Tuesday, November 24, 2009

Juadah buka puasa.

Acar timun dengan kawan-kawan baiknya...

Rendang ayam bersama cili api dan cili mesin.

Olehkerana seminggu dua ni akak terlebih air dalam badan... maka dengan hati yang senang dan gumbira akak pun berpuasa hari ni. Jika tidak berpuasa, maka akak akan makan nasi lemak untuk sarapan, makan nasi atau rojak atau mee goreng untuk lunch.. makan malam lagi... Kan dah 3x makan busat dan berat pun haruslah bertambah-tambah.... Jumlah pengambilan air minuman pun haruslah jugak akan berganda-ganda dari yang di tetapkan iaitu 500ml. Husshhh.. tak bolehterjadi ini.

Maka dengan hati yang bergumbira dan cukup seronok akak pun masaklah lauk untuk berbuka Mulanya awal pagi dah rancang nak masak rendang ayam.. tapi bila sampai kedai nampak ikan tenggiri, akak pun terfikir nak masak asam tumis ikan tenggiri... tapi bila balik rumah melihatkan ayam dah terendam kesejukan dalam sink... Huih.. tak boleh nak masukkan ayam tu dalam freezer semula kerana ayam itu harus akan merasa kesejukan yang teramat sangat dan ayam itu akan demam seluruh anggotanya. Maka akak marahlah pencinta alam sekitar dan haiwan mengatakan keji sungguh perbuatan akak ittu. Harus akak kena bagi ayam itu berpanas dan berendam bersama-sama santan..cili api dan segala rempah ratus...

Jadinya, beralihlah masakan daripada masak asam tumis ikan tenggiri kepada ayam kampong masak rendang cili api. Waduh.. pedaslah pulak. Berasaplah mulut akak.

Untuk sayurnya akak buat ..... hmmm acar timun campur nenas campur tomato dan hirisan bawang besar dan diperahkan air lemon. Berseleralah bila makan nanti.....

Mulanya teringat nak buat puding limau.. tapi mengenangkan buah papaya yang dah tergolek lama dalam peti ais, maka tak dapatlah makan puding sebab dah ada papaya. Untuk hari Khamis pulak punya menu.

Minta-minta cepatlah azan maghrib hari ni... akak adalah tersangat lapar dan tersangat terliur dengan itu acar timun.

Tok bilal....tok bilal... jangan lupa azan untuk maghrib nanti yer....

4 comments:

  1. huhu..akak, fa sempat baca2 dan tinggal komen je, petang ni baru free kot, ni nak masak lunch utk family in law....lepas tu tak kira, nak masuk jugak entry pertemuan kita.....tahniah sebab akak istiqamah berpuasa....alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Fa,
    peminat fa(qeeb) dok tunggu entry fa.. minat sungguh dia membaca kisah fa. Dia kata fa suka makan tomato..semalam akak buat acar tomato & timun, katanya makcik fa tentu suka. Terkesan betul dia..

    kakcik,
    tok bilal azan jugak semalam... sedap bila buka puasa..nikmatnya bila berbuka..:)

    ReplyDelete
  3. Fuhyooooooooo!!!

    rendang ayam cili padi tu! sangat menyengat ooo..isk..musti sodap.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...