sangat banyak yang dah longgar kihkihkih....

    ReplyDelete
  8. kak zai,
    hahahahahahaha.....
    saya bukan hanya longgau...
    pakai mesin lagiii......(buah pinggang)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...