Saturday, November 7, 2009

Kawan.






Memang dah banyak kata-kata yang disusun cantik-cantik mengenai persahabatan. Selalu kita jumpa dalam kad, sticker dan berbagai-bagai cara lagi.

Walau apapun kata-kata yang diukirkan oleh penulis hanya satu saja yang akak percaya iaitu setiap kawan adalah Anugerah dari Allah s.n.w.

Setiap kawan akan menjadi sesuatu yang menggembirakan hati kita. Dia ada ketika kita susah, sakit dan gembira.

Setelah berusia lebih 45tahun ini akak boleh katakan setiap kawan yang akak kenali adalah seseorang yang menggembirakan dan amat bersyukur kerana mengenali mereka. Persahabatan yang terjalin mudah-mudahan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Ada kawan yang kita kenali sejak dari kecil, ada yang mengenali kita sewaktu kita remaja dan masih bersekolah, sewaktu kita bekerja, sama-sama berjiran tetangga, sama-sama menanti anak sekolah, sama-sama menjalani rawatan di hospital dan yang akhir-akhir ini ialah teman di alam maya-teman blog gitu.

Walaupun dimana kita mengenali antara satu sama lain, hanya yang ingin akak/saya sampaikan di sini ialah mengenali anda semua menyinari hidup saya. Semuga persahabatan terjalin mesra sehingga ke akhir hayat.

(Sorry kakcik, nampaknya tajuk kita hari ni sama ajer... Hari ni Hari Sahabat Sedunia kot...)

6 comments:

  1. Adik..

    mungkin kerana ada chemistry yang kuat kot. Alangkah sunyinya hidup tanpa sahabat kan? Biarpun tidak bersua..kata2 yang kita titipkan melalui maya ini, memang amat bermakna. Terimakasih kerana sudi bersahabat dengan kakcik. Kakcik sayang adik.

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    saya setuju sesangat...
    memang hidup akan sunyi jika tanpa kawan.
    Saya juga berterima kaseh pada kakcik kerana menerima saya sebagai sahabat.... saya pun sayang kakcik.

    ReplyDelete
  3. ehem...amboi, kakcik dgn akak, bersayang2 hari ni yee...hehehe....

    fa pun sayang jugak pada kakak2 berdua...hihihi...(malu I)

    ReplyDelete
  4. Akak & tetamu sekelian ..

    Setuju dengan semua pendapat Akak tu. Diharap kita semua boleh menerima diri masing2 seadanya .. Salam

    ReplyDelete
  5. Fa,
    iyer la... Fa...
    hari ni hari bersayang sayang lah...
    Akak sayang Fa...

    Kak som,
    sempena hari sahabat sedunia..
    kita menerima diri masing-masing seadanya
    dan akak sayang kak som...

    ReplyDelete
  6. Dalam menjalani kehidupan selama 54 tahun..kak nani dah jumpa macam2 orang dan macam2 bangsa..tapi memang benar ada beza antara kawan dan sahabat.. Kawan hanya sebagai kenalan tapi sahabat ada lah semasa kita susah dan berduka..sahabat menghulur bantuan..

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...