Thursday, November 5, 2009

Lauk buka puasa hari ni.




Setelah berjalan dengan puasnya di alam maya, maka akak pun berpijak dibumi nyata. Perut harus di isi apabila azan maghrib berbunyi. Akak hentikan perjalanan yang tanpa memerlukan membawa beg pakaian dan tanpa perlu menggesek kad kredit untuk membeli tiket air asia...

Sebelum pukul 6.00 petang akak dah dapat idea... Nak masak juadah apa petang ini.

Turun kebawah cari apa yang ada dalam cool cass (peti ais). Nampak ada daging.... peria kecil..ikan bilis..cili padi..tomato...asam limau kasturi...

Daging dihiris dan dibuat masak kicap. Peria juga dihiris untuk masak taucu dan juga digoreng garing. Manakala ikan bilis akan ditumbuk bersama bawang dan cili padi dan diperahkan asam limau kasturi menjadi sambal tumbuk. Cukuplah juadah untuk berbuka nanti.

Selepas solat isyak, buat milo o panas dan dimakan bersama karipap goreng panas. Memang berbaloi....

7 comments:

  1. Knp akak rajin berpuasa ya....?

    ReplyDelete
  2. ila,
    masa akak mula sakit tahun lepas, sebulan akak tak dapat puasa. Tahun ini ganti pun tak cukup sebab sering masuk wad. Tahun ini punya puasa pun tak cukup sebab hari dialysis akak tak puasa. Punyalah banyak hutang puasa akak. Jadinya akak perlu membayarnya sikit-sikit.
    Jika berpuasa, akak kurang ada keinginan nak minum air.... selamatlah paru-paru dan jantung akak daripada menjadi bengkak.
    Lagipula, nikmat ketika berbuka.....

    ReplyDelete
  3. Selepas solat isyak, buat milo o panas dan dimakan bersama karipap goreng panas. Memang berbaloi....(fa sambung ye..)

    Memang berbaloi kalau sambung ronda2 di alam maya. hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Fa,
    betulll.. lepas pekena milo, tak tidor.. berjalan semula meronda di alam maya...
    sedang menyingkap cerita di Sungai petani...

    ReplyDelete
  5. Aduhai adik...

    pagi2 baca cortetan adik ni.. perut kakcik dan2 berbunyi... lapaq la pulak! :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya menu berbuka puasa.Sambal tumbuk tu kegemaran kak Zai,cuba Rahmah tambah dengan daun pudina lagi ummph.

    ReplyDelete
  7. kakcik,
    kalau nak bagi pun, dah tak sedap... lauk semalam.

    kak zai,
    pagi ni, menanggung sakit perut sebab byk makan cilipadi semlm...tapi sambal tumbuk memang sedap. nanti saya beli daun pudina untuk cuba dlm sambal tumbuk.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...