Friday, November 13, 2009

Kuching.

Kalau dah merayu macam ni, takkan tergamak hati kita tak ambil bela?


Ini serupa kacukannya dengan Topeng.. iaitu Birman...

Akak nak buka cerita pula pasal kucing. (Betul... suami akak memang sedang berada di Kuching tapi cerita ni tak kena mengena dengan dia...)
Maka tersebutlah kisah ketika akak masih sekolah rendah nak masuk menengah dahulu...(maknanya dah mula nak cantik..pandai..bijaksana... gitu...)
Arwah emak akak dan akak sama-sama perangai suka dok kutip anak kucing ataupun kucing besar...
Pernah satu ketika dulu sewaktu akak pulang dari sekolah, akak ternampak seekor anak kucing di tepi jalan dan pandangannya sungguh menarik hati akak... Bulunya yang hitam berkilat dan mempunyai sepasang kaki yang berwarna putih, memang amat cantik.. seolahnya bila dia mengiau, akak boleh memahami bahasanya dan akak pun terus membawanya pulang kerumah. (Sedikitpun takder perasaan takut kerana arwah mak tak pernah marah kalau akak membawa kuching pulang kerumah.. [ tapi Qeeb... ibu masa kecil dulu tak ada allergic pada kuching... mata ibu takkan membengkak seperti mata kakak, qeeb, ain dan aisyah sebaik sahaja Uolls memegang badan kuching...] Ingat yer... kita berbeza sekali dari segi allergic...!!!!!!!)

Sebaik tiba dirumah, arwah emak akak pun memanggil akak kerana hendak bercerita tentang sesuatu. Dilihatnya akak pun memegang seekor kucing hitam dan berkaki putih. Arwah emak tersenyum dan menunjukkan dia juga pada pagi tadi semasa pergi ke Pasar Chow Kit telah ternampak seekor anak kucing jantan yang berwarna hitam pekat. Bulunya berkilat dan badannya agak kurus sedikit. Kucing yang akak bawa pulang emak menamakannya 'Setokin' dan kucing yang hitam emak bawa pulang bernama ' Kitam'.

Maka bermulalah kehidupan dua ekor adik beradik angkat di rumah kami.

Sebelum emak meninggal dunia, emak ada membela seekor kuching berwarna putih bersih dan emak menamakannya 'Sabun'. Sayangnya dan patuhnya sabun pada emak akak dapat dilihat apabila emak sedang duduk-duduk menjahit ataupun mengaji, sabun akan datang dan akan mengurut-gurut kaki emak sambil tunduk-tunduk dan memejamkan matanya..'Bersungguh-sungguh lagaknya'...memang dapat lihat kasihsayang antara emak dan sabun. Dan ketika emak sudah meninggal dunia, sabun terus keluar dari rumah tidak kembali lagi.

Setelah akak berumahtangga, akak turut membela kucing suami yang bernama topeng. Ianya adalah kacukan Birman. Bulunya sangat cantik keemasan dan badannya sangat gebu. Datang pula seekor kucing menumpang kasih di rumah kami yang kami namakan putih. Maka bersaudara/berkawinlah si topeng dan putih.

Apabila akak sudah mempunyai anak, kami masih memelihara kucing tetapi sebaik saja kami dapati kesemua anak-anak kami mengalami alahan yang teruk akibat bulu kucing, kami tidak lagi memelihara kucing.

Baru-baru ini suami akak membeli sepasang arnab kacukan untuk menjadi hiburan anak-anak tetapi malangnya setelah 3 minggu kami bela, arnab betina kepunyaan Aisyah yang bernama Lisa, telah mati. Tinggallah arnab Ain yang bernama David.

(Kak CS, maaflah tajuknya serupa pada hari yang sama... tak niat nak tiru tapi lepas baca entry kak CS mengenai kucing teringatlah pulak kenangan semasa membela kucing dengan arwah emak)

6 comments:

  1. Ala sedihla sabun tu terus lari :(.Tapi ada satu kucing kawan mak saya ni, tuan dia meninggal, terus tak nak duduk dalam rumah,tunggu je depan gate, makan minum tidur semua dekat situ.

    Sedih.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan buat chics,
    terima kaseh kerana sudi menyinggah di sini. akak akan add blog chics disini. semuga prsahabatan terjalin.
    KIsah kucing sayang tuan memang selalu kita dengar. Kucing ni menjadikan kita lebih menyayangi mereka dgn aksi2 kucing nya.

    ReplyDelete
  3. Salam Akak.. No problem sama tajuk. Sama gak kita tengok orang lain masak sedap, esok lusa kita nak cuba, kan? kan?

    ReplyDelete
  4. kak som,
    betullah.. bila tengok orang bela kucing, kita bela kucing, orang bela arnab, kita bela arnab...
    orang punya tak mati...kita punya yang mati....
    huuhuhuhuhuhuhuhuh.....

    ReplyDelete
  5. kekdg tingin gak nak bela kucing, tp apakan daya kami 4 beranak semuanya ada allergic rhinitis.. alahan teruk dgn segala mcm makhluk berbulu..

    ReplyDelete
  6. Ja,
    samalah kita. Kami yang tua ni, tak der allergic... Budak 4 orang tu...
    Asal main ngan kucing, dah bengkak bijik mata...
    tapi kekdang lawak pula budak2 tu.. sayangkan kucing sangat2.. lepas belai kucing, habis mata bengkak. Bila tanya tak mengaku kata pegang kucing... masing2 dok kata kami tengok aja....
    tapi mata dah bengkak sampai takboleh nak bukak....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...