Marilah akak bercerita xtvt akak hari ini. Bila dah rasa sihat saje sikit... akak pun terasa letih kalau duduk aja kat umah. Mesti dan harus buat sesuatu. Dari pagi tadi akak dah memasak segala... siap dengan puri dan kuah dhal dan vadeh... Lepas solat zohor, akak terasa harus keluar dari rumah kerana tujuan yang dah lama akak perlu beli iaitu tanah baja. Pokok tanaman akak dalam pasu seperti mangga dan pokok limau purut akak perhatikan tanahnya dah jauh kebawah.
Jadinya, selesai solat zohor, akak, qeeb dan aisyah yang pada mulanya tak mahu mengikut tapi akhirnya mengikut juga pun memulakan perjalanan ke Nursery di Seksyen 6. Tiba di satu Nursery ni, ( akak memang selalu beli bunga dan tanah baja di sini....) akak pun parking depan nursery. Masuk kedalam Nursery, nampak tokehnya terus minta tanah baja 5 bag dan baja untuk mangga. Keluar dari Nursery, nampak ada penjual rojak dan cendol. Memang sudah menjadi routine akak bila pergi ke arah ni, mesti pekena rojak. Tapi tengok signboard dia jual Pasembor. Tanya itu ini, akak pun beli.
Sedang sedap makan rojak akak perhatikan keliling. Terasa lain sangat. Borak juga dengan isteri tuanpunya kedai.
Akak : Dah berapa lama meniaga sini?... Tak pernah nampak lah...
Penjual : Kami dah 8 bulan kat sini....
Akak : Oooo lamanya saya dah tak kemari. Kalau tak tu, selalu saya beli pokok, baja kat sini....
Akak : Mana orang yang jual dulu?.. Pak Kudus?...
Penjual : Dia ada kat depan sana - ( Sambil menunjuk arah depan...)
Akak : ( Pandang penuh kaget sebab dah salah nursery dan salah kedai makan.... Adoh la andeh... tapi untunglah rojaknya yg dia panggil Pasembur sotong sedap berbaloi walaupun dah tersalah kedai...)
Qeeb : Tadi qeeb bagi hint ibu tak perasan yer.. qeeb kata nursery ni lagi cantik dari yang depan tu.. (yg akak selalu pergi..).
Akak : Apasal qeeb tak cakap terang-terang?.. ( Macam dia tak kenal mak dia selalu blurrr...)
Inilah pasembor sotong gerai tersebut. Sedap..


Akak pun terus teringat ada Pasar Tani dekat seksyen 6 depan Maybank. Akak terus menghala ke sana. Nampak gerai yang pertama iaitu gerai menjual daging. Beli daging dan tulang rusuk dan kemudian kami singgah di gerai menjual buah-buahan. Anak-anak akak terutamanya Ain cukup mengemari jambu air. Akak membeli jambu air dan jambu batu.

Dalam perjalanan pulang akak ternampak satu susuk tubuh yang begitu familiar sedang membeli juadah minum petang di suatu gerai. Akak yang dah terlajak ke hadapan, buat satu pusingan dan berhenti di kereta berdekatan.
Turun kereta perlahan-lahan dan akak terus berdiri di belakang si dia. Akak terus snap gambar Puan Rashidah yang memang tak jangka kan bertemu di situ. Beliau adalah ibu kepada teman sekolah Qeeb. Kami menjadi kawan setelah akak merasa karipap yang di buat untuk jualan amal di sekolah Qeeb sungguh sedap. Akak meminta Qeeb bertanyakan kepada anaknya nombor talipon ibunya yang membuat karipap tersebut. Bila akak menalipon dan bertanya adakah dia menjual karipap secara tetap, katanya dia saja masak untuk memenuhi permintaan anaknya yang beria-ia ingin membawa karipap buatan ibunya untuk di jual di hari terbuka kantin sekolah mereka. Akak meminta kiranya dia boleh buatkan akak 100 biji karipap kerana pada akak karipap yang dibuat oleh Puan Rashidah memang sedap sekali. Dia bersetuju dan meletakkan harga yang begitu murah.
Setelah bekalan karipap dihantar, kami terus menjadi sahabat kerana tiapkali akak mengambil anak dari sekolah, dia juga turut mengambil anak bungsunya. Kami sering berbual mesra samada bila terserempak ataupun melalui panggilan telefon. Ketika akak dimasukkan ke hospital, dia datang menjenguk sebaik mengetahui keadaan kesihatan akak. Bagai mempunyai 'chemistry' kami senang sekali bersahabat. Shidah jugaklah orang yang pertama sekali memperkenalkan Asmaul Husna versi Bapak Ary Ginanjar dan Haddad Alwi. Pertamakali akak dengar beri keinsafan sangat dan hingga mengalir airmata dalam situasi akak baru di beritahu kena Dialysis. Shidah datang kerumah membawa CD Asmaul Husna dan buku motivasi.