Wednesday, November 25, 2009

Lunch hari ni.

Nombor giliran di Klinik...ngantuk menunggu sebab perut dah kenyang...

Espuket.. Avacado susu coklat

Jus timun yang buat akak tak gumbira.

Air soda gembira... betul-betul akak bergumbira.. tapi akak beringat.. tak minum semua...

Daging goreng penyet..

Terong Berlado.. dalam gambar di menu lagi sedap nampak...

Pecel Lele.. Ikan keli goreng garing...

Ayam penyet dan sambalnya. Nak lebih sambal di caj ekstra.. tapi memang sedap..


Selesai dialysis, suami akak mengajak lunch di tempat pilihan akak. Akak asyik terbaca dalam satu entry blogger ni pergi makan Ayam Penyet. Sedap katanya... sambalnya ada kick..pedas.. Bila dah sepuluh kali baca, mestilah kita terkesan kan.. Kita ni kan dah sedia maklum suka makan.....

Di Seksyen 9, BBBangi terdapat sebuah restoran Wong Solo. Kami pun terus menuju kesana. Heran juga suami akak bila akak mencadangkan untuk ke restoren ini. Dah tu, bila baca macam sedap jer.. naklah cuba...

Setelah diambil pesanan, akak terpandang ada air soda gembira. Akak memanggil pelayan dan ingin menukar air timun kepada air soda gembira tapi katanya air sudah dibuat. Hmm tak pa lah. Lain kali akak cubalah air soda gembira itu. Air mentimun yang akak minta tidaklah sedapmana sebab rasa timun ajer.. Akak masih teringat air timun di Telaga Special Juice tapi rasanya tak sama. Akak tidak bergumbira sangat.. suami akak perasan akak yang tak gumbira kerana tak dapat minum air soda gumbira menyuruh akak memesan segelas air soda gumbira. Wah! bergumbira sungguh akak sebaik sahaja setitis air soda gumbira masuk kedalam mulut akak.

Makanan yang ditunggu pun tiba. Kiranya menurut tekak minang akak ni, hanya ayam penyet dan cilinya sahaja yang berbaloi rasanya.. yang lain agak pelik untuk sitekak minang ni. Cili yang diletakkan diatas ayam penyet jika hendak ekstra..kena bayar lebih. Hmmm... bayar pun bayarlah... kerana hanya sambal itu saja yang sedap untuk si tekak minang ni...

Daging lembu yang direbus dahulu dan di perap dengan kicap dan digoreng, masa mula-mula rasa memang sedap.. Bila dah banyak, terasa sangat manisnya... si tekak minang ni tak pandai makan manis-manis...
Sambal terong berlado.. agak manis juga dan terasa macam dia letak cekur dalam sambal tu. Si tekak minang sekali lagi, terasa ganjil sangat.
Pecel Leleh adalah ikan keli goreng garing... ada rasa manis-manis jugak...
Untuk si tekak minang, hanya ayam penyet ajer dan sambal cilinya yang kena bayar ekstra kalau nak lebih saja yang sedap....
(Masing-masing ada citarasa masing-masing)

Selepas makan, kami pulang semula ke Hospital kerana akak ada temujanji dengan doktor Nephro pukul 2.00 petang.

5 comments:

  1. Adik..

    kakcik pun pernah makam kat Wong Solo..tapi di Kg. Baru. Pecel Lelenya garing sangat - okla.. janji tak hanyir :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    betul..kami pernah cuba di kg baru..ikan kelinya garing sangat dan tak hanyir...

    ReplyDelete
  3. Salam Akak. Haihhh.. barulah boleh merayap ke blog kengkawan. Baru masuk 2 nih. Akak mesti pergi ke Restoran Ayam Penyet untuk makan ayam penyet :-) (boleh bezakan rasa ayam dan sambalnya).
    Raya dimana? Selamat hari raya pada Akak n famili.

    ReplyDelete
  4. Salam Rahmah, kak nani never like masakkan minang baik kat Indon atau kat Malaysia, semuanya entah tak boleh rasa 'kick'. Kalau Rahmah nak makan masakkan minang yg sedap kan, ada kat Melawati atau kat Pasar keramat, betul2 kat simpang tiga. Berduyun2 orang makan kat situ. Akak pekena masakkan minang hanya like 2 months once sebab berminyak sangat masakkan nyer.

    ReplyDelete
  5. kak nani,
    sebenarnya terang-terang cakap masakan minang yang saya dah cuba selama ini tak sesedap mana.. emak saya masak kami (saya dan suami) panggil masakan minang. Memang berbaloi...
    Okay..nanti saya ke arah keramat, saya mesti cuba..insya'allah dan terima kaseh kak nani.

    kak som,
    pagi raya lepas dialysis, balik rumah mak di langat dan mertua di melaka... Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat kak som.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...