Setelah dua minggu berturut-turut kami pergi berjalan-jalan bermakan-makan dan berangin-angin...(Jalan makan angin jer... saja nak bikin gimik)., ingin akak beritahu dan maklumkan disini iaitu tempat-tempat solat yang terdapat dinegara kita memang yang terbaik...(macamlah dah jelajah satu dunia...).
Semasa kami melalui Lebuhraya Utara Selatan, kami singgah di Hentian Gurun (menghala utara). Tempat solatnya kecil dan jika waktu puncak tentunya agak kurang selesa. TETAPI,... semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di Hentian Gurun (menghala selatan), Tempat solatnya Superb.. Besar..Lapang dan bersih. Selesa... Ruang udara yang terbuka luas maka tiadalah bau-bauan ala-ala telekong hapak... Ruang mengambil wuduqnya besar dan selesa......
Begitu juga semasa kami melalui Lebuhraya Karak, kami singgah berhenti di BP Stesen (menghala pantai timur). Musollanya terletak dibahagian belakang sebelah tepi BP. Walaupun kecil ianya bersih. Mempunyai tempat mengambil wuduq. Tingkap yang terbuka membolehkan angin sejuk masuk kedalam surau dan suasana jadi nyaman.
Perjalanan pulang, kami singgah bersolat di Hentian Rehat Gambang (menghala Karak), sekali lagi kelihatan ruang solat yang luas dan besar. Cumanya agak gelap sedikit tetapi selesa dan bersih. Dua tempat wuduq disediakan didalam surau. Tiap satu tempat wuduq ada 6 dan 4 paip air. Rasanya bagus juga idea begitu diwaktu puncak.
Dan ada sesuatu yang menjadi terkesan bagi kami iaitu semasa di Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di Lentang terdapat sebuah masjid lama di tepi highway dan di atas bukit. Masjidnya bersih dan mempunyai hawa dingin. Mulanya ingatkan suasana atas bukit membuatkan akak rasa sejuk rupa-rupanya penghawa dingin terpasang. (Hai lah akak ni, macam rusa masuk kampung...)
Secara keseluruhannya setakat ini Tempat solat yang paling bagus yang disediakan ialah di
1. Gurun (menghala selatan).
2. Tapah (menghala selatan).-sorry yang Tapah menghala utara belum pernah cuba.
Jika tempat solat lapang dan luas dan terbuka maka bau-bau yang kurang menyenangkan tidaklah menganggu hidung kita yang sedia mancung ni.
Akak, "hidung yang sedia mancung?" .. hehe, I like!
ReplyDeleteTQ for sharing the info.
Memang dinegara kita tempat solatnya selesa baik diperhentian, dimasjid atau dikomplek cuma kadang2 terdapat telekung yang kurang selesa untuk dipakai.Itu sebabny kak Zai tak pernah tinggal telekung kemana pun kak Zai pergi, buat macam handbag.
ReplyDeletekak som,
ReplyDeletesama-sama... kebetulan jenjalan, sekarangkan musim cuti..mesti ramai yg guna highway...
(Hidung i yang mancung ni dah berbau sesuatu..sniff..sniff..ada orang menjimatkan air yer...)
kak zai,
memang selesa pakai telekung sendiri. tapi kalau dah terlupa, terpaksalah jugak pinjam telekong wakaf...