Sunday, November 22, 2009

Hari kedua dan Jumpa Puan Aintsuperwoman.

Fa, depa makan senyap2 kat belakang.. sampai depan plastic kosong ajer...

Aisyah duduk makan ikut sunnah...


Pertama kali kami menjejakkan kaki di sini walaupun dulunya kami pernah tinggal selama 4tahun di Taman Keramat Permai...(masa tu Jusco AU2 belum dibina..)

Kelaparan tapi masih sempat menguntumkan senyuman.

Tekun betul mengadap hidangan....

Sebab makan di Sushi King, Aisyah Chan dah mula beraksi ninja.. (terlebih makan ebiko..dan unagiii....)

Seronok kan makan-makan dan bayar bill oranglain yang kena selesaikan...

Kelihatan Genting di puncak gunung...

Cantiknya pemandangan dikanan lebuhraya menghala ke Lebuhraya Karak.


Mr Atip dan Mrs Atip dan Asyiq..




Walaupun hujan renyai-renyai, mereka masih bergumbira bermandi-manda..



Hari kedua, broadband celcom buat hal pulak. Punyalah mencuba dari pagi sampai malam dah tak boleh dapat. Tanya pada petugas di reception, katanya wi-fi percuma tiada..hanya yang berbayar.
Akhirnya lansung tak dapat buka internet...

Sejak dari pagi, hujan turun tidak berhenti-henti. Bawa anak-anak pergi mandi di swimming pool. Bergumbira sungguh mereka mandi dan main hujan... Akak yang duduk menunggu ditepi kolam pun basah walaupun berpayung.

Setelah agak lama melihat anak bermain air, akakpun mengajak mereka pulang ke bilik. Setelah tiba waktu makan tengahari, akak dan qeeb pergi ke Mc Donald membeli makanan tengahari.

Hujan masih lagi turun mencurah-curah hingga ke malam. Petang, akak bawa Aisyah, Zahrah dan Qeb sekali lagi ke Mc Donald kerana Qeeb ingin menggunakan wi-fi disana. Aisyah dan Zahrah turut sama menanti Qeeb dan akak membuka blog masing-masing. Dapatlah baca sedikit dan kemudian kami pulang ke hotel.

Pada hari Ahad, hujan masih turun sejak pagi. Anak-anak tidak mahu keluar ke kolam renang dan mereka hanya menonton tv dan bermain game di komputer. Sebelum pukul 12.00 tengahari, kami sudahpun keluar dari bilik.

Pertemuan yang di rancangkan bersama Puan Aintsuperwoman adalah di Mc Donald. Menunggu kedatangan beliau sambil mengisi perut kerana pagi tadi tidak mengambil sarapan. Boss benar-benar keletihan akibat demam urat dan kami membiarkan boss tidur sehingga pukul 11.00 pagi.
Akak dah siap-siapkan mengemas dan selepas boss bangun, bersiap-siap dan kami ke Mc Donald.

Taklama kemudian Mr Atip, Mrs Atip, Afeeq dan Asyiq pun tiba. Kami mencadangkan untuk makan di suatu tempat yang memenuhi selera semua. Kami ke Pekan Kuantan dan singgah di Restoran Makanan Kampung bersebelahan dengan Megamall. Sebaik mendapat tempat duduk, kamipun memulakan berbual-bual seolah-olahnya sudah lama mengenal satu sama lain. Ada sesi bergambar...
Fa memang seorang wanita yang berperawakan menarik, baik tuturkatanya dan peramah. Anak-anak akak pun suka beliau dan terkejut kerana walaupun kami baru pertama kali jumpa tapi mesra macam dah kenal lama.

Buat Fa dan suami, akak benar-benar menghargai kesudian Fa dan suami datang turun dari Kemaman ke Kuantan semata-mata ingin berkenal mesra. Terima kaseh juga atas buahtangan yang sangat digemari oleh anak-anak dan boss. Belumpun sampai rumah, keropok pedas dah habis dikerjakan mereka.

Fa,
Gambar nanti akak copy ajer kalau-kalau ada gambar yang Fa masukkan dalam blog Fa. Anak dara akak punyalah lurus, hanya satu saja gambar kita yang dia ambil. Gambar akak sedang kejam mata pulak tu.. Gambar Fa, sempurna... (Boleh akak masukkan gambar tu?...)

Bual punya bual tak sedar masa dah banyak berlalu. Selepas encik suami Fa, iaitu Mr Atip selesai menunaikan solat zohor, kamipun meminta diri untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Pertemuan yang dirancang untuk singgah dirumah abang sulung akak tidak pula menjadi kenyataan kerana beliau tiada di rumah. Kami neneruskan perjalanan pulang dan singgah di Hentian Gambang untuk solat jamak dan qasar Zohor dan Asar. Sewaktu Maghrib kami singgah untuk solat di Masjid Lentang (berdekatan dengan lebuhraya karak). Satu-satunya Masjid yang terletak dalam lebuhraya Karak. Masjidnya bersih dan ada penghawa dingin.

Untuk makan malam, kami singgah di Jusco AU2 kerana akak teringin nak makan di Paparich. Akak sering mengikuti blog seseorang yang sering makan di papparich. Akak menyangka yang Papparich ni di Jusco AU2 tapi salah tekaan akak. Akak dapat membeli Tako Tao yang menjadi juadah kesukaan blogger tersebut dan anak-anak pula memilih untuk makan malam di Sushi King.

11 comments:

  1. Salam Akak. Jauh berjalan tu, mesti penat dan letih. Apa pun, janji seronok dan gembira, kan?
    I nak bukak rahsia nih.. *bisik* Kuantan merupakan lokasi yg terjauh I tiba dlm Msia nih. Mcm katak bawah tempurung aje, hehe.

    ReplyDelete
  2. kak som,
    memang penat dan letih. tapi anak2 punya hal... ikut ajer...
    happy betul depa..lain betul seronoknya...
    kak som,
    u ada dua anak...nanti (bukan doa) dpt menantu sorang utara, sorang timur... u kena jalan jugak masa nak hantar pengantin...hehehehehe...
    pecah rekod u yg tak pernah kemana2....

    ReplyDelete
  3. Salam hajah,
    Sorilah akak di melaka waktu hajah dan famili bercuti di kuantan. akak ada tengok program tentang doktor jantung di SPM TV1 pagi tu. Akak agak ni mesti suami hajah. betul juga tekaan akak setelah akak baca entry 'announcement' hajah tempoh hari.

    ReplyDelete
  4. Akak, kalau boleh .. nehi nehi muhabatikatum .. hahaha..

    ReplyDelete
  5. kak nora,
    kami jumpa restoren under tree kat depan hotel hyatt. tapi tukang masak lauk asam cutiii.
    nanti nak pekena dekat melaka...

    kak som,
    mudah2an tak perlu jauh2... kena booking awal kot... kak som kenalah perati depan,tepi,tengah,hujung,belakang rumah... kena start... sekarang......

    ReplyDelete
  6. akak,

    tunggu ye, hari ni jugak fa akan masuk entry pertemuan kita...seronokkkkkk nyeeeeee...fa akan masukkan gambar akak yang paling ok gitu.

    ReplyDelete
  7. Fa,
    memang seronok jumpa semalam..mcm blind date..
    nanti kita jumpa di bangi pulak tau...

    ReplyDelete
  8. Yeahhhh! Rahmah dah selamat balik dr percutian nya.. Alhamdulillah..
    Walaupun Rahmah penat n3 nih panjang sekali, maklumlah org baru recharged (bercuti2 Malaysia) Seronok jumpa blogger ye! Skurang2 nya dpt tambah kawan kan..

    ReplyDelete
  9. kak nani,
    terima kaseh dengan komen kak nani...
    memang seronok jumpa blogger..sebab dah mesra dalam blog bila jumpa macam dah lama kenal...
    Nanti kalau saya jumpa kak nani, sure lagi seronok kan...

    ReplyDelete
  10. Ooohhh pergi kuantan jumpa orang watergate ya, tentu seronokkan.Chat kat pc pun gamat apatah lagi bila berjumpa, bila pula turn kita jelesss ni.

    ReplyDelete
  11. kak zai,
    kita dah boleh buat majlis suaikenal/bermesra laa... kalau baca bloggers lain dah banyak kali depa buat gatherings. Jom kita mulakan...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...