Wednesday, January 13, 2010

Jikalau lah....

Andainya 17 tahun dahulu akak membeli EOS Digital SLR camera....
Tentunya sekarang tak perlu pening memikirkan nak kumpul duit
untuk beli camera digital yang baru....

Masa dulu teknologi tak secanggih sekarang...
Dulu kena guna filem nak ambil gambar
Tak puas ambil, dah habis satu roll...
kalau banyak sangat rollnya..
banyak juga bayaran untuk mencucinya...

Sekarang mudah...
ambillah gambar beribu kali...
boleh pilih lagi yang mana cantik yang mana tidak
simpan saja dalam komputer...

Jikalaulah....
Kamera EOS 1000F lamaku
jika kusimpan sejak dulu
boleh bertukar saja menjadi
EOS Digital SLR Camera siri EOS-1Ds Mark III
Macam magik..
dia bertukar diam-diam dalam beg canon tu...


Jikalaulah........
Canon EOS 1000F itu...
bolehlah... membuatkan akak terkejut...
tukarkanlah dirimu menjadi EOS - 1Ds Mark III


Macam cerita Digimon kegemaran Aisyah
Agumon bertukar menjadi greymon.....

( Saja nukilan sengal petang rabu.... :-)

11 comments:

  1. Salam Dik Mah..

    mintak je dari Dr sebagai hadiah, tak boleh ke? :)

    ReplyDelete
  2. Ala akak ni...yang ada tu memang dah cukup bagus laa.... Tie punya ni lagi la mengharukan.. camera kiddy je, hi hi hi..

    ReplyDelete
  3. kakcik,
    saya ni dalam dilema...
    nak mintak camera ke.. bread maker ker...
    sebagai hadiah...
    b/day setahun sekali...

    tie,
    yg ini bukan digital..
    bukan boleh sambung ngan laptop...
    akak nak ambil gambar dan terus sambung laptop...

    ReplyDelete
  4. KAK MAH > samalah kita Kak. Azie pun ada kamera manual guna filem ni jenama Canon. Lama tul berjasa. Lebih 10 tahun. Skang ni masih elok tapi cam dah malu nak guna. Sebab kedai gambar yang ada studio cuci filem ni pun ada sebuah jer lagi kat area rumah..

    dan, camera digital pun saya masih lum mampu nak beli. (sbb sayang benor duit, sbb fikir ada keperluan lain yg lebih penting).

    Skang ni dok pakai ler kamera Hanpon Cap Itik saya tu...

    ReplyDelete
  5. azie,
    kalau azie guna camera hp cap itik, akak punya cap ayam... tapi sungguhpun begitu,
    boleh bluetooth....
    ada camera canggih Canon EOS 1000F..(setakat tahun 1992, dialah yg paling canggih..) tak boleh hantar gambar ke laptop...

    ReplyDelete
  6. yea yea I dah ada camera digitalllllll....tak DSLR pun tak apaaaaaa...janji digitallllllll...yeehaahhh.....

    ReplyDelete
  7. Betul kata Fa, yg digital pun cukup kalau nak loading. gambaq DSLR berat sikit nak loading.

    ReplyDelete
  8. Akak, harta benda dan segala jenis gadget yg TB ada, I tak tau dan tak terlintas nak guna. Anak2 lebih reti dan after a while, diorang dah macam buat harta sendiri, hehe. Bagus gak sebab I dah ada 2 pembantu mahir bebila I perlukan khidmat. Takat nih I am more than happy dengan my HP cap Gunung Berapi sbb ia boleh menonong terus masukkan gambar2 ke laptop (tanpa guna alat kecik bluetooth sebagai pengantara). Syukur.

    ReplyDelete
  9. mintak camera kak!!!!!!!!!!!!
    roti boleh beli kat kedai!!!!!!!!!
    ;)

    ReplyDelete
  10. Acciaccatura,
    betul...dari camera berdesup ajer masuk laptop..tapi kalau guna dslr, memang lambat nak upload ke blog.

    kak som,
    i ni saja jer menyengal petang semalam bila terlihatkan camera EOS lama i tu tak bertukar menjadi.. EOS digital... nak beli, memang tak terbelilah EOS digital... pakai jer hp cap AIKON tu.

    IS,
    Takkan mane nyer kami mampu beli EOS Digital. Saja menggatal berangan kot2 bolehlah si EOS 1000f dalam beg canon tu dah 17 tahun simpan bertukar menjadi EOS Digital SLR macam budak-budak tengok cerita Digimon. Kan Digimon boleh bertukar menjadi Accramon... Simpan sehinggit sehari pun tak tentu lagi dapat cukup nak beli... yang murah sekali ialah berangan...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...