Wednesday, February 3, 2010

Matawang Lama dan baru.

Pernah semasa raya 4 tahun lepas sewaktu kami sekeluarga pergi beraya ke rumah nenek saudara di Muar, nenek busu mengeluarkan matawang jepun untuk diberikan kepada kami. Maka berceritalah beliau bahawa satu ketika dulu mata wang jepun digunakan untuk membeli barang keperluan. Tapi, tempohnya tidaklah lama.

Nenek Busu masih menyimpan matawang jepun dalam jumlah yang banyak. Anak-anak akak yang masih kecil menyangkakan mereka dapat duit raya. Gembira sungguh masing-masing. Nenek Busu bukan berniat nak mengenakan mereka atau pun apa, cuma sekadar ingin berkongsi cerita.

Baru-baru ini, kami menukar matawang jepun...jikalah matawang yang lama simpanan Nenek Busu masih boleh digunakan... sure dah kaya kami... boleh menyopping sakan....

11 comments:

  1. Akak, cubalah jual duit lamaa tu kat Christie's, mana tau nilainya berjuta2 (sepatah kata apek x, hehe).
    Psst..'ar Ba A' tu apa ya??

    ReplyDelete
  2. kak som,
    u kan suka guna nama hari dalam bahasa arabic...
    semalam tha-la-tha... hari ni Ar-Ba-A... (i pun tak tau betulker ejaannyer...)
    i bukannya tak mau jual... tp duit tu bukan i punyer.... nanti i pikirkan komisennyer....

    ReplyDelete
  3. Hajah,
    Mata wang jepun yang ada gambar pisang yang dimaksudkan?

    ReplyDelete
  4. akak,

    cubalah cari pengumpul duit2 lama
    sure mahal gak harga dia nak beli
    heeeeeeee..

    dulu masa arwah tok wan ada,
    dia selalu citer kisah2 zaman jepun
    kena makan ubi kayu la
    makan sagu la
    macam2
    sedih dan susah sgt zaman jepun

    ReplyDelete
  5. kak nora,
    betul... matawang yang ada gambar pokok pisang....

    birU,
    tak laku kot...
    anak2nya pun tak peduli...
    kalau tak, sure depa dah jual....

    ReplyDelete
  6. Mak dan ayah Tie pernah cerita perihal duit jepun ni. Dulu duit ni banyak sangat. Sampai nak beli barang pun susah.. kena guna banyak, hehe.. Depa main cetak je, hihi..

    ReplyDelete
  7. Kak Zai pun ada simpan duit2 lama tapi bukan duit jepun.Duit yang tak dipotong pun ada contohnya macam duit rm50.00 bercantum 4 keping.

    ReplyDelete
  8. Wahhh... rindu nak tengok duit Jepun lama yang ada gambar pokok pisang..

    Masa kecil2 dulu pernah ada dlm simpanan BONDA... tapi ilang dah ler tu rasanya..

    bila terkeluar jer duit tu, mesti terkeluar juga kisah zaman Jepun..

    btw, apa makna pisang tu yer?

    ReplyDelete
  9. Tie,
    gitu ceritanyer...padanlah nenek saudara tu ada duit jepun sampai satu peti... tapi tak bernilai... kesiannyer...

    kak zai,
    yang kak zai punya tu, bernilai... yg jepun punya gambar pisang dah takder nilai...

    azie,
    akak pun sedang mencari jawapan kenapa jepun pilih gambar pisang... depa suka makan pisang kot....

    ReplyDelete
  10. duit pokok pisang...
    Muar kat mana Akak?
    (kot2 kenal...)
    :)

    ReplyDelete
  11. IS,
    nenek saudara belah bapa mertua tinggal di Parit Nipah. Bila raya, memang kami sering ke sana...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...