Friday, November 6, 2009

Cerita hari ini.

Jika akak ada kucing bijak macam niii........ sure.....


Hari ni kat tempat dialysis ada kekecohan sedikit. Pesakit ini memang selalu datang dengan berangin...(grumpy old man). Ada saja yang hendak dileterkan. Rasanya hendak akak ambil gambarnya dan letakkan disini.

Setiap hari dialysis dia sampai awal. Walhal belum sampai shift dia. Shift dia bermula setelah selesai pesakit shift pertama. Tapi tiapkali dialysis, dia akan datang awal. Maka dia terus masuk ke dewan dialysis dan duduk mengadap pesakit shift pertama yang sama-sama menggunakan mesinnya.

Mesin yang dia rebutkan itu adalah mesin yang dikira terbaik. Doktor selalunya mengarahkan pesakit yang mempunyai lebih masalah untuk menggunakan mesin tersebut. Pesakit yang grumpy ini pula apabila mengetahui mesin tersebut baik dan bagus, sentiasa ingin menggunakan mesin tersebut. Masalahnya mesin tersebut mempunyai cara penggendalian yang berbeza dengan mesin dialysis yang lain. Untuk memasang 'blood line' dan menghidupkan mesin tersebut juga perlu mengambil masa. Olehkerana setiapkali hari dialysis pesakit ini datang terlalu awal, sebaik pesakit shift pertama selesai, dia terus duduk di kerusi dan berharap mesin itu sudah tersedia untuk digunakan.

Staff nurse terpaksa melakukan beberapa perkara sebelum boleh digunakan kembali mesin tersebut. Berbagai ujian perlu dilakukan sebelum boleh digunakan. Tapi pesakit ini tidak memahami masalah itu. Dia akan menyalahkan staff nurse dengan mengatakan mereka kerja tidak cekap dan pesakit itu akan membebel-bebel itu dan ini tanpa memperdulikan orang sekeliling. Kami pesakit lain, dah rasa jelak dan muak mendengar leterannya setiap kali dia datang dialysis.

Jika pesakit itu mahu meluangkan masa mendengar penjelasan mengenai mesin dialysis itu, tentu dia boleh faham mengapa perlu mengambil masa untuk menyiapkan mesin tersebut berbanding dengan mesin dialysis yang lain. Jika dia mahu beralah dan guna sahaja mesin yang lain, tidaklah masalah itu dia hadapi.
Jika dia tidak datang terlalu awal sebelum masa yang ditetapkan, tidaklah dia perlu menunggu dengan begitu lama.

Masalahnya bila dia bersikap degil dan merasakan diri dia betul. Memang mencabar kesabaran pesakit ini. Mujurlah kakitangan pusat dialysis semuanya menjalankan tugas dengan berhemah. Tidaklah mereka memarahi kembali pesakit itu walaupun dikata dengan berbagai-bagai tuduhan. Mereka masih mengutamakan dan memberi khidmat tanpa berbelah bagi.

8 comments:

  1. inila bila org bodoh sombong kan kak...
    kalo nak sangat guna cepat2 belila sebijik..
    sian kat nurse2 yg bertugas

    ReplyDelete
  2. Adik,

    Memang susah berhadapan dengan orang yang mementingkan perasaan sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Baginya.. dia saja betul..

    ReplyDelete
  3. ishh..susah jugak nak sabor ye. Kena pulak yg jenis grumpy gini....tu silap2 kalau kita tegur, dia akan terus gi mengadu kat pihak atasan pulak. Kalau saya ada kat situ, mau jugak hilang sabar, weiiiii....

    ReplyDelete
  4. mi,
    mmg betul..dahlah bodoh.. sombong pulak. Kalau dia beli sebijik pun dia kena minta nurse pasangkan.. memang akak kesian kat nurse. pesakit selalu lupa yang nurse pun adakehidupan mereka sendiri.

    kakcik,
    staff hospital memang selalu jumpa pesakit yg mementingkan perasaan sendiri. Staff tahu pesakit tu sakit tapi mcm inilah selalunya....

    Fa,
    betul..bila ditegur, terus naik jumpa doktor... hantar surat pada pengarah... selalunya org yang bermasalah ajer yg akan buat kerja ni. Itu yang akak rasa nak hantuk ajer kepala si grumpy tu kat meja sbb dia membebel2 sepanjang dia datang...
    Dia ni satu cina dah tua.. pernah senang dahulu. bila kena dialysis, ia buat kat swasta, bila habis duit... kepala pun jd miong (bukan gila). dapat dialysis kat kerajaan kiranya dah habis bagus tapi dia masih menyombong.

    ReplyDelete
  5. esok nak pegi dialysis, akak bawak kucing tu sekali. Bila si Grumpy tu mula je buat perangai suruh kucing tu aim machine gun tu kat dia...hahahhaa.....

    anak Fa kata...mama!!! bijoknya kucing tu. Macam mana dia pegang tu...heheheh...kelakorlah.

    ReplyDelete
  6. Fa,
    esok kalau akak bawak kucing tu pergi dialysis, mau nyer tinggal akak sorang-sorang...
    (Musuh akak ramai...)
    Itu yang kucing tu akak tinggalkan kat umah...
    lalalallalalalallalalal

    ReplyDelete
  7. Kalau islam benarkan kite bg penampar utk org cm2,sy lah orang pertama yg dpt pahala.Dah lama geram.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...