Tuesday, January 5, 2010

Orang yang mengenalkan dunia Blogging...


Sewaktu akak sedang di rawat di CCU, MA Wan Ahmad Lutfi sering datang bertugas ke CCU untuk menyediakan rawatan dialysis untuk akak. Beliau gemar berbual kisah-kisah mengenai agama dan sedikit sebanyak kami gemar bertukar-tukar cerita ketika saat beliau bertugas di CCU.

Pada suatu hari, beliau ternampak akak menggunakan laptop shift... Beliau mencadangkan supaya akak membaca/membuka kisah blog dari saudara kembarnya yang ketika ini bertugas di Pakistan. Dalam blog tersebut banyak mengandungi kisah-kisah mereka semasa kecil dan suasana membesar di sebuah kampung di Pantai Timur. Akak merasa sangat terhibur dan berterima kaseh kepada MA Lutfi yang mengenalkan akak pada dunia blog.

Taklama selepas itu, Lutfi mencadangkan kepada akak supaya membuat blog sendiri dan memasukkan kisah-kisah yang akak pernah cerita padanya dan pengalaman semasa sakit di dalam blog. Dengan tunjukajar dari MA Lutfi dan juga bantuan isterinya, akhirnya berjayalah akak membuka blog yang pertama sekitar bulan Ogos 2009.

Sejak dari hari itu, akak tidak lagi berhenti dan terus menulis catatan kehidupan ini buat diri sendiri, anak-anak dan teman-teman. Terbayang juga kiranya masa kecil-kecil dulu akak ada blog - dapatlah akak simpan memori semasa kecil beserta dengan gambar-gambarnya sekali. Tapi perkara yang dah lepas... namun begitu ada juga kisah-kisah kenangan semasa kecil akak coretkan di awal-awal sewaktu akak mula berblogging.

Untuk itu, diary untuk anak-anak iaitu diary 4 puteri adalah hadiah akak buat anak-anak yang mana bila mereka besar nanti dan bila akak dah tiada nanti bolehlah di baca oleh anak-anak untuk cucu-cucu akak...( Berangan boleh....).

Buat MA Wan Ahmad Lutfi dan isteri Puan Siti Zaharah.... terima kaseh akak ucapkan dan tahniah di atas kedatangan putera sulung Wan Umar. Semuga Wan Umar menjadi anak yang soleh, dirahmati dan diberkati dan berjaya di dunia dan di akhirat


12 comments:

  1. saya pun x miss baca blog akak ni
    :D

    ReplyDelete
  2. mimi,
    terima kaseh....
    (gaya2 alleycats...)

    ReplyDelete
  3. salam akak,
    sihat ke?
    semoga sihat2 jer selalu..

    gitu lah,
    kita patut bersyukur
    bila kita berjumpa dgn kawan2 yg walau sikit, pasti akan beri manfaat dan kebaikan pd kita kan.
    begitu juga kita, tak salah berkongsi2 suka dan bahagia dgn org2 lain,
    semoga suka duka kita juga ada yg sudi berkongsi kan?
    heeeeeeee

    jaga diri ya kak

    ReplyDelete
  4. birU,
    Betul tu... thank you...
    Kawan datang dalam berbagai ragam dan bentuk
    semuanya anugerahdari Allah jua....

    ReplyDelete
  5. ewahhh, sedap betoi kome besogheh dalam bahasa Peghak iyeee....seghonok betoi teman kalo semedang aje ghope ituu...ater, mndengorkan nak makan ikan masak pedeh, idak ke ngajak teman??? apa ke heinyaaaa.....ish..tak sior teman kalo gini ghupernya..makan tak ingat kawan!

    Jangan le gitu yong oiii....

    ReplyDelete
  6. salam dan semoga sentiasa tabah.

    ReplyDelete
  7. Fa,
    ini pasei mengingatkan deme ler teman besogheh ngan kakcik memikiorkan bile mike turun KL, mike buleh datang umah teman, lawa kakcik sekali untuk makan-makan lauk kampong... tak kome juge yang ngidam?.. tengoh berkire-kire ngan kakcik, apa ghupe lauknya nak hidang kat orang peghak yg dok tegganu...
    idak ler teman lupe...
    iniler ghupenya perbincangan kami...
    usahlah kecik-kecik ati...
    dah tue-tue ni.. takde moleknya udah muncung ghupenya.. cube bawok senyum.... manih sikit....
    (huish.. macam tulis skrip Fajar di bumi permata tahun 70an lak....)

    ReplyDelete
  8. Ohooo...gitu rupanya. ai ni plak bina blog sbb minat sgt baca blog org. pehtu ada plak opismate yg sibok suh ai buat blog. "SUKA BERCAKAP" dikatanya ai ni. (errk...ada kene mengena ke ngan suka bercakap + suka menaip?) hhrrrrmmmmmmmm

    ReplyDelete
  9. Tiada yang terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik untuk diri sendiri, apatah lagi untuk orang lain...

    ReplyDelete
  10. AI,
    suka bercakap = suka menaip......
    suka bercakap mesti ngan kawan2 tapi suka menaip boleh buat sendiri2... itu kelebihannya.

    Azie,
    insya'allah... semuga bg menafaat utk org lain....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...