Wednesday, November 18, 2009

Puas berjalan...

Penguin yang mengikut telunjuk Qeeb.

Ain cukup seronok bergambar disini.

4 beradik beraksi.

Bersama penguin.
Aisyah cukup suka membuat sign peace.

Qeeb dan Ain beraksi meluncur.

Aisyah cuba meniru.

Beriani ayam.

Beriani udang... sedap lagi beriani ayam.
Beriani kambing tak sempat ambil gambar, dah selesai kena serbu.

Inilah telaga cafe special juice... sedap...

Aisyah cukup seronok makan bersama meja...(suap sendiri..banyak tumpah).

Di Pantai Kok, Rebak Marina.... hari dah mula mendung. Masuk aja kereta, hujan pun turun.

Kereta sewa.

Untuk Fa... inilah rupa feri Kuala Kedah ke Langkawi..bahagian depan.....

Bahagian belakang feri....

Semalam hari akhir kami di Langkawi. Pagi, akak sengaja keluar memandu untuk membeli barang keperluan mendesak untuk anak dara yang ........ Suami akak demam urat cuma berehat kerana perjalanan pulang petang nanti, beliau akan memandu selama 6jam dari Kuala Kedah ke rumah kami. Kedai runcit di Pantai Chenang kebanyakannya hanya dibuka selepas pukul 1000 pagi. Puaslah akak kena mencari kedai runcit yang sudah dibuka awal pagi. Syukurlah, ada juga kedai runcit yang memulakan perniagaan awal pagi.

Selepas suami mendapat rehat yang secukupnya, kamipun 'check out' keluar dari hotel pada pukul 200 petang setelah selesai mengerjakan solat jamak dan qasar untuk zohor dan asar. Kemudian kami membawa anak-anak ke Underwater World Langkawi. Ini adalah kunjungan kedua kami dan akak dapati pameran ikan dan penguins memang menghiburkan. Berbeza sekali dari pertama kali akak kesana. Anak-anak yang pertama dan ketiga sudah 2 kali ke sini, manakala buat Aisyah, ini adalah kunjungannya yang pertama. Seronok sungguh dia.

Dalam perjalanan pulang, Aisyah yang tak pernah meragam seumur hidupnya meragam dan menangis hendakkan sesuatu. Olehkerana dia tak pernah bersikap begitu, kami tidak memperdulikannya. Aisyah masih terus menangis. Aka cuba memujuk dan mengajaknya makan tapi katanya dia tak mahu makan. Akak menyuruhnya berehat dan tidur, pun dijawapnya dia tak mahu tidur. Fikir akak dia kepenatan kerana tadinya dia penat berjalan di Underwater World. Tapi dia masih menangis. Fikir punya fikir, teringat akak sewaktu akak sedang memilih t-shirt untuknya, dia ada menarik tangan akak menunjukkan sesuatu. Akak bertanyakan padanya adakah itu yang diminta, dan katanya ya. Suami akak pun bersetuju singgah semula ke Underwater World kerana kami sudah jauh meninggalkan Underwater World. Tiba di kedai yang dia tunjukkan, dia terus pergi ke arah benda yang dia hajatkan. Rupanya dia inginkan puzzlebergambar binatang laut seperti ikan, udang, ketam, dolphin dan lain-lain. Kesian betul akak kerana Aisyah tak pandai nak beritahu apa yang dia hajati.

Jam menunjukkan pukul 400 petang, perut dah mula minta diisi. Puaslah suami akak memandu mencari tempat makan yang menepati selera akak. Akhirnya, di Pantai Kok ada Rebat Marina yang mempunyai restoren makanan arab bernama Telaga Cafe. Kami memesan Nasi Beriani Udang, Nasi Beriani Ayam dan Nasi Beriani Kambing. Minuman yang dipesan ialah Telaga Cafe Special Juice, Fresh Orange, Milo Ais, Kopi Ais dan Strawberry Mirinda. Puas hati betul dengan makanan yang dipesan. Anak-anak cukup suka dengan nasi beriani stail masakan arab.

Setelah perut kenyang, kami memulakan perjalanan untuk jalan-jalan keliling pulau. Perjalanan kami merangkumi hingga ke Gunung Machingchang tempat kereta kabel dan Kilim Bird Paradise. Tidak pula kami masuk kerana hari sedang hujan dengan lebatnya. Kami mencuba juga mencari hotel Andaman yang pernah menjadi tempat penginapan kami tetapi tidak berjumpa.

Kami tiba di Jeti Langkawi pada pukul 620 petang dan mujurlah kami awal kerana perkhidmatan feri berakhir pada pukul 7 malam. Jika tidak, habislah kami... Kalau extend tinggal lagi sehari macamana dengan rawatan dialysis akak pada pagi Rabu.... Syukurlah, segalanya mengikut perancangan.

700 malam feri meninggalkan Pulau Langkawi dan tiba di Kuala Kedah pukul 840malam. Setelah mengambil kereta kami yang di parking di padang letak kereta Majlis Perbandaran Kuala Kedah, kami meneruskan perjalanan pulang. Jam 930 malam, kami berhenti di Hentian R&R Gurun. Sempat mengajak suami menyegarkan diri dengan secawan nescafe panas dan pukul 1040 malam, perjalanan diteruskan hingga ke Hentian R&R Gunung Semanggol. Berhenti sebentar untuk menyegarkan mata dengan meminum nescafe panas sekali lagi pada pukul 1140 malam.

Perjalanan diteruskan hingga ke Hentian R&R Tapah dan jam menunjukkan pukul 234 pagi. Suami akak membeli minuman dan perjalanan diteruskan hingga tiba dirumah jam 340pagi.
Sekali sekala akak tertidur tapi hanya sebentar kerana kesian pada suami akak yang terpaksa memandu walaupun sedang demam dan selsema.

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah dan tidur sehingga jam 630 pagi. 700 pagi keluar rumah untuk dialysis di hospital....

Penat dan ngantuk tapi demi anak-anak yang sudah 2 tahun tidak kemana-mana kerana akak tidak sihat, rasanya berbaloi segala kepenatan.

10 comments:

  1. Salam Adik..

    panjang catatan ni.. gambo tak de? :)

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. sekali lagi masuk.. sudah ada gambar la... :)

    ReplyDelete
  3. Banyak ke shopping?kalau ke Langkawi mesti trademarknya shopping paling kurang chokooolat...

    ReplyDelete
  4. Semenjak kahwin sehingga hari ini Wardah hanya tidur 2 kali ketika saya memandu. Dia sungguh setia menemani saya memandu. Saya yakin suami akak mesti seronok memandu sambil berteman.

    ReplyDelete
  5. wow, jauh travel tu, fa sekarang tak boleh dah travel malam. nanti tension. sebab fa memang tak boleh tidur sebab temankan hubby, takut dia ngantuk. mesti penatkan, akak tak shopping ke. org kata kat sana murah2, tapi fa tak pernah sampai pun lagi.

    ReplyDelete
  6. kakcik,
    gambar memang banyak, tapi nak uploadnya...males.. nanti saya buat sikit2...

    kak zai,
    kali ni memang tak shopping. Hati memang berhajat tapi saya dah tak dibenarkan mengangkat apa-apa. Anak2 punya baju dah sekian banyak. Suami pulak demam urat sebab belum dapat rehat dari pergi sarawak dah kena drive ke kuala kedah. Menyesal jugak tak dapat nak menyopping pinggan mangkuk tapi suami nak ajak pergi setahun sekali untuk menyopping, kira tak per lah jugak tak shopping kali ni.

    zool@tod,
    Kami para isteri memang kesian nak biar suaminya sorang-sorang drive, tapi kekadang mata dan BP bila meningkat, akak terpaksa tidor.. Dah tua, penyakit macam-macam...

    Fa,
    Kalau dah termengantuk, akak terlelap jugak sekejap... bila bukak mata, terkejut kereta kita macam nak hentam kereta depan... Naik pulak BP... Jadinya akak kena celik mata ataupun teruskan tidur...(tapi selalunya tidur secara tak sengaja...)
    Macam akak cerita tadi, kali ni tak menyopping, tapi dendam bila dah sihat akak nak datang balik dan menyopping puas-puas. Akak kesian sebab suami baru ni demam urat... siapa lagi nak mengangkat kalau bukan dia...
    (Nak jadi pasangan sampai tua lah... benda-benda(menyopping) tu tak penting...)

    ReplyDelete
  7. Akhirnya, 'berjalan' jugak akak anak branak. Sronok la bebudak tu (mak bapak pon tompang sronok kan?)..

    demi anak...

    ReplyDelete
  8. AI,
    Memang.. mak dan pak banyak memikirkan anak-anak... Sakit macam mana pun, kena jugak bawa jalan musim cuti...
    Sampai masuk wad kecemasan...

    ReplyDelete
  9. Huh...seronok sungguh baca entry kali ini.Kesian Aishah,tp xpe Ibu n Abah akhirnya memahami kehendak kamu.Bagusla semuanya smooth je,terutama akak.saya cuma bimbang Akak 'overload'.

    ReplyDelete
  10. KP,
    terima kaseh.. insya'allah akak akan jaga air...(inilah yang paling payah sekali...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...