Friday, November 27, 2009

Juadah Hari Raya.

Nasi impit segera..
Ayam goreng untuk anak2...
Kuah kacang..
Kari ayam... asalnya nak buat rendang


Semalam (rabu) ketika mencari TauFooFah di Pasar Malam Seksyen 4, suami mencadangkan supaya membeli ayam dan daging untuk masakan juadah raya. Akak bercadang hendak memasak rendang ayam dan sambal kuah kacang. Barang-barang seperti ayam, daging, serai, daun kunyit, halia, lengkuas dan nasi impit segera.

Hari khamis, akak ambil kesempatan berpuasa dan memasak juadah untuk raya. Anak-anak meminta dimasakkan kari ayam, maka cadangan untuk memasak rendang ayam ditukar kepada kari ayam. Sambal kuah kacang juga dibuat kerana akak memang suka sekali makan sambal kuah kacang.

Selamat berhari raya dan menjamu selera.

1 comment:

  1. Salam Aidiladha dan selamat menjamu selera. Hari ni saya solat sunat Aidiladha 2 kali di masjid daerah Perak Tengah, Seri Iskandar (kes imam terlupa takbir masa rakaat kedua solat sunat Aidiladha)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...